3
Orang Memberi Komen

Harapan - Hyper Act


Assalamualaikum.


Kali ni Cikgu Faiz nak berkongsi lirik lagu yang agak popular sejak kebelakangan ni. Dari Original Soundtrack drama Seindah Sakura. Sedih betul cerita ni.



Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku
Ohhhh.....

c/o : Harapan
Harapan menjadi layu
Inginku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu
Ohhhh.....

ulang c/o

Harapan
Harapan menjadi layu
Inginku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita

Hatiku
Merapat setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar hidup kita selamanya...


drama adaptasi novel. confirm kena cari ni.







Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Sesi Terapi Bersama Yang Tersayang.



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Bestnya hari ni dapat pergi jalan-jalan. Dah agak lama memerap kini dah tiba masa untuk memenatkan diri dengan mencuci mata di pusat membeli-belah. Hehe. Ingat nak window shopping je alih-alih terbeli pulak barang-barang di bawah ini. Jom usha...




Rempeyek. Orang pertama yang merasmikan ialah Faqih.




Ini entah kasut yang ke berapa tah. Sebelum ni beli kasut yang bertutup tapi pakai tak lama sebab kaki melecet. Harap-harap kasut ni okey.




Kasut sukan bagi menggantikan kasut sebelum ni yang sudah terkopek-kopek. Huhu. Sadis betul kalau korang tengok. Kasut ini telah ditaja oleh abah Faqih.




Ha, ini pulak mainan terbaru Faqih iaitu model haiwan.


KLIK SINI sebagai tanda anda sukakan kedamaian. Thank you so much.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

10
Orang Memberi Komen

Entry Dari Faqih



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Faqih Hakim in the house. Hari ni Faqih nak ganti 'mona' update blog. Harap semua tak kisah. Hari ni Faqih nak tunjuk gambar-gambar Faqih masa dekat rumah. Gambar ni dah lama diambil tapi 'mona' Faqih takde masa nak update. Masa ni Faqih baru je gunting rambut. Nak tau tak siapa yang gunting rambut Faqih? Dah tentu la 'mona' Faqih yang tersayang. Cuba tengok, cantik tak 'mona' Faqih guntingkan rambut Faqih. Boleh jadi tukang gunting rambut kan? Hehe.


Jom tengok gambar-gambar Faqih yang ohsem ni....





Dah tengok? Pandai tak Faqih posing. Ada macam model tak? Hehe. Thank you 'mona' sebab jadi jurugambar Faqih :)


p/s : mona = bonda

Tolong Faqih klik sini ye...






Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

8
Orang Memberi Komen

UPSI | Kampus Baru




Assalamualaikum.


Hai bloggers. Dah lama sangat tak update blog kesayangan ni. Kali ni Cikgu Faiz ingin berkongsi gambar Universiti Pendidikan Sultan Idris cawangan baru yang terletak berhampiran dengan Proton City. Untuk pengetahuan semua, di sinilah Cikgu Faiz belajar PJJ. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan Cikgu Faiz akan ke sini untuk menuntut ilmu.


Tanpa membuang masa jom kita tengok gambar pemandangan di UPSI. Oppss... terlupa pulak nak letak watermark dekat setiap gambar. Dah lama tak update semua pon lupa :)









Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Guru Malaysia



Assalamualaikum.


Ehem ehem... Hari ni Cikgu Faiz nak nyanyi lagu sikit sempena Hari Guru semalam :)

Jom nyanyi sama-sama yea.... sorry kalau pitching ke laut :D


Kami guru Malaysia 
Berikrar dan berjanji 
Mendidik dan memimpin 
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka 
Kami tumpahkan setia 
Rukun Negara kita 
Panduan hidup kami semua 
Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama 
Membantu, membina 
Negara yang tercinta 
Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji 
Tunai tetap kami tunaikan 
Tunai tetap kami tunaikan !!









Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

16 Mei kian tiba...






Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghembuskan nafas di bumi yang bertuah ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini meneruskan kehidupan. Terima kasih juga kerana Engkau telah menghantar emak dan abahku datang untuk menjenguk aku yang sedang sakit beberapa hari yang lalu. Indah sungguh rasanya dapat bertemu dengan orang-orang yang paling aku sanjung. Aku insaf. Disaat aku sedang bertarung dengan kasakitan Engkau telah mengabulkan doaku untuk bertemu mereka. Aku betul-betul bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan.


Diam tak diam esok dah 16 Mei. Tarikh keramat itu merupakan tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik termasuk aku. Pada hari itulah mereka yang bergelar guru akan diraikan dan bermacam-macam aktiviti akan diadakan pada hari tersebut. Namun, terdapat dua perkara yang aku nanti-nantikan pada 16 Mei iaitu Hari Guru dan Hari Lahir Faqih. Percaya atau tidak Faqih Hakim telah dilahirkan pada pagi 16 Mei. Sungguh tidak ku sangka aku akan melahirkan Faqih pada hari tersebut. Ianya sungguh bermakna. Faqih si comel Hari Guru hadiah daripadaNYA buat aku dan suami pada Hari Guru 2010.


Buat Faqih, Selamat Hari Lahir cayang 'mona'. Semoga cepat sembuh ya. Risau 'mona' tengok keadaan Faqih. Jangan nakal-nakal ya sayang. 'mona' dengan abah sayang Faqih.


kata kunci ---> mona = bonda


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Penat, letih...



Assalamualaikum.


