Semakan Status Ujian Kompetensi ICT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 30 Januari 2014


Tahun lepas semua guru dikehendaki menjawab soalan yang berkaitan dengan ICT di satu laman web. Kalau tak silap semuanya ada 40 soalan dan kena jawab semua soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Cikgu Faiz pon tidak terkecuali untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Fuhh.. memang berasap jugak dibuatnya. Ialah.. soalan dalam bahasa Melayu dan kalau tak silap boleh tukar dalam bahasa Inggeris jugak. Tapi yela kan.. Cikgu Faiz ni tak confident sangat dengan bahasa Inggeris ni jadi telah memilih untuk menjawab soalan di dalam bahasa Melayu sahaja.


Tup tup tadi kecoh dekat facebook mengenai keputusan ujian ni. Hehehe. Cikgu Faiz dah lupa terus pasal ujian ni. Tapi bila cikgu cikgu lain dah sibuk dengan status ujian ni apa lagi, Cikgu Faiz pon cepat-cepat la cari link tersebut dan semak sendiri. Hihihi. Dan keputusannya...




Alhamdulillah... syukur padaMu ya Allah... Cikgu Faiz lulus jugak. Soalannya bukan senang. Banyak kali jugak baca dan fahamkan soalan tu sebelum menjawab. Dah la masa pon terhad. Hihi. Almaklum la, Cikgu Faiz ni bukan teror sangat bab-bab ICT ni. Kalau yang mudah-mudah tu boleh la. Tapi kan, serius cakap la bila baca soalan tu memang susah nak faham sebab dalam komputer kan guna bahasa Inggeris, soalan pulak dalam bahasa Melayu, itu yang lambat sikit tu. Huhuhu. Apa pun bersyukur sangat dengan keputusan ni. 


Kepada cikgu cikgu yang belum semak status ujian anda boleh la berbuat demikian di laman sesawang ini --> KLIK


P/S : Jadi lebih bersemangat ^ ^




Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...