13
Orang Memberi Komen

Jalan-Jalan Di Hujung Minggu



Assalamualaikum.


Yuhuu bloggers. Lamanya tak blogging. Macam biasa la kan.. Hujung bulan je broadband celcom ni mesti buat hal walaupun bil sudah dilunaskan. Ni baru nak okey. Hari ni Cikgu Faiz rasa gembira sangat sebab semalam dah berjaya menyiapkan assignment dan terus submit di laman Myguru3. Memang dugaan jugak semalam masa nak online tu. Tau tau je la internet Cikgu Faiz ni kan... Namun, semua itu telah berjaya ditempuh dan assignment telah berjaya dihantar kepada pensyarah. Alhamdulillah....


Siap je assignment malam tadi terus ajak cik abang pegi jalan-jalan kat luar. Huhu. Konon nak release tension la tu. Ni pon baru je balik dari IOI. Puas hati sebab dapat berseronok bersama yang tersayang di hujung minggu ni. Puas hati jugak sebab dapat makan sesuatu yang dah lama Cikgu Faiz teringin nak makan tapi hari ni baru dapat makan. Nak tau apa? Tengok kat bawah.





ni ha.. Tutti Frutti. korang mesti dah puas makan kan? Cikgu Faiz je yang baru dapat makan frozen yogurt ni. Sedih betul kan... taruk punya taruk tadi harganya boleh tahan la jugak RM24.10. Banyak sangat kot saya ambik. Huhu. Okey la tu makan pon untuk 3 orang.




ni masa lunch tadi. saje nak cuba wendy's pulak. boleh tahan jugak. kentang goreng pon tebal-tebal. suka Faqih makan.




tengok la Faqih tu. siap suruh abah dia tiup kentang. mana ada panas dah. ngade-ngade betul anak abah ni.



tengok la tu muka Faqih dapat kentang. kelat semacam je. huhu.


Sampai je rumah tadi tak lama lepas tu Faqih terus tertidur kepenatan. Puas hati Faqih dapat berlari-lari kat IOI tadi. Mak abah dia la yang letih dok mengejar je :)




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Makan Sampai Kenyang



Assalamuaaikum.


Good evening bloggers. Hari ni dah mula sibuk dengan kerja di sekolah. Tapi tetap curi masa nak update. Hehe. Semalam dah submit assignment sahsiah. Ada lagi tiga assignment yang akan menyusul. Tapi sebelum tu kita kasi update dulu. Hehe.


Oh ya, kepada semua kakitangan kerajaan, korang dah semak ke slip gaji untuk bulan ni? Hehe. Best la bulan ni rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah. Bila rezeki dan bertambah tu kena la beringat-ingat. Jangan joli sampai tak ingat dunia sudah.


Okey la... sebenarnya dah lama Cikgu Faiz teringin nak makan aiskrim seperti gambar di bawah ni. Akhirnya tercapai jugak cita-cita CF sebab ada orang yang sudi belanja. Yummy yummy... memang sedap aisrim ni. Tak caye? Cuba rasa semangkuk macam kat bawah ni....




Yang ni perisa vanila ke strawberry (tak ingat la pulak). Yang CF ingat dalam aiskrim ni ada pisang. Kenyang makan pisang dalam aiskrim.




Nampak sedap tak? Tengok tu, sudu pon warna pink.




Faqih pon nak jugak tapi mak dia makan lagi banyak la... Huhu.




Sampai licin CF makan. Buah ceri tu tak sedap langsung la....


Tolong Cikgu Faiz KLIK SINI boleh? Terima kasih :)




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

11
Orang Memberi Komen

1st Lucky Draw ANNISA SCARF by Nancy Anisa



Assalamualaikum.


Morning. Hari ni takde cerita yang menarik untuk dikongsi bersama tapi Cikgu Faiz nak join Lucky Draw la pulak. Tuan blog NI telah menjemput Cikgu Faiz untuk menyertainya. Jadi, apa lagi... masuk je la untuk memberi sokongan kepada beliau :)






"ANNISA SCARF,ialah label yang mementingkan kesopanan wanita sebagai seorang muslimah.ANNISA SCARF mengeluarkan custom-made shawls yang bersaiz besar agar dapat menutup aurat dengan sebaiknya jika digayakan dengan cara yang betul.Boleh ke page Big Shawl(Annisa Scarf) untuk memilih warna kesukaan anda.Buat masa ini,Annisa Scarf mempunyai 13 warna yang menarik untuk dipilih."







Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

8
Orang Memberi Komen

Jom Berkenalan Dengan Follower ke 700 Ni....




Assalamualaikum.


Good evening bloggers. Amacam hari ni okey tak? Kalau tak okey tu buat-buat la okey. Heheh. Baiklah, hari Cikgu Faiz ingin memperkenalkan follower blog DingDang yang ke 700. Sila lihat rajah di bawah. Tapi sebelum tu boleh tak tengok SINI JAP....




Kenal tak ? Kalau tak kenal, mari kita berkenalan dengan beliau. Gambar di bawah ini merupakan rupa blog si cantik manis ni.




klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.




Nama blogger ni Fatin Adila. Dia ni nampak macam baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging. Follower baru nak meningkat naik. Jadi, kepada sesiapa yang nak menambah follower tu boleh la follow beliau okey.


Klik sini untuk ke blog Fatin Adila.




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

New Dashboard




Assalamualaikum.


Selamat petang bloggers. Geram betul la hari ni. Bukak dashboard je terus jadi macam ni.

|
|
V




ini dashboard baru kan? saya tak klik apa-apa pon terus jadi macam ni. Tak suka la. Yang lama lagi best. Huhu.


gadis-gadis yang berumur 18 tahun ke atas boleh tengok ni. 



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

10
Orang Memberi Komen

Blog Cikgu Faiz Terpilih Antara 20 Blog Gempak April ?



Assalamualaikum.


Hai ! Salam 1 bloggers. Baru je bukak blog tadi tengok kat chatbox, tiba-tiba ternampak ada sorang blogger ni cakap yang blog Cikgu Faiz terpilih untuk bulan April. Aik, apa benda pulak tu? Takde pulak Cikgu Faiz join mana-mana segmen atau contest kecuali yang INI je baru-baru ni. Tapi, penganjur ni lelaki la pulak. Ish, musykil dah ni.


Cikgu Faiz pon terus klik link ke blog tersebut dan alangkah terkezutnya apabila blog DingDang telah tersenarai antara 20 Blog Paling Gempak bagi bulan April ini. Memang terkejut sangat sebab rasanya blog ni takde la gempak mana pon. Hehe. Mungkin pihak penganjur boleh menerangkan bagaimana agaknya blog Cikgu Faiz boleh terpilih ye :)


Ha, cuba baca kat bawah ni...




...yang akan bersaing dengan 60 blog yang telah terpilih pada bulan Januari - Mac termasuk bulan April ni. Fuhh....


Memang 60 blog yang lain tu gempak-gempak belaka.




senarai blog yang terpilih untuk bulan April :) Blog DingDang di nombor 13.


Apa-apa pun, Cikgu Faiz mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menganjurkan aktiviti julung-julung kalinya buat bloggers seantero. Cewahhh.. Haha. Thank you, Arigato Gozaimas, Kamsahamnida, Xie Xie, Terima Kasih.

Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Mujse Dosti Karoge



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Mujse dosti karoge ?? Ngeh ngeh... Jom layan tv2 sekarang. Hihiks. Jangan lupa sediakan stok tisu banyak-banyak okey.










Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Segmen Aien Nak Review Blog Korang



Assalamualaikum.


Morning bloggers. Pagi ni nak join satu segmen yang telah ditag oleh Aida.





Kepada sesiapa yang nak menyertai jugak sila baca terma dan syarat di bawah :
1. Mesti ada blog
2. Follow blog nie (wajib)
3. Like my FANPAGE *fanpage baru buat (wajib)
4. Buat satu entry bertajuk "Segmen Aien Nak Review Blog Korang"
5. Tempek banner xlawo tu kat entry korang..
6. Tag 3 orang (lepastu jerit kat shoutbox diorang)
7. Nak copypaste syarat-syarat ni kat entry korang pun boleh
8. DONE..Hantar link entry segmen di bahagian komen SAHAJA..
9. Tarikh tamat ? Nanti lah fikir



Mangsa Tag ----> Norhafizah Alias , Cik Yuyu , Fida .


SELAMAT BERSEGMEN !!

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Faqih Sewaktu Bayi..



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Ini entry mengimbas kembali kenangan sewaktu Faqih masih bayi seawal usia satu hari. Tak tau nak update apa jadi ini pon boleh la. Faqih telah dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Berat sewaktu dilahirkan ialah 3.1 kg. Semangat jugak la. Tarikh lahir Faqih pada 16 Mei 2010. Ha... tak lama lagi la tu birthday Faqih yang ke dua tahun. Masa tu Faqih akan sambut birthday dengan ayah dan bonda sempena Hari Guru. Wahh, tak sabarnya.




