9
Orang Memberi Komen

Muzik dan Lagu Kanak-Kanak | Sayang Ibu Ayah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah, sekarang ni suhu badan Faqih dah mulai turun. Panas sudah berkurangan. Harap-harap esok Faqih kembali sihat seperti biasa. Lamanya Cikgu Faiz tak update aktiviti prasekolah di blog ini. Jika dilihat pada senarai carian, pengunjung kerap mencari bahan ilmiah berbanding cerita-cerita lain di blog ni. Syukur. Baiklah untuk tidak melengahkan masa sementara Faqih masih tidur Cikgu Faiz nak update aktiviti nyanyian untuk murid prasekolah / tadika dan yang sewaktu dengannya. Nak ajar anak di rumah pon boleh ^ ^




Sumber gambar : SINI



Aras : Rendah

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :
  1. Menghargai dan menyatakan kasih sayang kepada ibu bapa.
  2. Menyanyikan lagu dengan irama dan intonasi yang betul.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu mahu pun berkumpulan. Kanak-kanak digalakkan melakukan pergerakan anggota badan ketika menyanyikan lagu ini.

Bahan / alatan : kerincing

Persediaan guru : Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Senikata lagu :

Sayang Ibu Ayah
Satu satu saya sayang ibu,
Dua dua saya sayang ayah,
Tiga tiga sayang adik kakak,
Satu dua tiga sayang semuanya.


Prosedur :
  1. Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
  2. Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ibu bapanya.
  3. Guru menerangkan tentang nilai kasih sayang dalam keluarga.
  4. Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
  5. Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
  6. Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
  7. Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
  8. Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.

Cadangan : Guru perlu menerapkan nilai kasih sayang di antara ahli keluarga.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ibu bapa masing-masing.


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

9
Orang Memberi Komen

Lepas Botak Terus Demam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni Faqih Hakim demam. Sebenarnya dari malam tadi badan dia dah panas. Habis sekolah tadi terus bawak Faqih pergi klinik. Kalau ikutkan Faqih memang dah lama tak demam. Elok je lepas botak, esoknya terus demam. Huhu. Harap-harap esok badan Faqih tak panas dah. Kalau tak terpaksa la ambik CRK untuk jaga Faqih. 




Bila Faqih dah demam ni mood untuk menaip pon berkurang. Risau sebab Faqih ni penakut sangat makan ubat. Kalau dia nak makan tu okey la sikit. Doakan Faqih cepat sembuh ya.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

16
Orang Memberi Komen

Berjaya Juga Akhirnya



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Semalam langsung tak sentuh laptop. Balik dari sekolah je Cikgu Faiz dan Encik Suami melaksanakan satu misi iaitu membotakkan kepala Faqih. Huhu. Kalau korang yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ni mesti tahu yang Faqih ni berambut panjang ala-ala korea. Hehe. Oleh kerana rimas melihat Faqih yang asyik tergaru-garu ditambah pula dengan peluh maka Cikgu Faiz membuat keputusan untuk membotakkan terus kepala Faqih tapi bukan botak sampai licin tu. Hehe.


Bukan senang nak botakkan kepala Faqih ni sebab Faqih ni penakut dan penggeli. Cikgu Faiz bertindak sebagai peneman Faqih ketika rambutnya dicukur oleh Encik Suami. Hehe. Bila ada rambut yang jatuh dan terkena badan dia mula la dia suruh buang. Hehe. Dengan rambut sendiri pon geli. Tapi kali ni Faqih dah tak meraung-raung macam sebelum ini. Mungkin sebab dia dah besar jadi tak berapa takut sangat. 



Gambar sebelum botak.



Gambar selepas botak.




Tayang kepala botak.




Haa... baru nampak kemas sikit. Sedap mata memandang. Kalau tak, Cikgu Faiz pon rimas bila tengok rambut Faqih yang panjang tu. Hehe. Dua gambar botak tu diambil di IOI Mall Puchong. Masa tu tengah tunggu Encik Suami yang beratur untuk membayar alat-alat tulis dan bukunya. Dapat baucer buku la katakan. Cikgu Faiz tengok je la sebab tak dapat baucer lagi. Huhu. Punya la ramai yang memborong tapi kaunter pembayaran cuma dua je. Memang hilang sabar jugak tapi kena jugak bersabar. Hehe. Tak baik marah-marah ^ ^. Chill...


