6
Orang Memberi Komen

4 SYARAT JIKA INGIN BAHAGIA



1. Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain. Kebanyakan dari kamu sanggup mengenepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.


2. Punya pendirian yang tetap. Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.


3. Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain. Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibinaterputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.


4. Berkorban biarlah berpada-pada. Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

TAHUKAH KAMU?

Cuba korang baca. Mesti ada yang susah nak percaya kan?


☞ Hampir 1000 ekor burung akan mati dalam tempoh setahun kerana merempuh cermin tingkap.


☞ Potensi disengat tebuan lebih tinggi dalam keadaan cuaca lembap berbanding cuaca lain.


☞ Kebanyakan lipstik mempunyai kandungan sisik ikan.


☞ Jantung wanita berdegup lebih pantas dari lelaki.


☞ Burung hantu merupakan satu-satunya burung yang boleh mengenal warna biru.


☞ Kajian mendapati nyamuk lebih gemar menggigit manusia yang kerap makan pisang.


☞ Kebanyakan habuk yang ada di dalam rumah hampir kesemuanya terhasil daripada sel kulit mati kulit.


☞ Kita mempunyai saiz mata yang sama sejak lahir tetapi tidak hidung dan telinga.


p/s : amacam?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

CUBA LUPAKAN SI DIA



Usah terlalu kecewa andai cinta kamu terputus di tengah jalan kerana si dia pergi sebenarnya untuk membuka peluang pada seseorang yang lebih baik untuk mengisi ruang hati kamu. Oleh itu cubalah lupakan si dia. Bangkitlah dari kekecewaan. Read this...


1. Terima hakikat. Pertama sekali kamu perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik kamu. Belajarlah untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan percayalah ia adalah permulaan kepada pertemuan.


2. Melarikan diri. Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kamu. Cuba kamu pergi ke satu tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Apabila kembali tenang, kamu segeralah pulang ke tempat asalmu.


3. Luahkan perasaan. Luahkan perasaan kamu kepada sahabat karib atau orang yang paling rapat dengan kamu. Mungkin si dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan yang terpendam akan dapat menghilangkan tekanan kamu.


4. Mendengar luahan orang lain. Apabila mendengar luahan teman-teman lain sekurang- kurangnya kamu akan sedar bahawa bukan kamu seorang sahaja menerima nasib yang teruk. Malah mungkin ada orang lain yang mengalami nasib yang lebih teruk dari kamu.


5. Buang segala kenangan. Hadiah atau apa sahaja yang boleh membuatkan kamu mengingati si dia, jangan ragu-ragu untuk membuangnya. Mungkin kamu terlalu sayangkan pemberian itu namun itulah yang terbaik untuk kamu lupakan terus si dia.


6. Berdoa dan bertawakal. Ini adalah penyelesaian yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan yang mendatang serta akan dipertemukan dengan pasangan yang serasi.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

LELAKI DAN BULAN KELAHIRANNYA

gambar takleh blah


Tahukah kamu!!!! Lelaki dan bulan kelahirannya... Syyhhh.... bace diam-diam ye. Ihiks. Jom tengok sama-sama. Let's check it out !



Januari :: Mudah jatuh cinta.


Februari :: Bercita-cita tinggi untuk mengejar mimpi.


Mac :: Soal setia dialah juara.


April :: Tidak pernah menghampakan.


Mei :: Suka merancang dan mengatur kehidupan kekasih.


Jun :: Seleranya tinggi.


Julai :: Pendengar yang baik.


Ogos :: Bijak dan menyenangkan.


September :: Bukan sebarangan memilih wanita.


Oktober :: Mempunyai bakat jadi ahli nujum.


November :: Sentiasa bersemangat.


Disember :: Pandai menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.


P/S : yang mana anda?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

BLOGWALKING TERUS FOLLOW


Assalamualaikum. Salam sejahtera sume. Dah makan ke belum? Kalau belum tu cepat-cepat la pegi makan ye. Karang tak pasal-pasal sakit perut pulak. Sementara tengah menunggu nasi himpit aku tu masak maka elok sangat la aku update blog ni. Kenape buat nasi himpit? Hmm... Esok aku dan murid-murid prasekolah akan mengadakan jamuan Hari Raya. Tu la pasal kena merebus nasi himpit. Kuah kacang pulak dah order kat tokeynya.


