Lebih kurang pada jam 12.45 tengahari barulah modul berjaya dihabiskan. Isi perut dulu lepas tu baru boleh berehat dan bersolat sehingga jam 2.30 petang. Menu siap ada buah pisang tu. Huhu. Pada jam 2.30 petang semua guru masuk ke dewan untuk menjawab soalan EPPT. Masa awal tahun aritu pon ada jawab juga dan ini merupakan kali yang kedua guru-guru Prasekolah dikehendaki menjawab soalan tersebut yang berbentuk soalan objektif dan soalan esei. Mencabar bukan.
Seperti yang diberitahu oleh pegawai PPD semasa bermulanya program mentor mentee ini, guru mestilah mendapat keputusan yang baik dengan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding keputusan sebelum ini. Entri tu ada di SINI. Lagi la susah hati sebab kena ada peningkatan kan. Huhu.
Guru-guru mula menjawab soalan pada jam 3.00 petang sehingga jam 3.45 petang. Fuhh... lega sangat akhirnya program mentor mentee pada tahun ini telah tamat. Tak sabar nak tahu keputusan peperiksaan tu. Hihihi.
Cikgu Faiz telah mendapat hadiah pen drive ni kerana kehadiran penuh sepanjang program ini berjalan. Kiranya Cikgu Faiz ni tak pernah ponteng la. Hihihi. Macam tau tau je Cikgu Faiz memang memerlukan pen drive baru. Huhuhu. Rezeki kan.
Apa pun masih ada rakan-rakan seperjuangan Cikgu Faiz yang belum menamatkan program ini. Hihi. Selamat Cikgu Faiz dah lepas. Kepada kawan-kawan yang lain tu diucapkan Selamat Menjawab Soalan dengan tenang. Sekian.
Yang menaip,
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)