2
Orang Memberi Komen

Follower ke 111 :: TQSM

Assalamualaikum....

Sejak aku join segmen kat satu blog ni, follower aku semakin bertambah. Walaupon takde la seramai mana tapi aku seronok dan happy sangat2. Ihiks..

Terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang sudi follow blog saye ni. Walaupon masih hijau tapi anda masih mahu memberi saye peluang. Tak macam sesetengah blogger tu, tak sudi nak follow bila tengok bilangan follower yang sedikit. Takde pengaruh la kononnye tu...

111... Itulah nombor bertuah untuk kali ni. Dan pemenangnya ialah Encik Mohd Yunus. Kamsahamnida incek. Semoga anda diberkati. Amin..


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Last Entry Sebelum Bercuti

Assalamualaikum.... salam sejahtera :)

Apa khabar semua? Makan lagi ke tu? Sudah-sudah la... Kang sakit perot plak makan banyak2.. Huhu..

Diam tak diam minggu depan dah nak raya + nak sambut merdeka = best giler. Persiapan semua dan buat? Hmm... malam ni merupakan sesi aku mengemas barang2 untuk pulang ke kampung Jumaat ni. Kiranya ini merupakan entry aku yang terakhir sebelum pulang bercuti. Esok mungkin tak dapat nak cakap banyak2 coz dah sibuk menguruskan barang takut ade plak yang tertinggal nanti. Nak tak nak lepas raya nanti la kita jumpa ye. Sobsob...

Di sini saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang berblogging di sini. Sebagai manusia saya juga tidak terlepas daripada melakukan perkara2 yang mungkin membuatkan orang menyampah dan marah pada saya.

Diharap perjalanan saya ke kampung berjalan lancar tanpa kesesakan lalu lintas yang teruk (jangan harap mesti jammed punye). Harap anda juge akan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Jumpa lagi.



Selamat Mengutip Duit Raya :) Jangan joli joli ok...

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Cikgu Faiz adalah seorang perempuan yea...

Assalamualaikum.... Baru lepas berbuka puasa? Alhamdulillah... Mesti perot tengah se'eh. Sabo je la...


Lihat tajuk di atas tu.. Huhu. Ramai orang ingat saya ni lelaki. Nama pon Faiz. Di sini saya ingin memperbetulkan perkara yang sebenar. Cikgu Faiz seorang perempuan yakni seorang wanita. Nama penuh Nurul Faiz. Hihi. Sudah tahu? Bagus. Kepada yang tak tau tu it's ok.. Saya dah biasa dengan situasi macam ni. Even di alam realiti pon orang ingat saya lelaki jika lihat pada nama. Dah jumpa dan lihat diri saya barulah diorang tahu.


Harap lepas ni takde yang tersilap lagi. Kalau ada tu saya halalkan sempena hari baik bulan baik ni :)


sorry la kalau tulisan tak clear. lupe nak besarkan



Sekian, terima kasih.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Sinopsis Prince Charming by Ratu Bulan


Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pon boleh jadi angau...


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming - carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.


"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"


Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.


Orang tu pon satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!


Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah Prince Charming yang sebenar? Atau, bukan dalam kalangan mereka? Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yang membuatnya? Apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Percubaan Pertama Berjaya !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger sekalian alam...

Hari ni rasa happy sangat walaupon petang tadi bengang giler. Ade la sebabnye kan.. Hihihi. Setelah beberapa hari aku mencuba satu tutorial yang menggunakan photoshop akhirnya aku berjaye juge. Sobsob... Aku memang suka edit2 gambar ni. Cuma photoshop ni agak susah aku kira. Memang salute la pada mereka yang blaja pasal benda ni. Pening dah kepala aku nak buat macam yang diajar tu. Hihi. Tu la, nak sangat buat kan dah pening.

Bila dah edit tu inilah hasilnya...



aku gunakan gambar anak aku sebagai sumber inspirasi :: gabungan photoshop dan photoscape


Macam mane? Ok tak gambar tu? Takde la kreatif sangat sebab baru belajar. Itu pon dah hampir berputus asa sebab susah giler la. Hahaha.

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang empunya tutorial tersebut. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ayu Candy. Saya la yang tanye awak kat facebook tu. Hihihi. Terima kasih sebab sudi melayan kerenah saye. Hihi. Selagi tak dapat buat saya memang tak puas hati la :p

Ok la. Sudah penat bercakap. Mahu blog walking pula :)

Tata...

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Kepada dieba... (Must read)

Salam. Perhatian kepada follower yang bernama dieba, sila berikan link anda untuk saya follow balik as soon as possible. Tak dapat nak follow sebab takde link. Boleh bagi link di sini atau kat shoutbox. Tq.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

38
Orang Memberi Komen

Jom tambahkan FOLLOWER!




