5
Orang Memberi Komen

Please Meet My New Baby



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Perkenalkan orang baru dalam family cikgu Faiz ^ ^ Syukur padaMu Ya Allah.





p/s : Inilah sebabnya Cikgu Faiz jarang update blog sejak beberapa bulan yang lepas :)


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Pelik Tetapi Benar | CPUV Sony Xperia Z1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari tu Cikgu Faiz ada update entri tentang CPUV Sony Xperia Z1. Boleh baca di entri [SINI]. Yang peliknya hari ni bila Cikgu Faiz check akaun nuffnang tiba-tiba ternampak CPUV yang sama tapi tarikhnya hari ini. Err... korang faham tak apa yang Cikgu Faiz cuba sampaikan? Huhu. Senang cerita tengok je la gambar di bawah ni.






Hari ni tup tup earning CPUV tu jadi 0.00 sen daripada 0.03 sen. Hehe. Agaknya kenapa boleh jadi macam tu ye? Tapi Cikgu Faiz tak ralat sangat sebab earningnya tak sampai 0.05 sen. Siapa pernah kena macam ni? Alhamdulillah CPUV yang lain semuanya berjalan lancar. CPUV yang tak naik-naik tu pon dah kredit. Hehe. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Khasiat Buah Betik Untuk Ibu Hamil



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.






 Buah betik atau dalam bahasa Inggerisnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?


 Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.


 Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin. Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.


 Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.




 HOT


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Faqih Hakim di Prasekolah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Malam ni dah nak balik Puchong semula. Esok kena kerja. Huhu. Untung la sesiapa yang kerja kat kat Pahang ni esok cuti kan. Okey la, entri kali ni Cikgu Faiz nak cerita tentang aktiviti Faqih hujung minggu lepas. Nak dijadikan cerita Sabtu lepas sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar telah mengadakan satu gotong-royong bersama PIBG. Oleh kerana suami Cikgu Faiz ada kelas di UPM pada hari tu maka Cikgu Faiz terpaksa bawak Faqih ke sekolah.


Dengan berbekalkan susu, pampers, baju dan biskut, Faqih dengan gembiranya mengusung beg sekolah berodanya yang berwarna biru dan ada gambar angry birds tu. Huhu. Suka sangat dapat pergi sekolah. Oleh kerana keadaan Cikgu Faiz tidak mengizinkan untuk turut sama bergotong-royong, maka Cikgu Faiz membuat keputusan untuk menyiapkan sedikit kerja di kelas Prasekolah. Faqih pula bila dah dapat bongkah berwarna-warni terus senyap dan mula menjalankan aktivitinya. Hehe.



Seronok dapat main kat sekolah bonda.



Susun tinggi-tinggi jangan sampai jatuh.



Macam-macam cara msin pon ada.



Menulis pulak la.




Sambung main lagi.



Apa pun Cikgu Faiz teruja bila tengok Faqih dah pandai susun bongkah tu ikut warna. Faqih pulak lepas dan penat bermain boleh pulak tertidur di kelas pra. Huhu. Abah dia sampai pon tak sedar. Lepas ni kena la rajin bawak Faqih datang sekolah sebab nampaknya Faqih sangat berminat untuk belajar. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Easy Peasy Giveaway by FD Part 2



Assalamualaikum.



klik banner untuk join



Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.



Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.



Tamat 8 Nov 13, 10 malam


3 Pilihan Hadiah

1. Novel Love You Mr Arrogant
2. Topup RM30
3. Coklat Oreo


IKLAN


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

CPUV | INTI Cycle 1 Degree Campaign



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah, sekarang sudah berada di tanah tumpahnya darahku. Mana lagi kalau bukan Bentong, Pahang. Hari ni jenguk akaun nuffnang macam biasa ternampak satu lagi CPUV terbaru. Yeah, bulan November baru je menjengah tapi nuffnang tersangat la bermurah hati dengan memberi CPUV. Terima kasih yer nuffnang.





CPUV kali ni datangnya daripada INTI Cycle 1 Degree Campaign. Harap-harap dapat bertahan lama di blog Cikgu Faiz ni. Kalau korang ternampak tu jangan malu-malu untuk klik yer. Cikgu Faiz sangat menghargainya ^ ^ Mention sekali okey. Sekian sahaja laporan untuk hari ini dan selamat bercutiiiiiiii !!!!!!




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...