Baiklah, tanpa membuang masa mari kita berdiskusi tentang tajuk di atas. "Blogwalking Terus Follow". Maksudnya ialah apabila seseorang blogger itu menerjah blog aku tak kira la samada dia ber 'chitchat' kat shoutbox ataupun memberi pandangan tentang entry aku, secara automatiknya aku akan follow dia. Dengar macam tah hape hape je kan. Uhuk. Jangan la berkate begitu. Bagi aku ini salah satu cara untuk aku meningkatkan traffic blog aku disamping mendapatkan follower baru. Al maklum sajalah... Aku kan blogger baru. Jadi apalah salahnya kalau aku berbuat begitu.


Korang dulu pun pernah menghadapi situasi macam aku kan. Iyalah, takkan buat blog terus dapat ramai follower dan traffic pon tinggi. Mesti ada cara yang korang buat supaya blog korang terus diterjah walaupun hanya untuk seketika.


Ok lah. Aku rasa korang pun dah faham kan apa yang aku bagitau ni. Lepas ni aku nak goreng keropok. Sedap jugak kalau kunyah-kunyak kat depan tv tu.


End.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

INFO DUIT



Sape sayang duit angkat tangan ! Sayang duit sebab takut dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah ok. Jangan korang sayang duit sampai jadi kedekut pulak ye. Bagi mereka yang susah sangat nak dapat duit mesti akan berhati-hati apabila ingin menggunakan duit mereka. Kat bawah ni ada beberapa tips tentang duit korang. Keep reading :)


Cara simpanan wang yang betul. Bagi kamu yang bekerja, mesti ada sasaran berapa jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Mungkin ada di antara kamu yang berbelanja sakan, dan duit lebih daripada gaji itu akan disimpan. Sebenarnya, salah begitu. Apabila mendapat duit gaji, kamu haruslah mengasingkan jumlah yang ingin disimpan. Simpan duit tu dan jangan sesekali kamu menggunakan duit tersebut. Baki daripada duit simpanan itu barulah kamu boleh berbelanja. Tapi, jangan membazir pula ya.



Catatkan perbelanjaan kamu. Catatkan semua perbelanjaan kamu, jumlahnya dan untuk apa. Dengan adanya buku lejar atau buku kira-kira peribadi, kamu dapat melihat corak perbelanjaan dan boleh mengenalpasti perbelanjaan yang tidak perlu. Tentukan bayaran yang menjadi keutamaan, misalnya bayaran yuran pendidikan, perbelanjaan harian dan sebagainya. Catat dan jumlahkan apabila hujung bulan. Dengan ini, kamu akan mengetahui apa yang perlu dikurangkan dan apa yang perlu ditambah. Selamat mencuba.



Wah, masak makanan sendiri? Hebatnya ! Tak percaya? Ia memang terbukti boleh menjimatkan duit kamu. Daripada kamu habiskan RM20 sehari untuk makanan, apa kata cuba masak sendiri. Memasak tidak memerlukan bajet yang banyak. Kamu memang dapat menyimpan dengan cara ini. Tidak perlu makanan yang rumit, cuba masak makanan yang ringkas seperti nasi goreng, mi goreng ataupun speghetti. Siapa tahu bakat memasak kamu akan tercungkil apabila mula amalkan masak makanan sendiri. Tentu bakal mertua sayang !



