Hannani Dah 9 Bulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 10 Ogos 2014


Bila tengok tarikh hari ini.... menandakan yang baby Hannani dah masuk 9 bulan. Cepatnya masa berlalu. Besar dah anak dara sorang tu. Rasanya minggu ni kena injection. Ni yang risau ni. Hihi. Alhamdulillah Hannani membesar dengan baik. Sekarang ni mulut dah mula membebel, dah pandai meniarap laju-laju tapi dia tak merangkak okey. Hihi. Duduk pon dah stabil tapi masih kena berjaga-jaga jugak sebab kadang-kadang akan tumbang. Huhuhu.




Masa ni baru baik dari demam. Hannani dah ada dua batang gigi. Hihi. 




Hannani memang susah nak diajak bergambar. Suka sangat bergerak lepas tu tak nak pandang kamera. Huhu. Ini pon nasib je dia tengok kamera.




Tengok la tu. Suka sangat pandang tempat lain. Saje la tu nak bonda ambik gambar candid. Huhu.




Hannani tayang perut moncit dia. Haha. Props tak boleh blah. Petai.




Baby girl yang selalu kena buli dengan abang dia. Tak tahu la kenapa abang dia tak nak kawan dengan Hannani. Bila nampak abang dia mesti dia akan meniarap nak pergi dekat abang lepas tu abang dia tak nak kawan. Huhu. Abang Hannani tu kuat sangat cemburu. Yang kelakarnya bila Hannani babap abang boleh pulak abangnya menangis. Hihi. Garang jugak baby girl ni. Sekian.


Kereta idamanku? --> SINI


Yang menaip,

8 comments:

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)