Ehem. Assalamualaikum.... Tengok gambo di atas

:: JOM TAMBAH FOLLOWER ::

Ini masuk kali ke dua aku join segmen begini. Agak menarik jugak ye. Hihi. Saje je nak tambah kenalan2 baru. Anyway, thanks to the owner, Aril. I dah follow u, nanti follow balik ye. Hihi.

Ok la. Tak tau dah nak cakap apa. Jumpa lagi nanti. Salam.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Siapa nak masuk bloglist blog LisaAfha,sila angkat tangan!!

Salam. Lihat tajuk di atas. Baru nak cuba2 join benda camni. Betul ke macam yang saya buat ni wahai cik Lisa? Kalau salah tolong betulkan ye....



Pandangan saya mengenai Lisa :: seorang yang kreatif, comel, sweet sangat2 (sebab suke pink dan itu juge warna kegemaran saya).

Rajin juga saya jenguk blog dia sebab ada tutorial yang menarik. Harap Lisa teruskan usaha menjadi guru blog. Cayoookkk !

Ok. Itu saje :). Tak reti nak bodek2 coz bukan jenis begitu. Huhu. Sekian.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Kemas Rumah

Assalamualaikum dan selamat tengahari sume kawan2...

Hari ni aku cuti. Cuti hari ni digunakan dengan sebaik mungkin. Aku, suami dan anak lelaki kami yang berusia setahun 3 bulan memulakan operasi mengemas rumah. Mula2 aku ganti langsir. Lepas tu mengutip mainan anak yang bersepah di bawah dan celah2 sofa. Wah, bukan main banyak lagi mainan. Nampak lantai berhabuk aku sapu.

Lepas tu suami aku vakum celah2 sliding door yang telah banyak memerangkap habuk. Lepas tu sesi mengempiskan kembali rumah anak aku yang telah memakan banyak ruang di dalam rumah. Huhu. Sesi tu paling lama sebab bukan senang nak kempiskan balik rumah yang telah dipam bagai nak rak. Lepas tu susun atur sofa sebab dah bosan dengan susunan yang lama.

Lepas tu aku mengelap habuk2 yang melekat pada sofa, meja dan kerusi makan. Lepas tu sapu sampah. Dah selesai. Ingat nak mop lantai tapi nampak gayanya badan sudah kepenatan. Tunggu hari sabtu je la baru mop.


~inilah rumah yang telah dikempiskan~


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Kebuntuan Melanda Diri Ini

Salam ramadhan...

Aku tension betul la. Tolong la sape2 yang pakar dalam hal ni. Camane aku nak buang benda alah yang melekat kat blog aku ni ha.. Lihat gambar di bawah. Benda alah tu telah dibulatkan.



Aku dah buntu camana caranya nak delete benda tu. Itu adalah shoutbox lama aku. Aku dah delete coz aku dah buat shoutbox yang baru. Tapi benda tu still melekat kat situ dan kat tengah2 pulak tu. Kan dah cacat. Huhu. Sabor je lah...



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Loading

Assalamualaikum...

Kepada para blog walking, mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak membalas kunjungan anda. Internet tiba-tiba jadi slow. Lambat sangat nak stop loading. Nanti dah ok saya jalan-jalan ke blog anda. Janji :)

Terima kasih...

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Follower ke 60

Assalamualaikum semua... tengah buat apa tu? Dah baca niat puasa lom? Kalau belum sila baca ok.

Nampak tajuk di atas? Hihi. Follower ke 60. Terima kasih di atas sokongan anda yang tak berbelah bahagi untuk blog ini. Ape yang aku merepek ni?





Berbanyak terima kasih kepada sahabat baru ke 60, simanis yang sudi mengikuti blog sy yg tak seberapa ni. Terimalah ciuman untuk anda. Muahh ! Hahaha..

Kamsahamnida... !


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Kerenah Anak-Anak


Assalamualaikum. .

Semua sudah kenyang? Alhamdulillah. .

Ermm, nampak tak gambar kat sebelah ni? Ini nota yang formatnya ala-ala resit. Nota ini ditulis oleh student aku yang bernama Farrah Farzana. Macam nama Fafau la pulak kan. Dia tulis nota ni pada kawannya, Safura. Bila baca rasa lucu pon ade sebab entah la. Macam-macam kan kerenah budak-budak. Dorang ni baru 6 tahun tau. Dah pandai nak tulis surat-surat bagai. Cikgunya tersenyum je bila Safura bagi surat ni tadi. Hihi. Kelakar la. Bulan puasa ni malas la cikgu nak suruh awak menari. Bersemangat pulak. Karang tak pasal-pasal nak minum pulak. Rugi la puasa nanti.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Habit Lama Menyerang Kembali


Assalamualaikum pembuka kata...