Barangan berjenama. Oppss, perlu ke? Bagi kamu yang masih remaja, nafsu membeli kamu memang sedang tinggi. Apa sahaja barangan, perlu yang berjenama. Tetapi, perlukah bertindak begitu? Mengapa mahu barangan berjenama sedangkan kamu tidak mampu? Ia sekali gus mengajak kamu untuk terlebih belanja ke arah sesuatu yang tidak perlu. Apa yang penting bagi sesuatu barangan itu adalah keselesaan, cantik dan berkualiti. Tidak semestinya barang yang tidak berjenama, ia tidak berkualiti. Kamu harus bijak memilih sebaya dengan umur kamu. Pada yang mampu, tidak mengapa. Tetapi pada yang tidak mampu, sila kurangkan nafsu kamu itu ya. Jangan sesekali mengamalkan prinsip 'Biar Papa, Asalkan Bergaya'.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

5 CARA PENENANG DIRI



Setiap kali masalah atau dugaan menimpa hidup kamu, pastinya perasaan tertekan, marah, sedih dan takut akan menyelubungi diri. Usah bimbang, di sini ada cara untuk menenangkan diri. Mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah kamu sepenuhnya tetapi dapat meredakan sedikat perasaan bercampur baur yang kamu alami itu.


1. Nikmati teh. Dalam sebuah kajian di Universiti College, London, 75 sukarelawan minum secawan teh sebelum menyelesaikan masalah yang dihadapi. 47% daripada sukarelawan tersebut berjaya menurunkan hormon marah dan tekanan berbanding mereka yang tidak minum teh.


2. Urutan. Menurut kajian di Hong Kong Polytecnic Universiti, teknik urutan dapat menenangkan diri sehingga 39%. Sekiranya mahu lebih cepat, urut bahagian antara ibu jari dan telunjuk selama 20 hingga 30 saat.


3. Makan coklat. Rasa yang ada pada coklat dapat membesarkan pembuluh darah sehingga mengurangkan tekanan darah. Berikut adalah hasil kajian yang diperoleh dalam Proceedings Of The National Academy Of Sciences. Harus diingatkan pilih dark chocolate berbanding milk chocolate.


4. Buka youtube. Menurut kajian di Loma Linda Universiti California AS, ketawa boleh menurunkan kadar hormon stress. Jadi, cari video lucu di YouTube dan ketawalah sepuasnya.


5. Zat EPA dan DHA Omega 3. Menurut kajian dari Universiti Pittsburgh AS, orang yang dalam darahnya terkandung zat EPA dan DHA Omega 3 dengan kadar yang tinggi akan lebih bahagia. Makan ikan salmon, sardin atau suplemen EPA dan DHA.


* sebaik-baiknya solat adalah ubat penenang diri yang paling utama...



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

BAYAM OH BAYAM



Suka makan sayur bayam? Apa khasiat bayam yang kita boleh dapat jika memakannya? Teruskan membaca sampai bawah ok :)


Khasiat bayam ataupun spinach sememangnya terbukti. Bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.


Ia bertindak sebagai anti oksidan, anti-kanser, mengekalkan kesihatan tulang, merendahkan tekanan darah, menguatkan penglihatan serta berfungsi untuk menambah darah.


Jadi, apa tunggu lagi? Belilah sayur bayam di pasar-pasar yang berhampiran. Sementara stok masih ada :p

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

MINUM AIR DALAM KEADAAN PERUT KOSONG



Tahukah kamu, minum air ketika perut kosong sewaktu bangun pagi sangat popular di Jepun. Kajian saintifik juga mendakwa ia terbukti berkesan untuk melegakan sakit perut, masalah buang air kecil, cirit-birit, pening kepala, loya dan muntah, masalah mata, sakit tekak dan membantu masalah kegemukan.




Bagaimana caranya? Selepas kamu bangun dari tidur dan dengan tanpa memberus gigi minumlah air kosong dengan kuantiti 160ml sebanyak 4 kali. Kemudian, baru kamu memberus gigi dan membersihkan mulut tetapi jangan makan apa-apa selama 45 minit. Selepas 45 minit, kamu boleh makan dan minum seperti biasa.


Untuk lebih menjaga kesihatan, selepas waktu makan tengahari atau makan malam, jangan minum air selepas 2 jam. Bagi golongan dewasa dan warga tua yang sukar untuk minum 4 gelas air setiap kali bangun pagi, mereka boleh mulakan dengan segelas atau dua gelas sahaja setiap pagi dan lama-kelamaan, biasakan diri untuk minum 4 gelas setiap kali bangun tidur.


Cara-cara ini adalah panduan untuk kamu bagi membantu menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus boleh mencegah pelbagai penyakit.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

8
Orang Memberi Komen

FIRST DOODLE

Assalamualaikum. Selamat tengahari sumer. Dah lunch? Kalau dah baguslah.