Letihnya la rasa.... Tadi balik sekolah jalan kaki je. Sampai rumah je rehat jap lepas tu terus mulakan operasi mengemas rumah. Mula-mula basuh baju. Lepas tu basuh pinggan (takde la banyak mana pon pinggan mangkuk yang tak basuh). Lepas tu sejukkan air panas dan masak air. Seterusnya, mengemas ruang tamu, lap habuk, buang kertas-kertas yang bersepah, lap meja makan. Lepas tu mengemas bakul mainan Faqih (sesi membuang mainan Faqih yang dah rosak sebab bakul mainan sudah terlalu padat dengan mainan). Siap je terus sapu lantai satu rumah. Fuhhh, lepas tu mop lantai. Letih giler rasanya. Siap je keje terus terbaring atas sofa sambil layan drama Endless Love. Ding Dong Dantes tu.....




gambar takde kaitan dengan entry ni.


Oh ya... Tak lama lagi Cikgu Faiz akan membuat transformasi pada blog Ding Dang ni. Sebabnya bagi memenuhi silibus Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang mewajibkan semua pelajarnya untuk membuat blog yang berunsurkan pendidikan. Hehe. Cikgu Faiz malas nak buat yang baru. Tukar yang ni je la. Rasanya entry je yang lain sikit kot. Jangan pulak korang pelik bila Cikgu Faiz buat entry yang entah apa-apa nanti. Design blog tetap akan dikekalkan sebab penyakit 'M'. Huhuhu.


Sebelum mengundur diri, izinkan Cikgu Faiz berpantun...

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca harap komen :)


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Menang Untuk Kali ke-2.




Assalamualaikum.

Selamat petang bloggers. Hari ni rasa happy la jugak sebab Cikgu Faiz menang cabutan bertuah la. Dapat tempat ketiga. Huhu. Tak caya? Boleh tengok dan klik gambar kat bawah ni.





Masuk ni dah kali kedua Cikgu Faiz menang tempat ke-3. 

Okey la. Malas nak taip panjang-panjang. Nak blogwalking pulak. Daaa.....

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban DI SINI.






Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Header Baru Lagi ?



Assalamualaikum.


Hye bloggers. Gggrrrr.... Tengah geram ni. Sebab tak dapat nak blogwalking. Macam biasa la internet kembali melembapkan diri. Sabar je. Dalam pada bengang tadi sempat jugak buat satu header. Dah tengok ke header baru kat atas tu? Okey tak? Cuba komen sikit. Hihik.


Wording untuk header kali ni ialah :

Ini Bukan Ding Dong
Ini Ding Dang


Haha.. ada makna tu... Siapa Ding Dong? Dia ialah pelakon dari Filipina yang berlakon dalam drama Endless Love. Rujuk gambar di bawah.




Amacam? Hensem tak?


Ding Dang pula merujuk kepada model sedia ada iaitu Faqih. Hehe. Faham tak?



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Kenapa Cikgu Faiz Bersedih ?



Assalamualaikum.


Good morning bloggers. Tadi korang tengok tak drama Cinta Buat Emelda episod akhir? Endingnya tak touching sangat la berbanding episod sebelumnya. Tiap kali tengok drama slot akasia mesti Cikgu Faiz jadi emosional. Apa-apa pon, drama ni memang best sangat.


Cikgu Faiz suka lakonan Almy Nadia dalam drama ni. Lakonannya sudah semakin baik dan nampak matang. Sedih sangat masa tengok Emelda kena maki hamun dengan Aril Fatah. Rasa nak pelempang je Aril Fatah tu. Disebabkan perempuan lain sanggup tuduh isteri sendiri kan ? Sobsob.... :'(


Dah la Emelda tu jaga anak dia dari kecik sampai besar. Tergamak buat macam tu. Sedih betul...



suka tengok montaj drama ni. romantik sangat sebab ada kepingan kelopak bunga yang jatuh berguguran, sama jugak macam hati Emelda yang hancur berkecai disebabkan Aril Fatah.




macam biasa la kan. Tiap kali ada drama adaptasi, Cikgu Faiz akan sedaya upaya untuk mendapatkan novel tersebut. yang kat atas ni tak beli lagi. mesti susah nak dapat ni sebab dramanya meletup-letup.


p/s : perasan tak lagu tema blog ni pon dah bertukar? ini memang sudah menjadi habit Cikgu Faiz semenjak dua menjak ni :)


Tolong KLIK SINI tanda anda support blog Cikgu Faiz :)


Korang memang terbaik... !!




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Faqih Hakim di UPSI



Assalamualaikum.


Hye bloggers. Minta maaf banyak-banyak sebab Cikgu Faiz tak balas jejak anda yang berkunjung ke sini. InsyaAllah, lepas Cikgu Faiz submit tugasan yang terakhir untuk semester satu ni, Cikgu Faiz akan membalas jejak anda semua sampai lebam. HAHAHA. Melampau la pulak.


Entry kali ini Cikgu Faiz ingin berkongsi gambar-gambar Faqih Hakim sewaktu kami berkampung di UPSI beberapa minggu yang lalu. Gambar di bawah ini telah diambil oleh jurugambar yang tak bertauliah iaitu suami Cikgu Faiz sendiri. Huhu.


Jom lihat gambar Faqih yang ala-ala model rambut korea ni.




okey tak muka saya ?



tayang gigi dua batang jap.



menjeling-menjeling ku bertentang...



lihatlah alam yang indah ini...



ooooo......


Puas hati dengan model kat atas ni? Jom tengok hadiah Hari Ibu.





Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...