2
Orang Memberi Komen

Secret Admire part 1

Assalamualaikum.... Slamat siang semua.

Hari ni dah masuk hari ke 5 mulut aku sakit. Dah makin kurang tapi tetap sakit. Begitu jugak sakit hati aku yang masih terasa hingga ke hari ini. Baiklah, aku bukan nak bercerita tentang sakit hati. Tapi nak mengimbas kembali detik2 ketika aku mempunyai 'secret admire' aka 'peminat rahsia' di zaman persekolahan.

Mamat 1 :: Masa kat sekolah rendah aku masih budak hingusan lagi. Takde 'secret admire' pon. Tapi masuk je sekolah menengah ada la dua orang makhluk ni yg minat kat aku. Kalau tak silap masa tu aku form 3. Ada sorang budak ni suke sangat la kacau2 aku masa kat dalam kelas. Bila aku dan geng aku bersembang mula la dia nak menyibuk. Pastu pandang2 aku dan tersengih2 mcm kerang busuk. Budak tu tinggi mcm galah. Aku pulak ala2 rendang tak berbuah. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, pd satu hari tu aku bwk gambar aku utk ditunjukkan kpd kawan aku. Tup2 budak tu amik album gambar tu dan bwk lari ke blakang kelas. Dia tgk satu2 gambar tu. Pastu dia amik satu gambar aku yg tgh berposing sakan pastu kan dia pegi lap gambar tu kat muka die. Eeeeiiiii yerrrkkkss..... !!! Terjerit aku tgk aksi terlampau bdk tu. Adoiii.. Geram gila waktu tu.

Masih tak berpuas hati lagi, masa sume pelajar dibenarkan balik aku pon turun la nak pegi bus stop. Belum pun aku sempat keluar dari pintu pagar sekolah dia tahan aku. Masa kena tahan tu dia pegang beg aku. Lalu berlakulah adengan tarik menarik beg. Aku taknak lepaskan beg aku. Dia pon sama. Pastu dari jauh aku nampak bas yg aku selalu naik sudah berlalu pergi. Aku hanya memandang bas itu berlalu pergi. Nak tunggu bas lain lagi setengah jam pulak. Pastu dia senyum2 dan lepaskan beg aku. Geram betul la. Nasib baik ada kawan aku yg tak naik bas tu.

Ni dalam kelas pulak. Aku tgh duduk atas kerusi sambil jongket2 kerusi pastu dia dtg dan tarik kerusi aku ke blakang. Nyaris2 aku aku terjatuh. Jahat gile dia. Tapi aku tak jatuh sbb dia tahan kerusi tu. Hahaha. Saje nak menyakat aku. Dia tau aku akan marah tu sebab nak mengacau je keje.

Masa aku menduduki peperiksaan PMR pon dia masih nak kacau aku. Letih betul la. Tapi kali ni dah tak teruk cam slalu. Mungkin sebab mood exam kot. Huhu. Dia pernah ckp yg dia suka aku tapi aku tak percaya. Skrg dah lost contact dgn dia. Ntah keje apalah agaknya mamat tu. Masa form 4 dia dah tak skolah sama aku lagi. Dia tkr skolah teknik kalau tak silap. Lepas tu dah takde org yg dok kacau aku lagi. Huhu. Bila teringat balik aku tersenyum sendiri.

Mamat 2 :: Dia ni budak JB. Orangnya hitam manis. Dia dah beberapa kali kirim salam kat aku melalui budak hostel kelas aku. Aku jawab je la. Tapi dia ni pemalu skit. Masa aku bertembung dgn dia, dia mcm malu2 je aku tgk. Aku pn wat derk je la. Tapi dia ni takde la kacau2 aku mcm mamat no 1 td. Hahaha... Tak byk memori aku dgn dia sbb kami tak pernah bersembang pon. Sekadar berkirim salam je.

Selesai sudah cerita tentang 'secret admire' bahagian pertama. Nantikan sambungannya semasa aku bekerja slps menduduki peperiksaan SPM. Secret admire makin bertambah masa tu. Hihik :)

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Ulser ulser ulser...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Dah 3 hari aku menderita akibat ulser dalam mulut. Pedih giler la. Macam tu la pedihnya hati aku. Dua2 belah mulut aku kena ulser. Oh ! Tidak ! Susahnya nak makan. Kena kunyah pelan2, ala2 sopan gitu. Aku byk diam je dua tiga hari selepas kejadian tu. Hmmm.... Elok la tu. Rehatkan mulut skit.