Semalam aku try la wat doodle guna tutorial sorg blogger ni. Tutorial dia ok, senang faham. Cuma satu je aku konfius.. Cuba korang tengok gambar doodle yang aku buat di bawah ini. Nampak tak anak panah yang aku tunjukkan di bahagian doodle yang telah dilukis? Empat bahagian tu aku konfius skit la. Dia suruh lukis guna pen tool. Aku dah wat tapi kenapa garisan tu tak jadi melengkung ye? Last2 aku biar je camtu. Huhu. Lepas ni kna try lagi la.


Gambar ni ada banyak sangat kekurangan. Maklum la first doodle. Line hitam pon tak clear. Mata dan mulut je yang clear. Kena baiki lagi ni. HIHI.


Ape ape pon terima kasih kepada Encik Hafizzi Aziz kerana membuat tutorial doodle ini :)


Pada yang nak blaja wat doodle tu boleh la terjah blog dia ok.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

RAHSIA SEBIJI EPAL

Bagi epal merah, ia mengandungi serat yang larut dalam air, asam organik dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, membantu mengurangi masalah karies gigi dan gusi serta menurunkan kadar kolestrol.


Bagi epal hijau pula, mengandungi zat besi, megnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kamu digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Kamu akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

5 YANG UTAMA

Ini adalah yang sebaiknya ada dalam menu kamu sehari-hari. Selain membantu diet kamu agar berhasil ia juga mempunyai khasiat untuk tubuh.


❤ Brokoli. Satu cangkir brokoli yang direbus mengandungi zat besi dan serat. Ia mampu
mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser.


❤ Epal. Sebiji epal memberi kamu 10 peratus serat yag disarankan pada kamu. Ia mampu menjadikan perut lebih anjal.


❤ Yogurt. Mengandungi 'probiotik' yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi 'irritable bowel syndrome' dan mengurangkan risiko kanser.


❤ Sayuran berwarna hijau gelap. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuku.


❤ Pisang. Kandungan 'potasium'nya tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa tambahan gula.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

KATA DAH FOLLOW TAPI...

:: no picture ::

Assalamualaikum.... Selamat Hari Malaysia sumer warga Malaysia. Harini nak cite skit la pasal tajuk di atas. Aku rasa korg sumer mesti dah boleh agak kan kan.. Aku rasa bukan aku sorang je yang pernah mengalami kejadian seumpama ini. Korang pun mesti pernah kena kan?


Ada blogger tertentu yang bagitau yang dia dah follow kita dan dia akan minta kita follow balik. Tengok-tengok takde pon nama diorang kat dalam friendlist kita kan. Cakap beria-ia kata dah follow tapi hampeh. Kalau pon dah terdesak sangat nak suruh orang follow tu tak payah la nak menipu. Berdosa woo tipu-tipu ni.


Apa pandangan korang mengenai perkara ini?


Sorry la.. Entry pendek saje.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

DIET BOLEH & TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Kebanyakan dari kamu apabila berdiet sering kali terlupa dengan beberapa perkara yang seharusnya dilakukan dan tidak patut dilakukan. Harus diingatkan ! Berdiet bukan hanya menahan diri dari makan makanan yang berlemak sahaja. Ada perkara lain yang perlu diketahui agar hasil daripada program diet kamu bukan hanya melangsingkan tubuh tetapi juga sihat dan terus bertenaga.

LAKUKAN


❤ Olahraga. Lakukan olahraga paling minimum 30 minit setiap hari. Sekiranya kamu tidak ada masa berjoging ataupun ke gim lakukan saja senaman di rumah dengan berpandukan video senaman ataupun buku latihan senaman.


❤ Makan ikut waktu. Berdiet bukan bererti tidak makan langsung. Malah pakar pemakanan mencadangkan sekitar 5 hingga 7 kali makan yang ringan sehari untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membuat kamu rasa kenyang dalam waktu yang lama.


❤ Ajak orang terdekat bersama. Libatkan orang yang terdekat dengan kamu. Misalnya mengajak pasangan kamu makan makanan yang sihat. Diet pun akan berjalan lebih mudah dan menyenangkan.


