- Mengenali bentuk segi empat sama sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat bentuk segi empat sama.
- Menghasilkan bentuk segi empat sama secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai bentuk segi empat sama.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama.
Persediaan guru : Menyediakan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan pelbagai saiz blok mainan yang berbentuk segi empat sama kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk yang ada pada blok mainan tersebut.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis bentuk segi empat sama.
- Minta kanak-kanak imbas kembali blok mainan yang berbentuk segi empat sama dan melukis bentuk segi empat sama.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain blok mainan yang berbentuk segi empat sama, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk segi empat sama serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk segi empat sama.
Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Salam sayang,
anak buah deno adam khaleef dah pandai lukis square:)
ReplyDeleteaktiviti yang boleh juga digunakan oleh ibu-ibu kat rumah :)
ReplyDeletemia conteng2 pandai laa..garis lurus belum lagi
ReplyDelete