Ulser mmg memeritkan. Nasib baik arini aku MC. Esok harap2 ok skit. Aku makan bubur nasi je + kicap + cili padi. Sedap jugak. Aku juga dah tak minum minuman sejuk lagi. Kalau tak beratus kali la aku buka peti sejuk kat umah ni.

Ada orang cakap ubat ulser mulut kena letak garam la, bonjela la. Tapi aku tak berani. Takut tak tahan sakit nanti. Aku minum air kosong sebanyak yang boleh. Harap2 cepat baik ulser aku ni. Ok la. Aku tengah masak bubur nasi ni. Kang kering lak bubur. Dadaaa.....



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Aku benci, meluat

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim aku mulakan cerita...

Semalam adalah hari yg paling aku benci, meluat, marah, sebal dan lain-lain perasaan yg membuatkan aku marah giler2. Dah la semalam hari Sabtu dan sepatutnya hari cuti yg jarang dapat macam tu dia duduk di rumah temankan aku dan anak kami tapi jadi sebaliknya. Aku tak kisah dia nak pegi buat kerja kat skolah tapi melampau la petang baru balik. Mana tak angin aku semalam. Dia siap beli KFC tapi skit pon aku tak jamah. Aku benci sangat2. Kalau dah tau nak beli KFC baik aku tak payah masak. Wat penat badan aku je.

Aku malas nak cakap dengan dia, aku wat derk je. Sakit hati aku ni. Nampak sangat aku ni tak penting. Mungkin ada orang lain yang lebih penting bagi dia kot. Aku dah malas nak pikir. Lantak dia la nak wat apa pon. Apa yang aku buat macam tak dihargai. Aku penat2 masak dan suruh dia balik awal tapi dia wat bodoh je. Hancur hati aku.

Yang aku bertambah sakit hati tu dia kata takde duit tapi beli KFC ade plak duit. Nampak sgt kan.... Sudah la.. Buat la kalau rasa cara tu betul.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Bagaimana Menyayangi Seseorang...?


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.



2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.



3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.



4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.



5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.



6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.



7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.



8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.



9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.



10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Sinopsis Novel Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha

Tagline : Di awan biru ku seru namamu agar terubat rasa rindu ini.

Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tetapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

10 perkara ttg aku

Assalamualaikum sume blogger.... mesti sume sdg enak dibuai mimpi. Aku jgk yg tak tido2 kan. Dah lama aku tak update blog ni. Lagi pon takde benda sgt yg aku nak citer.

Kali ni aku nak bgtau tentang diri aku la. Mesti ramai yg lom kenal aku dgn lebih dkt kan. Kalau kenal pon gitu2 je.

Ok. Surely, sume pon dh tau name aku, umo, keje aku, status aku kan. Yang basic tu aku dah letak kt blog. Ke korg tak perasan? Nanti check balik k...

10 perkara yg korg mesti tau mengenai aku :
  1. Aku ni seorg yg pendiam. Kalau org tak kenal aku mmg dorg ckp aku sombong tp itulah hakikatnye.
  2. Aku ni susah didekati. Tapi kalau aku dh mula ngam dgn seseorg tu keadaan akan jd sebaliknya.
  3. Aku suke menyanyi. Cumanya aku ni tak suka menyanyi dpn org ramai. Aku akan nyanyi mase tgh wat keje utk ilangkan boring dan riangkan hati. Dpn suami aku pon aku segan nak nyanyi. Hahaha.
  4. Aku kaki online. Sume laman sosial aku ada. Mula2 dulu friendster diikuti myspace, tagged, hi5, fb dan twitter. Sape2 yg belum add tu bleh la add. Promote lak.
  5. Aku suke main game sampaikan suami aku belikan aku gadjet yg ala2 psp. Huhu.
  6. Aku suke menonton drama korea. Tapi skrg ni jarang2 dpt tgk. Kalau nk tgk jgk aku akan beli terus dvd atau vcdnya.
  7. Aku berdarah campuran melayu dan cina. Abah aku melayu, mak aku cina.
  8. Aku sukekan sports seperti boling, badminton, bola tampar, skuash, skating. Dulu mase skolah menengah aku pernah memiliki rollerblade kaler hijau.
  9. Aku tak suke mane2 pompuan menggedik dgn suami aku. Sibuk nak citer itu ini, masalah itu ini la...
  10. Aku kaki jalan. Kalau boleh tiap2 kali cuti aku nak pegi jalan2 dgn org2 kesayangan aku. Tapi apakan daya.... Time takde duit tu dok umah ajelah.
Ha... skrg da tau kan...? 10 perkara ttg diri aku. Sbnrnya ada lg tp cukuplah 10 je. Karang muntah lak korg bace. Hihi. Peace :)

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Sinopsis Novel Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

Tagline : mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai....