Sekian.


Siapa Liyana Fizi? KLIK.


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Berhati-hati dengan spam



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sekarang ni spam-spam iklan sedang berleluasa di mana-mana blog termasuk blog Ding Dang ni. Punya la banyak spam iklan berturut-turut pulak tu. Ini sudah lebih ! Menyirap betul la. Ayat nak suruh kita klik pada link tu tersangat la manis mengalahkan gula-gula. Apa, dia ingat Cikgu Faiz akan mudah tertipu ke? Silap orang la... Korang pon mesti selalu dapat spam macam ni kan?




Ambik sebijik. Semua terpampang. Apa la salahnya kalau letak je link blog awak tu. Saya pon nak tengok jugak blog awak yang lawa dan cun tu. Cuba la contohi blogger-blogger lain yang tak segan silu menyatakan yang mereka sudah klik iklan di blog ini dan semestinya meletakkan link blog mereka seperti Puteri Kasih, kak Noormala, Iskandar dan lain-lain (maaf kalau tak sebut nama korang. Hanya memberi contoh beberapa nama sahaja ^ ^)


Sekian.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

Follower ke-1111



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni ada mesyuarat PIBG. Lega semuanya dah selesai. Balik rumah tadi sempat jugak tertidur sebab mengantuk sangat. Okey la. Sekarang ni Cikgu Faiz nak review follower blog ini yang ke 1111. Cantikkan nombor tu ^ ^ Siapakah gerangan yang bertuah itu?




Tara !! Inilah dia follower nombor cantik 1111. Siapakah dia?? Adakah anda orangnya?

v

v

v

v

v



Klik banner di atas ni...



Dia adalah....... Aini Zakaria. Tahniah dan terima kasih sebab sudi follow blog Cikgu Faiz yang serba kekurangan ni ^ ^ Aini merupakan blogger dari Pahang dan berumur 21 tahun. Kalau korang tengok blog Aini ni kemas je dan semestinya cantik ! Oleh kerana Aini telah berjaya mencuri hati Cikgu Faiz dengan menjadi follower ke-1111, maka dengan ini Cikgu Faiz telah meletakkan banner Aini di sidebar sebagai tanda penghargaan ^ ^ Nanti senang la Cikgu Faiz nak terjah.





Kalau korang nak berkenalan dengan Aini Zakaria boleh la klik pada banner blog di atas tu. Sambil tu boleh follow sekali ^ ^


EARTH HOUR


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

15
Orang Memberi Komen

CPUV Bulan Februari 2013 | U Mobile



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Dah lama rasanya tak update tentang Nuffnang. Kali terakhir masa dapat earning CPC INI. Entri CPUV terakhir pula DI SINI. Belum pon tamat kempen Digi iPhone 5, nuffnang dengan bermurah hati memberi satu lagi CPUV untuk bulan Februari. Hehe. Seronok, seronok ^ ^
Terima kasih Nuffnang dan juga U Mobile !!






Kali ini kempen U Mobile - Broadband Promotion pulak. Kepada sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang promosi ini klik saja pada iklan yang tertera di blog ini ye. Oh ya, ini merupakan CPUV ke-6 sepanjang Cikgu Faiz bergiat aktif di dalam arena blogging. Hehe. Aktif la sangat kan. 


Kepada mereka-mereka yang nak tahu bagaimana Cikgu Faiz berjaya menawan hati pihak nuffnang untuk mendapatkan CPUV setiap bulan, boleh la baca DI SINI. Jangan lupa mention di cbox sekiranya anda telah menabung untuk blog ini ya ^ ^


Sekian.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

JJCM - Secret Resepi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dah lama tak update entri pasal makan-makan. Minggu lepas sebelum mula bekerja, sempat jugak la keluar makan dengan Encik Suami dan Faqih. Destinasi yang kami tuju ialah Giant Putra Heights. Saja jalan-jalan cuci mata dekat sana. Hehe. Dah lama Cikgu Faiz teringin nak makan di Secret Resepi. Selalu tengok orang asyik ramai je. Hari tu orang tak berapa ramai jadi terus ajak Encik Suami masuk.