Faqih masa umur satu hari. Jurukamera = ayahanda.



Setelah dibedung oleh wan terus tak bergerak. Masa ni tido je keje Faqih.



Gambar ni bonda yang snap pada hari ke-2 di hospital. Gagahkan diri jugak untuk berjalan supaya cepat dapat kuar spital.



Faqih yang kuat tido.



Faqih yang kuat menangis bila dah besar ni.



Faqih yang suka tersenyum masa tido.



Murahnya senyuman Faqih.



Besar mulut masa menguap. Mengantuk sangat la tu.


p/s : malam tadi main bedung-bedung dengan Faqih. Suka pulak Faqih jadi baby. Lupa nak ambik gambar baby tua kena bedung. Huhuhu.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

13
Orang Memberi Komen

Pagi-Pagi Lagi Dah Buat Perangai.



Assalamualaikum.


Morning bloggers. Tajuk kat atas macam tengah angin je. Memang angin pon. Tengok la gambar kat bawah ni. Pagi-pagi lagi dah ada penipu yang datang masuk ke blog CF dan letak link churp churp dia.




nik = suzanatahir . ada sapa-sapa yang pernah terkena dengan dia ni tak? Nak suruh klik cakap je la. Tak payah nak letak link iklan awak tu kat blog saya. Kita klik sama-sama. Baru adil kan??

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

I Miss My Blog



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Rindunya nak blogwalking, join segmen blogger semua. Tapi apakan daya, servis internet makin lama makin teruk. Mungkin nak kena tukar modem. Kalau tak jalan jugak nampaknya terpaksalah bertukar kepada servis yang lain.


Tahun ni merupakan tahun yang agak sibuk. Ditambah pulak Cikgu Faiz terpaksa sambung belajar. Makin bertambah sibuk la nampaknya. Dulu, banyak masa diluangkan dekat blog. Sekarang masa terluang lebih banyak untuk assignment dan forum myguru.






Memang penat bila kena bahagikan masa dengan menjadi seorang isteri + ibu + guru + pelajar + blogger. Huhu. Bila dah lama tak blogwalking ni mesti dah banyak pembaharuan dekat blog awak-awak semua kan? Hehe. CF ni pon nak update sehari sekali pon dah susah sangat sekarang ni. Padahal memang ada banyak benda nak citer ni.


Ni nak tanya la awak-awak semua kan. Line internet mana yang okey? Kiranya yang kurang lembap la. Tak tau nak pilih yang mana. Takut pisang berbuah dua kali.


dapat diskaun 50% KFC Dinner Treat sekarang !!

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Tak Wajar Pertikai Anugerah Aaron Aziz | Dato' Siti Nurhaliza



Assalamualaikum.


Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.


Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.






“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. “Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.


“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugerah Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.


Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing.


“Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya.


Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Header Baru



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Dah lama tak update blog ni. Celcom makin menjadi-jadi pulak sekarang ni. Dah tak macam dulu lagi. Saya sangat kecewa dengan celcom. Kepada sesiapa yang bercita-cita nak pakai line celcom tu saya nasihatkan agar pilihlah servis yang lain. Bila dah terkena, menyesal pon tak berguna lagi.








Nampaknya header blog saya telah bertukar lagi. Kali ni lebih ringkas. Apa kata korang komen sikit pasal header baru ni. Model header masih dikekalkan kepada model sedia ada iaitu Faqih. Sambil-sambil tunggu lecturer tadi sempat gak la siap header ni. Cuma gambar je yang agak kureng sikit kot sebab mata silau.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Timeline Yang Tak Best



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Internet kembali beroperasi seperti biasa setelah ditutup selama beberapa jam. Harap tak lembap lagi. Nampaknya mulai semalam semua fan pages telah bertukar kepada timeline. Memang tak suka langsung timeline ni. Semak mata memandang tapi nak buat macam mana, terpaksa jugak hadapi benda ni. Lama-lama okey la kot.


Ha, gambar di bawah ini merupakan wajah terbaru fan page Cikgu Faiz. Amacam? Okey tak?





Kepada sesiapa yang belum like tu boleh la berbuat demikian DI SINI.




P/S : seronok sangat bila earning churp churp semakin hari semakin meningkat. Walaupon tak banyak tapi okey la daripada tak naik langsung kan. hehe. Kepada sesiapa yang berminat nak mendaftar tu boleh la KE SINI.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Lembap





Internet lembap. Celcom lembap. Dah bayar pon lembap. Sekian.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...