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yg menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan impianku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali ku ulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan ! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas !

Sufian... cinta bukan paksaan.Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar di dera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju !

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

kembang semangkuk !

Salam 1 Malaysia.... Apa khabar hari ni? Ada baikkah? Bagus la kalo ok.

Hari ni aku nak cite psl hal smlm. Smlm aku dan suami pegi beli peti sejuk baru. Bkn kami saje2 nak beli tp peti sejuk lama dah rosak :( Siapa punya angkara? Hihihi.... Ade la org tuuuu....... Mula2 nak ketuk ais yg dh menebal kt bhgn freezer tu. Mklm la.... Peti sejuk lama tu yg biase2 je. Second hand lak tu. Ketuk punya ketuk terketuk lak kat bhgn gas. Berasap jap peti sejuk tu dgn bau gas yg boleh meloyakan tekak.

Kami terkejut beruk gak masa tu. 2 hari lps tu peti sejuk dah tak sejuk dah. Abis mknan segera yg kami beli rosak. Baunya... ya ampunnn.... tak sedap sungguh dihidu. Lps tu scr tiba2 aku membuat kptsn utk membeli peti sejuk baru. Si dia setuju. Kami beli share. Jenama biase2 je. Toshiba. Harga RM1O30. Ok la kan....

Dgn tak semena2, semasa si dia sdg sibuk menulis form utk memiliki peti sejuk tu..... Tauke kedai tu tego... Dia tanya aku ni wife dia ke? (Ayahanda). Dia mengiakan. Lps tu kan kan.... Hihihi.... Malu lak nak cite.....

Tauke tu ckp mudanya aku dah kawin. Hihihi.... Dia tnye umo aku bape. Aku senyum. Tauke tu teka umo aku. Dia kata aku nmpk cam 16 thn. Paling tua pon 18 thn. Ngeee....... Si dia kt sblh aku ketawa bsr (jeles kot). Hihihi. Pastu aku kt umo aku 27 thn. Tauke tu terkezut. Dia mcm tak caye dgn umo aku. Dia kata aku muda lg. Hahaha....

Makin galak si dia kt sblh aku ktw. Si dia kt jgn puji sgt aku ni.... Hihihi...... Pastu tauke tu tnye umo si dia plak. Tauke tu teka 30 thn ke atas. Aku lak yg ketawa. Hahaha..... Mmg betul la tu..... Kelakar2..... Lepas ni ada modal la nak kenakan Ayahanda Bikers. Hihihi.......

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

kantoi

Assalamuaaikum.....

Nak tau tak? Tengahari td aku ade bengkel kat SK Seafield. Bengkel pasal pemurnian amalan terbaik pnp. Bengkel mula kul 12.30. Nak dijadikan cerita, pegawai PPD tak sampai2. JU dah suruh kami berbincang tentang apa yg kami akan bentangkan minggu dpn. Lps bincang, pegawai tersebut tak sampai jgk. Alih2 dlm kul 3 lebih nak dekat kul 4 ptg aku dan beberapa org kawan aku cabut la dr situ. Mls dah nak tunggu.

Balik je aku singgah Giant sbb nak beli brg. Kat dlm Giant kawan aku call. Dia kata pegawai tu dah sampai dan dia suruh kami balik ke sana smula. Ape...!!! Alamak !! Macam mane ni?

Kawan aku kata malas dah nak gi sana. Aku lg la malas.

Dipendekkan cerita kami tak pegi sana balik. Tak kuasa dahhhh !! Lantak la dia nak marah pon. Sape suh lambat sgt.....??? Tak boleh nak salahkan ktorg jgk kan ?

Maafkan kami....

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Lotih weh !

Assalamualaikum..... dan selamat pg sumer....

Diam tak diam nampaknya cuti skolah sudah sampai ke penghujungnya. Arghhh !! Mlsnye nak pegi skolah. Kalau dok kat skolah lama mesti bersemangat je nk keje. Huhu.....

Sbnrnye bdn aku masih sengal2 lagi. Nak jd drifter punye pasal la ni. Hahaha. Bercakap pasal drifter, tak sangka pulak aku leh bertahan sampai 2 hari. Agak terer gak la aku ni kan kan?