Encik Suami dah tak tahu nak makan apa sebab tekak tak berapa nak berkenan dengan menu-menu yang ada di situ. Huhu. Cikgu Faiz cadangkan menu nasi goreng vegetarian dia tak nak pulak sebab ada sayur. Huhuhu. Akhirnya setelah berkali-kali membelek menu yang ada inilah aje yang kami order. Boleh lihat gambar di bawah ^ ^




Air yang kami pilih. Dah lupa namanya. Hehe.




Encik Suami dan Faqih yang mengada-ngada.




Menu untuk Faqih, Fish and Chips. Faqih makan chips je. Fish dia tak nak. Huhuhu. Chips dia berbentuk huruf sebab itu Faqih suka ^ ^




Mi kari pilihan Cikgu Faiz. Mi yang digunakan ialah spegeti. Sedap jugak. Faqih pon tumpang sekaki ^ ^




Menu pilihan Encik Suami nasi goreng satay dan spring roll a.k.a popia goreng. Boleh tahan sedap. Hehe.




Cikgu Faiz sedang menikmati keenakan spring roll manakala Faqih sedang membuat aksi ultraman. Huhuhu.




Faqih yang banyak cekadak. Nasib baik banyak jugak dia makan. Mi kari dan alphabet chips ^ ^


Lepas ni nak cuba makan di mana pula ye? 




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

9
Orang Memberi Komen

Untuk Follower Ke 1000



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dua tiga hari ni mata mudah betul mengantuk. Mungkin sebab penat kot. Takpe la. Esok dah hari Jumaat. Boleh la rehat sikit. Tak sabarnya.. Hehehe. Hmm... kalau korang perasan, follower di blog ni dah mencecah angka 1k. Dah lama tapi baru sekarang dapat update tentang follower ke seribu ni ^ ^





Untuk pengetahuan semua, Nabilah ni merupakan rakan chatting Cikgu Faiz di astro@15. Hehe. Dulu-dulu Cikgu Faiz rajin jugak chatting dekat situ. Saja-saja je mengisi masa lapang. Huhuhu. Sekarang ni pon channel tu dah dimansuhkan kalau tak silap (rumah dah takde astro). Dekat situ la segala-galanya bermula dan Cikgu Faiz mula mengenali Nabilah atau lebih mesra dipanggil Nana. 


Kalau korang nak tahu, Nana ni kira macam pengedar produk Herbalife. Kalau ada sesiapa yang rasa nak dapatkan berat badan yang ideal tu dan berminat dengan Herbalife boleh la menghubungi beliau. Klik je nama Nabilah Azahari di atas tu. Jangan lupa follow sekali tau. 






Ini ada sedikit penghargaan untuk Nana kerana telah menjadi follower ke seribu ^ ^ Harap Nana sudi terima ye. In Shaa Allah esok Cikgu Faiz akan terus pos. Semoga ianya selamat sampai ke tangan Nana.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Surprise !!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Fuhh... hari ni overtime giler-giler dekat sekolah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum habis pukul empat petang. Lepas tu tak boleh nak balik lagi sebab Encik Suami pon ada koko jugak. Huhuhu. Lepak dekat kelas je la siapkan bahan bantu mengajar, buku rancangan mengajar dan sebagainya. Sadis, sadis. Kelas tu dah jadi rumah kedua Cikgu Faiz. Setiap hari Rabu je mesti setengah hari duduk di kelas. Apa boleh buat? Nak balik sendiri Encik Suami dah tak bagi sebab kurang selamat. Jadi nak tak nak terpaksa tunggu di kelas je. Nasib baik la kelas tu dah macam rumah sebab semuanya ada kecuali katil. Hehehe. Nak masak ke, nak tengok tv ke semua boleh. Huhuhu.