Aku pon tak tau kenapa aku jadi begini. Dah lama aku tak berperangai sedemikian. Kenapa la aku suka sangat dengan novel. Dah berapa tahun aku berhenti membaca novel. Sejak kemunculan drama Nora Elena yang ceritanya diadaptasikan daripada novel Kasih yang Suci aku kembali membaca dan menjadi ulat buku novel-novel tempatan. Yang sadisnya novel KYS tu aku tak jumpa-jumpa lagi. Mana nak cari ni? 3 novel dah aku beli sebagai pengganti KYS. Sekarang ni aku tengah asyik masyuk membaca novel Lagenda Budak Setan (saga 1). Dah melekat pulak kat novel tu. Lepas ni confirm kena cari saga yang seterusnya. Last2 nanti terus tak jumpa novel KYS. Aku memang gila novel.

Sekarang ni kalau balik kampung tak bawak laptop pon takpe janji ada novel. Huhuhu. Novel vs Laptop la pulak ye.




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Lagu Sedih

Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim....

Jari jemari mula memainkan peranan. Menaip isi hati yang tak terungkap oleh kata-kata. Hari ni aku bekerja seperti biase. Masuk kelas mengajar anak kecil yang tidak jemu untuk datang ke sekolah setiap hari, mendengar cikgunya membebel. Membebel sebab inginkan anak muridnya menjadi seorang yang berguna satu hari nanti. Cikgu pon tak kuase la nak buang air liur di bulan puasa ni.

Sambil budak-budak tu menyiapkan tugasan yang diberikan, aku mula memasang lagu raya kononnya supaya budak-budak tu lebih bersemangat bila dengar lagu raya. Alih-alih cikgunya pulak yang teringat nostalgia lama. Ya.. kenangan sewaktu di sekolah lama dulu. Oh SK Lentang... Masihkah kau ingat lagi saat itu....?

Fikiran mula menerawang kembali ke masa lalu... 4 @ 5 tahun yang lalu...

Sewaktu itu semua warga SK Lentang yang terdiri daripada guru, murid dan staf sedang bermaaf-maafan di hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya bermula pada keesokannya. Murid-murid menyalami semua guru di dalam keadaan tenang.

Tiba-tiba....

Kedengaran sebuah lagu yang teramatlah syahdu menampar cuping telingaku ini. Lagu itu adalah lagu Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone. Dengar je lagu tu tiba-tiba aku jadi sebak. Padahal kampung aku taklah jauh mana. 10 minit dah sampai. Ntah kenapa aku jadi sentimental pulak. Orang lain relax je aku tengok. Maka, terjadilah adegan peluk memeluk disebabkan terlalu sedih (aku je org lain dok sengih mcm kerang busuk). Aku meminta orang yang bertanggungjawab menghentikan lagu tersebut tapi tidak diendahkan. Ciss... Suke la tu tengok aku nangis sampai terkeluar air hidung.

Itulah kan... betapa rapuhnya hati insan yang bernama NURUL FAIZ BT JAMALUDIN ini. Tu baru dengar lagu raya. Belum dengar lagu lain lagi. Hahaha....

Ni lirik lagu sedih tu. Cuba korang hayati....


Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup


Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir


Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain


Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidilfitri



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Nak Balik Kampung...

Salam 1 Malaysia.

Hati ini tersangatlah gembira kerana tak lama lagi saye akan mendapat duit raye daripade bos besar. Ngahaha.... Dan lagi satu, Jumaat ni saye dapat balik kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta setelah hampir 2 bulan tidak menjenguk mereka. Sobsob...

Sabtu ni dapat la jumpa kak Yana, abang Shahril bersame keluarge masing-masing. Dah lama tak jumpa dorang sume sume. Bukan senang dapat balik kampung tau. Hihihi... Tak sabarnye la rase...


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Mimpi Rupanya...

Assalamualaikum. Semua mesti sudah kenyang berbuka puasa kan. Alhamdulillah di atas kurniaan rezeki untuk hari ini. Semoga esok masih punya rezeki untuk kita semua. Aminn...

Ermm.. korang minat tak dengan Aaron Aziz? Mesti minat kan. Yelah.. selepas drama Nora Elena meletup-letup kat TV3 aritu. Aku? Biase je. Takde la minat sangat. Tapi, entah macam mane tibe-tibe aku boleh termimpikan pelakon hensem tu. Hahaha... Agak sukar dipercayai dan mimpi tu macam betul-betul terjadi...