❤ Makanan yang sihat. Tetap mengambil makanan yang berkhasiat dan hindari makanan yang sudah diproses. Sebaliknya pilihlah makanan segar seperti buah, sayuran, gandum dan ikan. Jangan lupa minum 2 liter air setiap hari.


❤ Sentiasa lebih kreatif. Ramai yang menganggap makanan yang sihat selalunya tidak berapa sedap. Namun andai kamu kreatif banyak resipi sihat dan lazat yang boleh didapati di restoran. Kamu juga boleh menggabungkan makanan diet dengan makanan kesukaan kamu.


HINDARI


❤ Meninggalkan terus makanan kesukaan. Semakin kamu cuba untuk meninggalkan makanan kesukaan, semakin kamu terasa teringin memakannya. Kamu boleh memanjakan diri sekali seminggu dengan makanan itu asal tidak terlalu obsesi dan masih dalam terkawal.


❤ Menyerah dan mengalah. Jangan biarkan seseorang merosakkan rancangan diet kamu. Jika kamu terpengaruh dengan pelawaan mereka mengajak kamu makan, pastikan makanan yang kamu makan adalah masih di bawah menu diet.


❤ Stres. Jangan terlalu serius menjalani diet kamu. Jika kamu sudah makan secara sihat sebanyak 90%, jadi tidak ada salahnya andai kamu bersenang-senang sementara waktu.


❤ Diet yang terlalu ketat. Berdiet harus tahu batasannya juga. Andai tubuh sudah terlalu ramping, warna kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh itu tanda-tandanya diet kamu sudah tidak sihat lagi.


❤ Diet ala mi segera. Maksudnya menguruskan badan dengan cara yang cepat tanpa memikirkan kesannya. Atau dengan kata lain, kamu mengambil pil untuk menahan nafsu makan. Jangan sesekali melakukan demikian. Lebih baik kamu menahan nafsu makan dengan memulakannya sikit demi sikit.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

BIBIR ASET ISTIMEWA WANITA

Bibir adalah salah satu aset istimewa buat setiap gadis. Oleh itu, cubalah luangkan waktu untuk memberi perhatian pada bibir agar tampil cantik dan segar sentiasa. Semak tips di bawah...



❤ Bersihkan bibir sebelum tidur. Sama seperti kulit muka kamu yang harus bebas dari sebarang solekan, begitu jugalah dengan bibir. Waktu tidur inilah saat kulit bibir berehat dan mendapatkan rawatan agar keesokannya kembali segar.


❤ Sapukan pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur. Ketika tidur, bibir tidak banyak bergerak dan bersentuhan dengan makanan. Oleh itu, pelembap akan lebih mudah meresap secara optimum.


❤ Jaga kebersihan gigi dan mulut. Bakteria yang menempel pada gigi mampu merebak pada bibir melalui air liur. Jika bibir kamu terluka, bakteria tersebut boleh meninggalkan kesan ringan pada bibir.


❤ Hindari kebiasaan menjilat bibir. Tabiat menjilat bibir (kerana bibir kering atau merekah) sebenarnya tidak elok dipraktikkan. Ini kerana air liur sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang berisiko untuk merosakkan lapisan bibir dan ia membuatkan bahagian itu semakin kering.


❤ Minum air yang cukup. Minum air yang cukup mampu mengelakkan bibir jadi kering dan merekah.


❤ Hindari cuaca yang ekstrem. Suhu dan kelembapan udara yang rendah boleh membuat bibir kering, hitam dan mengelupas. Sekiranya kamu harus ke daerah yang bersuhu ekstrem, sapukan pelembap bibir yang agak pekat pada bibir lalu lindungi dengan sapu tangan atau skarf.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Pencarian Bloglist mairaqueen.com



Assalamualaikum... Saya mahu join segmen ini. Thanks to Maira Queen.

Me = female :)

Thanks....

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

SEJAM RM2.50 - NORHAYATI BERAHIM

Sengsara itu ada ganjarannya...



"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali"


"Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!


"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh billion!"