Hari esok ada meeting kewangan pulak. Lepas tu nak kena siapkan sijil untuk mesyuarat agung PIBG yang akan berlangsung pada Ahad ni. Tengok, hari Ahad pon kerja tau. Huhuhu. Jadi jangan la cakap yang cikgu ni makan gaji buta sahaja. Sangat tidak patut.


Syoknya kalau dapat tidur macam Faqih ni. Huhuhu.



Eh, eh, nak tahu tak? Tadi kan masa masa sampai rumah Encik Suami suruh keluarkan pakaian kotor dia dari dalam beg. Lepas tu kena suruh keluarkan kuih dari dalam beg pulak. Kuih apa? Cikgu Faiz tanya. Encik Suami diam. Cari punya cari takde pon kuih. Tengok mula Encik Suami dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Tengok dalam beg lagi. Eh, ada benda la !! Hehe. Wow... benda yang lama Cikgu Faiz idam-idamkan. Sepatutnya dah boleh beli benda tu tapi disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku maka hajat itu tidak kesampaian. Sudahnya tadi Encik Suami dah membantu Cikgu Faiz mencapai apa yang diinginkan. Terima kasih my sweetheart. Hehe. 


P/S: Mata dah mula berpinar-pinar ni akibat kekenyangan ^ ^


KLIK SEKALI JE


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

8
Orang Memberi Komen

Aktiviti Hari Ini



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Baru je siap buat rancangan mengajar untuk esok. Jam baru menunjukkan angka sebelas lebih tapi mata ni dah berpinar-pinar. Baju untuk esok pon tak gosok lagi. Nampak gayanya pagi esok la baru gosok. Huhu. Dah tu hapdet blog ni tak mengantuk pulak ! Pelik pelik ^ ^ Agaknya mata mengantuk disebabkan makan nasi lemak kukus pasar malam tadi. Fuhh !! Memang sedap. Habis licin sepinggan. Hehe. Kuat makan jugak Cikgu Faiz ni. Huhu.



Tak sempat nak ambil gambar nasi lemak sebab dah lapar sangat. Huhu. Yang ini pon okey la.


Nampaknya kesibukan telah mula melanda diri ini. Malam baru dapat bersantai di depan laptop. Petang pon dah jarang-jarang dapat online sebab kadang-kadang Cikgu Faiz buat overtime dekat sekolah. Huhuhu. Sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran hari esok dan seterusnya. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mana nak mengajar, tanda buku, buat BBM, hias kelas. Boleh kurus tau (memang dah kurus kering ni. huhuhu). Nasib baik la ada kak Za iaitu Pembantu Pengurusan Murid yang rajin sangat nak menceriakan kelas tu. Amin. Hehe. Nanti ada masa terluang Cikgu Faiz update sudut-sudut keceriaan pulak ye.





Ini BBM untuk tema minggu ini iaitu Rumah Saya dan subtemanya ialah peralatan di dapur. Bahan ni ambil di internet aje. Hehe. Cikgu Faiz cuma print, gunting, tampal, gunting, laminate dan gunting. Macam biasa la. Hari-hari asyik menggunting je  ^ ^ Oleh kerana petang tadi buat overtime, maka semua gambar telah siap. Hehehe. Lega.


P/S : Petang esok ada aktiviti ko-kurikulum unit beruniform. Cadang aktivitinya nak buat sandwich. Best best ^ ^




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

9
Orang Memberi Komen

Rindu Mereka



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ini Cikgu Faiz begitu bersemangat sekali pergi sekolah. Biasa la dah cuti lama. Inilah masanya untuk kembali aktif. Hehehe. Hari ni 24 orang murid je yang hadir. Prestasi yang agak membanggakan selepas cuti sekolah. Yang tak hadir seorang sahaja iaitu Iman. Iman ni anak cikgu di sekolah ni juga. Pagi tadi mak Iman bagitahu yang Iman tak datang sebab pergi ke KLIA menjemput opahnya yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Mak dia siap cerita yang Iman risau sebab kerja sekolah yang Cikgu Faiz bekalkan tu belum siap. Huhuhu. Dia siap bawak sekali kerja sekolah tu pergi KLIA. Takut punya pasal. Macam la cikgu dia ni garang sangat. Iman, Iman... Hehe. Kalau Iman tak buat nakal cikgu takkan marah punya. Huhuhu. Macam la Iman baca blog cikgu dia ni. Hihihi ^ ^