Sampai je td aku terus mintak ayahanda bikers urut satu bdn. Paling lega bila tulang2 berbunyik. Lega giler la. Esok nak balik Puchong dah. Lagi nak kemas umah plak. Dah semestinya rumah penuh dgn habuk. Maklum la lama tak menyapu.

Ok. Nanti kite citer lg. Bubye.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Novel

Assalamualaikum....

Dah berapa hari agaknya aku tak update blog?? Hmm..... Takde la. Sekadar nak berkongsi cerita tentang hobi lama aku. Nak tau ape? Tu ha... Tajuk kat atas tu... Hihihi......

Dah lama aku tak baca novel. Disebabkan skrg ni tengah demam drama Nora Elena kat tv3 aku kembali bersemangat utk membaca novel. Sygnya, novel yg aku cari2 belum ketemu lagi. Tajuknya KASIH YG SUCI. Kisah ttg Nora Elena la tu.

Dah tk dpt novel yg dicari, akhirnya aku membeli novel lain karya Anis Ayuni. Tajuknya aku dah lupa. Aku baru mula membaca novel tu semalam. Novel tu mengisahkan ttg seorang guru. Kira ok la sebab aku pon cikgu. Jadi seronok la dpt baca. Aku rasa cerita tu best sbb aku dah beberapa kali beli novel Anis Ayuni tu. Menarik la cerita2 dia.

Terkantoi lak dgn Ayahanda Bikers. Huhuhu. Jeles la tu dia takde blog. Ok la. Nanti aku update lg.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Shopping

Assalamualaikum...

Hari ni best sebab dpt pegi giant,
Aku nak cari novel 'Kasih yg Suci',
Tp novel tu dah abis,
Alih2 aku beli novel lain,
Masuk dlm giant aku shopping brg2,
Antaranya, makanan, pakaian dan brg2 kecantikan,
Lepas tu dpt jumpa dgn badut,
Aku tangkap gmbr dgn badut,
Pastu aku nampak satu kereta berwarna pink,
Tak ingat dah kete pe,
Turut menjadi mangsa utk berposing dgn aku,
Hihihi,
Lps tu aku pulang ke rumah....

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Awak...

Awak...

Kenape awak selalu biarkan saye sorg2...?
Dulu sblm kawin awak kate mane awak pegi awak akan bawak saye...

Kenape awak suke kuar dgn kwn awak?
Bila balik kampung je sy mesti bosan sebab kena tinggal.
Saya tak suka macam ni.
Klau nak tinggal saya sorg2 lebih baik tak payah balik kampung.
Biarlah saye dok umh lagi bagus.

Bile tinggal sorg saye akan jadi marah, takde mood dan sedih..
Mesti awak tak tau kan....
Sebab tu awak selalu tinggal saye...

Awak kate nak bawak saye pegi jalan2...
Saye tunggu je....
Tapi awak tido....
Lain kali awak jangan la berjanji lagi
Janji awak hanya buat saye sakit hati

Saye merajuk sebab saye sayang awak...
Saye marah sebab saye sayang awak...
Tapi awak tak faham...
Cinta buat saye sakit hati...

Kadang2 saye gembira,
Kadang2 saye sedih,
Kadang2 saye nak menangis,

Apa boleh buat..
Memang dah nasib saye kot..
Hmm....

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Tak tido lagi

Hai hai.....

Di saat sume org sudah diulit mimpi, aku masih lagi di depan laptop. Saje nak layan game kat FB. Perut pon tetibe je lapar. Apa lagi... Aku makan la apa yg ada kat bwh tudung saji tu. Pastu tgn ni pulak gatal je nak menaip. Tu yg termasuk lak entry ni. Heh.....

K.... tu saje la. See u..

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Seronoknya

Salam 1 Malaysia para blogger....

Hari ni hari ke 2 aku berada di kmpg halaman. Esok dah nak balik Seremban. Syok tau bila balik umah mak. Dapat makan macam2. Pon boleh rilex skit. Hihihi. Tapi tak bermakna aku harus bermalas-malasan je. Aku tlg gak kemas2, basuh pinggan, sidai kain. Uhuk.

Di saat aku menaip blog ni, anak aku dah pon tertidur. Penat la tu bermain sakan dgn permainan dia. Mcm2 mainan ada. Nak tau apa mainan Faqih? Besen, tupperware, beg kertas, pampers yg belum dibuka dan buku. Tambah lg 1, buah kelapa. Heheh....

Ok la. Itu saje yg aku nak citer. Malam krg citer lg ye.

Jumpa lagi. Tata.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...