"Aku peduli apa? Kalau seratus billion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun"
Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.


"Aku hairan sungguh kau ni"


"Hairan apanya?"


"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia billionair!".


Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu!


Ya. Memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Esok UPSR :)

Assalamualaikum. Tinggal beberapa jam saja lagi bagi kesemua pelajar-pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau singkatannya UPSR. Di saat ini mesti semuanya tak sabar2 untuk menjawab soalan. Yang penting aku dah lepas. Fuhh... lega. Hahaha...

Diharapkan mereka semua akan menjawab dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Sebelum menjawab tu pastikan baca doa penerang hati moga semuanya beroleh keberkatan dan dipermudahkan untuk menjawab soalan. InsyaAllah.... Berkat restu ibu bapa dan guru-guru yang mengajar anda InsyaAllah ada peluang untuk cemerlang.

Buat adik angkat aku yang bernama Aishah, akak ucapkan selamat berjuang. Ini baru permulaan. Ada lagi peperiksaan yang lebih besar menanti di hadapan. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Gunakan dengan sebaik mungkin.



Aishah




Tak lupa juga buat adik ipar yang manja, adik Irah. Semoga berjaya. I wish you luck. Jangan malukan along ok. Hahaha. 5A pasti dalam genggaman !

adik Irah bertudung ungu




Akhir sekali buat semuanya, Selamat Menjawab Soalan.

All The Best !

Caayookk !


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Menanti Tetamu

Salam. Mood :: Sedang menunggu tetamu untuk beraya. Perut pulak buat hal dari semalam lagi. Asik nak membuang je. Adoi la. Menu hari ni mi jawa. Bukanlah menu feberet aku. Tapi belasah je la. Malam tadi aku dah penuhkan bekas kuih raya, dah buat air buah-buahan sejag besar dan siapkan barang2 untuk digunakan sebentar saja lagi.


Anak aku pula dok berlari ke sana ke mari sambil menyepahkan mainannya. Skejap kang main basikal pulak. Huhu. Ok la. Nanti update lagi. Tata.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Gerimis Rindu | Meen Zulaikha

Tempias kasihmu sudah cukup menyelimuti nuraniku yang tandus...


Ailani dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.


Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konflik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato' Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.


Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi.


Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Word | Bukan Microsoft Word OK.

16092011 ni genab la usia anak aku setahun 4 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, banyak perkataan yang telah dipelajari oleh beliau. Aku dan suami gembira dengan perkembangan ini yang menandakan anak kami membesar dengan baik. Syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan yang tak ternilai ni pada kami berdua :)


Berikut disenaraikan perkataan-perkataan yang telah berjaya dipelajari dan disebut oleh Muhammad Faqih Hakim b. Hasnizatul Azam walaupun maksudnya kami sendiri tidak mengerti. Huhu....


✔ peca peca peca

✔ peya peya peya

✔ cica

✔ ala

✔ aka @ akak

✔ ayah

✔ abah

✔ da (bonda)

✔ mama

✔ na @ nak

✔ tatoh @ jatoh

✔ ama

✔ apa


Faqih dan ayahanda

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

1st GiveAway by Clara

Assalamualaikum.... Saya join ini pula.... :)




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Bina Insan Guru

Teringat kembali detik2 itu ketika aku menjadi warga MPTAA. Apa itu MPTAA? Korang teka la sendiri ye. Semester pertama aku terlibat dengan program Bina Insan Guru di Semuji Agro Resort, Kuantan. Tempatnya teramatlah corok. Bak kata mak aku tempat jin bertendang. Masa tu semua guru pelatih diwajibkan untuk mengikuti program tersebut. Tiada pengecualian. Full stop!

Perjalanan kami ke sana dengan menaiki bas MPTAA dan teramatlah seronok sebab excited dapat naik bas maktab. Nampak sangat kebudak-budakan. Sampai je kami kena pasang khemah mengikut kumpulan masing2.