Settle pasal Iman. Ni nak cerita tentang lagi seorang murid. Namanya Adri Haikal. Anak cikgu juga. Anak murid yang seorang ni payah sungguh nak bercakap dengan Cikgu Faiz. Nak kata takut tak sebab dia selalu juga tunjuk hasil kerja dia dekat Cikgu Faiz. Tapi tak pasti pulak sebab apa dia tak nak bercakap. Bila Cikgu Faiz perhatikan (jadi spy dalam kelas), Adri ni boleh pulak bercakap dengan kawan yang duduk sebelah dia tapi dia tak banyak cakap sangat. Nak pergi toilet pon tak bagitau Cikgu Faiz. Dah berbuih mulut Cikgu Faiz ni pesan supaya bagitau cikgu jika nak pergi ke tandas. Sebenarnya Cikgu Faiz buat macam tu supaya dia akan bercakap tapi tak jugak. Tup tup dah hilang lepas tu terjengul keluar dari tandas. Huhuhu. Bila ditanya hanya sekadar mengangguk dan menggeleng. Bila Cikgu Faiz tanya lagi Adri hanya menunduk je. Jenuh dah Cikgu Faiz buat lawak yang tak berapa nak kelakar dalam kelas tu tapi hampa sebab tiada respon daripada Adri. Huhuhu. Sedih betul. Murid-murid yang lain jangan cakap la, cikgu baru cakap sikit habis semua nak bercerita. Hehehe. Gamat satu kelas dengan kerenah 25 orang murid-murid prasekolah ni ^ ^ Tapi seronok.


Belum ada kesempatan lagi berjumpa dengan mak Adri untuk bertanyakan tentang hal ni sebab mak dia guru sesi petang. Nak jumpa waktu murid balik pon tak dapat sebab murid-murid ni akan tunggu ibu bapa mereka di pondok bersebelahan dengan pagar sekolah. Takpe. Masa meeting nanti boleh jumpa ^ ^





Suka main badminton? KLIK SINI.


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

11
Orang Memberi Komen

Terima Kasih, Shida



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Diam tak diam cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Esok sesi persekolahan akan bermula seperti biasa. Faqih juga akan kembali ke taska setelah bercuti seminggu. Cuti seterusnya pula pada bulan Mac ini. Hehe. Belum masuk kerja dan sibuk menghitung hari untuk bercuti lagi ^ ^ Apa la Cikgu Faiz ni.


Nak tahu tak dua hari lepas kalau tak silap Cikgu Faiz telah mendapat header percuma. Kalau korang tengok header terbaru di blog ni itulah dia. Riang sungguh hati Cikgu Faiz ni apabila ada yang sudi menghadiahkan header yang cantik tu. Siapalah yang bermurah hati tu ye? Rasanya ramai di kalangan blogger yang kenal dengan Shida yang terkenal dengan blognya iaitu Dunia Shida. Antara kata-kata Shida mengenai Cikgu Faiz boleh baca di bawah...





Terima kasih Shida. Semoga murah rezeki Shida di dalam dunia blogging ni. Amin. Seronok sangat ada rakan maya macam Shida ni sebab dia tak sombong. Mesra alam je. Kalau ada yang belum kenal dengan Shida atau nak mengenali beliau boleh la ke blognya ya. Macam-macam ada... Jangan lupa follow sekali tau. Tak rugi punya ^ ^ Klik je gambar di atas tu.




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Menang Segmen di Blog Honey Yeo



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah... tadi Cikgu Faiz menang segmen di blog Honey Yeo. Kali pertama dalam sejarah blogging menang tempat pertama. Hehe. Gembira betul rasa hati ini ^ ^ Cikgu Faiz menang hadiah seperti di bawah :




Semua penaja telah dihubungi. Hehe. Tengah tunggu pengesahan je. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan Cikgu Faiz di segmen INI. Walaupun sekadar random tapi bukan senang nak menang kan.