Masa tu aku kat shopping kompleks kat mane tah. Tup tup dah pegi date dengan die. Hahaha. Macam mane tah boleh jumpe aku pon tak tau. Masa tu aku tengok Aaron Aziz tu hensem giler wa cakap sama lu. Jatuh cinta dibuatnya. Tapi memang betul pon dia hensem kan. Inikan pulak kat dalam mimpi. Huahua... Yang aku pelik camane aku leh berdua dengan dia tu yang aku tak paham sangat-sangat. Haa... dah nama pon mimpi. Hihi...

Yang pasti, aku suke sangat mimpi tersebut. Rasa macam tak nak bangun tido je masa tu. Haha. Bila terjaga aku jadi blur sekejap sebab aku dapat rasakan kejadian itu benar-benar berlaku. Tapi rupa-rupanya hanya mimpi....


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Masak ke beli?

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa pada hari yang ke 2. Salam sejahtera juga diucapkan kepada mereka yang bukan Islam.

Hey hey hey.. ! Lemaunya aku rasa hari ni. Mate pedih tanda tak cukup tido. Mane taknye, pagi tadi hp aku kejut aku seawal jam 4.45 pagi. Wow ! Lebih awal daripada biasa. Slalu bangun kul 5, ni lagi la awalnye. Tapi takpe. Demi bulan yang mulia ini aku tetap gagahkan diri untuk bangun walaupon berat sangat nak tinggalkan toto pink aku tu. Hahaha...

Sekarang jam baru menunjukkan ke angka 1.30 tengahari. Ada lebih kurang 6 jam je lagi untuk berbuka puasa. Hari ni aku masih berkira-kira samada mahu memasak atau beli di bazar. Tapi tapi tapi... aku rasa lebih baik aku masak je hari ni. Ntah... tibe2 je mood memasak tu datang.

Nak masak ape ek... ? My hubby kate semalam nak masak kari daging. Hmmm.... ok gak tu. Sayur kubis pon ade leh wat ulam... Huissshhh... menarik sangatla tu. Ulam pulak sejuk2 dari dalam peti ais. Goreng bergedil lagi. Heheh...

Air pulak? Hmmm... boleh pilih samada mau laici ataupon oren twister. Memang dah tersedia kat dalam peti ais jugak. Tinggal tuang dan letak ais je. Hah, ok la tu kan. Menu petang ni kari daging, bergedil, ulam kubis dan air oren / laici ais.

Fuhhh... ni yang wat tak soba nak berbuka ni.



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Sila Tinggalkan Jejak Anda

Assalamualaikum dan selamat pagi sume2....


Wah, aku baru je bangun tido ni lepas anak aku kejut suruh wat susu. Hahaha. Ingat nak sambung tido balik tapi anak aku mesti tak bagi punye. Huhuhu....


By the way, ini adalah pengumuman khas untuk mereka2 yang telah follow blog aku yang tak seberapa ni. Korang2 yang dah follow tu aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Kamsamnida. Akan tetapi.... di manakah jejak anda wahai sahabat2 baruku? Please.... leave your link. I think u want me to follow u back, right? But, i can`t. Yang mana jejaknya aku dapat cari tu aku akan follow balik. Yang tak jumpe tu tak dapat la nak follow. So please... for those yang terbace entry ni akan meninggalkan jejak kamu di sini.


Makasih ya :)

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Yang sebenarnya, aku sudah serik. Serik bila mengenangkan apa yang aku lakukan semacam tidak dihargai. Jadi, daripada aku berpenat lelah membantu apa yang mereka tidak pernah hargai, lebih baik aku membantu orang2 yang sepatutnya menjadi hak mereka. Hmm... hidup ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Terlalu banyak cabaran yang harus ditempuh. Yang nak cari jalan mudah tu senang2 je kan... Manusia... Aku dah muak dengan janji2 yang susah nak ditepati. Sekali terkena aku akan ingat sampai bila2. Semua yang berlaku dulu aku halalkan tapi sekarang aku mesti berjaga2 berdasarkan pengalaman masa lalu.



* apa yang aku tak halalkan ialah duit dan barang aku yang hilang. memang dah jadi duit haram. kalau makan ia akan menjadi darah daging si pencuri. Kalau guna untuk keperluan lain hidup tak akan berkat sampai bila2. Tak akan senang sampai bila2. Bila hidup tak pernah senang tu kau pikir la balik apa yang kau dah buat. Dan aku berharap kebenaran akan datang dan masa tu kau akan malu besar.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...