Aktivitinya pula banyak mendengar ceramah dan perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tajuk2 yang diberikan. Aktiviti luar pula macam biasa la kan, jungle trekking. Yang takleh tahan bila kena masuk dalam kolam berlumpur untuk menyeberang ke sebelah sana. Kalau taknak masuk dalam lumpur jalan alternatifnya kena menggunakan tali yang disediakan. Masa tu sorang je yang berani nak mencuba. Yang lain lebih suka bermandi lumpur termasuklah aku. Jenuh jugak la nak cuci pakaian yang dah kena lumpur tu.

Masa program tu berlangsung, kami mendapat sehelai T-Shirt maktab. Dan aku mendapat T-Shirt yang saiznya XL. Bapak besar. Nak tak nak terpaksa jugak pakai sebab saiz kecik dah takde stok. Lepas tu ada plak lecturer aku yang cakap aku pakai baju tido sebab baju aku yang besar gedabak tu. Nasib nasib... Pulak tu dikatanya aku budak PMR. Eeiii.... apa punya turr.. Apa yang aku mampu buat masa tu hanyalah bersabar.

Malam terakhir adalah malam kebudayaan di mana setiap kumpulan diwajibkan membuat persembahan. Kumpulan aku menyanyikan lagu yang dicipta sendiri. Esoknya sesi mengucapkan selamat tinggal kepada Semuji Agro Resort. Habis cerita.... :)

*erk.. tiba2 je perut aku terasa lapar.



ni apahal pulak terselit gambar yang tak berkenaan? Jauh menyimpang dengan topik yang dibicarakan. Uhuk...

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Aku yang emosi

Entah mengapa kehadiran wajah itu membuatkan aku merasa sesuatu. Satu perasaan yang tak dapat dihapuskan sejak kebelakangan ni. Sejak kejadian itu aku mula menjadi seseorang yang begitu mudah berperasaan sedemikian. Aku benci dengan perasaan ni. Dulu, aku tak pernah begini. Hatiku sentiasa berprasangka baik.

Entah la.. Aku slalu memujuk hatiku supaya tidak berfikir yang bukan2 tapi kenapalah ujian ni datang pada aku. Aku takut tak dapat nak menghadapinya nanti.

Disebabkan itu aku lebih suka bermain dengan kursor. Bergerak mengikut rentak hatiku. Di samping itu aku mula membaca novel, hobi aku suatu masa dulu. Membaca membuatkan aku lebih tenang dan tidak memikirkan tentang perkara itu.

Kehidupan tidaklah semudah yang disangkakan. Selagi belum menutup mata pasti roda kehidupan akan sentiasa berputar. Berputar untuk mencari mangsa yang gagal dalam hidup. Aku benci dengan setan2 yang sentiasa menghasut aku supaya berfikir dan bertindak melulu. Setan, kau memang jahat. Memang layak tempat kau di neraka.

Semoga segalanya akan berakhir dengan baik dan happy ending. Terlalu banyak berfikir membuatkan aku tidak ceria dan sentiasa moody. Teruk benar perangai aku. Aku rindukan zaman di maktab bersama kawan2 yang otak gila2. Ponteng kuliah lepas tu pergi kantin kantoi dengan lecturer. Boleh pulak dia cam aku. Glemer la jugak aku ni ye. Ponteng kuliah lagi balik asrama masuk ikut longkang belakang di mana pagarnya telah dipotong dengan playar. Aku ke tu? Memang nakal kan. Curi2 keluar dari kampus pegi bandar dengan kawan2 yang gila2 remaja sampai kena kejar dengan pak guard. Rindu kat pakcik tersebut. Sudah pencen ke belum agaknya? Suka ajuk cakap lecturer yang sentiasa speaking takleh blah. Mintak maaf mama Liza. But i like u coz u make my english better and better. Yeke? Selalu menganyam ketupat Miss Goh, lecturer Bimbingan dan Kaunseling sebab terlalu serabut bila tengok dia. SERABUT !! Paling takleh blah bila ada senior yang tak suka aku. Ape ke hal? Tibe2 je nak carik gadoh. Kat mane la kau sekarang ek KEPALA BESAR?

Pendek kate aku memang rindu gile2 saat2 manis tu. Kalaulah masa boleh berpatah balik alangkah seronoknya.. But, impossibble. Ape pon life must go on. I can do it ! Cayok !



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...