Rezeki cuti sekolah ^ ^


P/S : Agak terkilan apabila ada blogger yang mengeluarkan perkataan 'batak' di cbox Cikgu Faiz :( Apa motifnya berkata sedemikian? Hmmm... Allah saja yang tahu.


Boleh menang gaun yang direka khas ni? Cantik.. Nak! KLIK SINI CEPAT!


Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

Japanese Village Bukit Tinggi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti. Hari Isnin ni dah mula bekerja. Harap akan kembali bertenaga untuk mengajar anak bangsa. Sempena cuti dah nak habis ni, Cikgu Faiz nak update tentang percutian di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi. Semalam Cikgu Faiz dah update tentang Colmar Tropicale. Haa... lepas bersiar-siar di sana, kami terus bergerak ke tempat menunggu tren untuk menuju ke Japanese Village pula.


Yang sebenar-benarnya, kami dah naik ke atas sana tapi memandangkan waktu itu tengah hujan dan payung pula takde maka kami pon turun semula menuju ke Colmar Tropicale. Hehe. Hangit jugak la kereta masa tu tapi nasib baik semuanya okey. Syukur.


Ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakam dengan menggunakan lensa kamera Sony Cybershoot warna pink. Hehe ^ ^ 


>BERJAYA HILLS RESORT / JAPANESE VILLAGE<



Masa kat atas tren. Sejuk sangat masa ni tapi syok sebab udara nyaman je tanpa hiruk pikuk di bandar tu. Masa ni Faqih baru bangun tidur jadi muka pon seposen je. Muka tak puas hati. Hehe.




Bila dah sampai kena pulak naik tangga ni. Tinggi jugak la. Encik Suami tak berapa nak larat sebab kena dukung Faqih. Huhuhu. Tapi tetap gagahkan diri untuk melihat pemandangan di atas.




Masa ni Faqih nak berjalan sendiri tapi dengan Pak Usu dia. Hehe. Mengada-ngada betul.




Sampai je kat atas ni sempat jugak bergurau dengan Encik Suami... "Okey, sekarang ni kami sedang berada di Jepun".. hehe. Encik Suami bantai suka ^ ^




Peluk Faqih kuat-kuat takut dia terlepas dan berlari-lari. Bahaya sikit sebab turun naik bukit. Dekat lereng tu pulak ada lubang-lubang. Bahaya... seram je bila pandang kat bawah.




Baru sampai sini. Memang jauh sikit berjalan. Boleh exercise juga tapi peluh pon takut nak keluar sebab sejuk. Hehe.




Faqih buat peace tapi tak pandang kamera. Huhu.




Besar-besar ikan kat sini. Teruja Faqih tengok ikan-ikan tu ^ ^




Inilah rumah Jepun. Masa ni ramai orang jadi Cikgu Faiz cuma bergambar di luar rumah aje. Tak nak bersesak-sesak. Korang yang teringin yang pakai kimono pon boleh cuba di sini. Ada caj bayarannya.




Kat sini pon jadi... Hehe.




Abah nak tangkap gambar Faqih tapi Faqih pulak nak pergi dekat abah. Huhu. Jadi gambar pon bergoyang-goyang la. 




Mini air terjun.




Masih di luar kawasan rumah Jepun.




Selamat datang ke Tatami Spa. Mahal spa kat sini.




Faqih nak jadi tukang kebun. Huhuhu. 




Nampak tak kabus kat belakang tu? Baru lepas hujan ni.




Kembali semula ke Colmar Tropicale. Masa ni nak balik dah. Faqih tertayang perut seksi pulak ^ ^




Selamat tinggal Bukit Tinggi. Lepas ni bila pulak dapat datang sini.




Pose FIRE Faqih sebelum bergerak pulang. Peminat ultraman ni.



Selesai sudah entri berjalan-jalan ni. Harap Encik Suami berpuas hati sepanjang berada di kedua-dua tempat ini. Hehe. Kepada mereka yang nak tenangkan fikiran tu rasanya ini tempat yang sesuai untuk korang. Di samping beriadah bersama keluarga tercinta dapat juga menikmati pemandangan yang indah dan sejuk mata memandang ^ ^ Selamat bercuti !




Salam sayang,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...