3
Orang Memberi Komen

Kohort 3 - Semester 2

Assalamualaikum.


Sekarang ni Cikgu Faiz berada di UPSI. Untuk apa? Bagi mengikuti kelas Pendidikan Jarak Jauh. Diam tak diam Cikgu Faiz sudah berada di semester ke-2. Semalam dan dapat dua assignment. Satu KRB3033-Pengantar Bahasa Melayu dan yang ke-2 subjek KPF3012-Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Ha... lepas ni Cikgu Faiz akan semakin sibuk dengan assignment dan forum. Entah ada masa ke tidak nak blogging pon tak tahu la....


Hari ni pulak Cikgu Faiz dapat assignment bagi subjek KPD3026-Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Dan assigment ke-4 KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Assignment ke-4 ni mungkin agak seronok sikit kot sebab semua pelajar dikehendaki membina blog. Yeay... seronok sebab Cikgu Faiz dah ada blog ni jadi tak perlu la nak bersusah-payah membuat blog lain kan? Cikgu Faiz ingat nak guna blog ni je cuma pengisiannya mungkin akan lebih kepada apa yang pensyarah mahukan. Cikgu Faiz harap korang takkan terkejut pulak bila tengok blog Cikgu Faiz ni. Hehehe. Cikgu Faiz amat mengharapkan sokongan daripada korang semua yang tak jemu-jemu membaca apa yang ditaip oleh Cikgu Faiz selama ini.






p/s : Harap korang tak jemu berada di blog ni dan sentiasa tinggalkan jejak di ruangan chat. Cikgu Faiz akan cuba mencuri sedikit masa untuk blogwalking di blog korang pulak ye walaupun keadaan semakin sukar sekarang ni. HUEHUEHUE...




With ♥..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Wordless Wednesday | Jamuan Raya (Dah Basi)

Assalamualaikum.





With ♥..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

Cikgu Faiz Suka Hadiah Ini.


Assalamualaikum.


Akhirnya hadiah 'Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida' yang telah dianjurkan oleh blogger Shida sudah pun sampai ke tangan Cikgu Faiz. Lama juga menunggu hadiah ni.

v

v

v



Tadi Cikgu Faiz sempat juga la selak sikit-sikit. Hmmm... buku ni agak menarik dan sesuai sangat-sangat jika anda ingin menghadiahkannya kepada suami atau bakal suami. Bukan apa. Kadang-kadang suami ni dia kurang faham dengan perangai isterinya jadi dalam buku ni ada memberitahu bagaimana suami isteri dapat mengeratkan lagi hubungan di dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Lagi elok kalau suami dan isteri membaca buku ini bersama-sama supaya lebih mendalami lagi isi hati masing-masing.


InsyaAllah jika ada kelapangan dan kerajinan, Cikgu Faiz akan berkongsi hasil tulisan penulis buku ini kepada anda semua :)


Jutaan terima kasih kepada penaja buku ini =)




With ♥..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

13
Orang Memberi Komen

MILO yang ohsem...


Assalamualaikum.


Baru-baru ni ada lori milo singgah ke sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. Elok sangat la tu. Cikgu Faiz dan kawan baru je selesai melatih murid-murid untuk sukan Prasekolah. Memang hilang tenaga kejap. Dengar je  ada lori milo terus bersemangat. Huhuhu.


Dengan muka tak malu, Cikgu Faiz dan kawan pergi ke arah lori milo tersebut sambil membawa dua buah jag yang besar. Hehehe. Eh, air milo tu untuk murid-murid Prasekolah ye. Cikgu Faiz pon dapat la tumpang sekaki. Bukan selalu kan...


Istimewanya, hanya murid-murid Prasekolah sahaja yang diberi layanan kelas pertama ni. Murid-murid yang lain semuanya kena berbaris untuk mendapatkan secawan milo yang memang terbaik. Milo kaw kaw punya pakcik ni buat.


Terima kasih pakcik Milo. Tahun depan datang lagi ye. Huhuhu.





Dua orang abang Milo sedang bertugas. Seorang bancuh, yang seorang lagi tukang bagi air milo.




Inilah jag yang dimaksudkan. Besar la jugak kan? Hehehe.





Satu jag penuh air milo. Memang tergoda dibuatnya.





Minum air milo ni terus rasa bertenaga.




With ♥..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

Aidilfitri Part 4 - Wordless Wednesday


Assalamualaikum.


Biarlah gambar yang berkata-kata... Apa komen anda terhadap ketiga-tiga gambar di bawah ini? Setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri.











Flash Back






With ♥..,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...