6
Orang Memberi Komen

Hannani Minum Susu Apa?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 26 Februari 2014


Dua minggu ni Cikgu Faiz memang agak sibuk sikit dengan aktiviti sekolah. Penat sangat tapi tetap enjoy. Malas nak stress sangat nanti lain pulak jadinya. Hihi. Ramai yang tengok gambar Hannani bertanya, Hannani minum susu apa sampai badan dia semangat macam tu? Huhu. Tapi sebelum Cikgu Faiz jawab, jom layan beberapa keping gambar Hannani yang dah botak ni. Hihi.



Comel bonda pakai baju gaun yang abah beli.



Baju ni dah ketat. Tak boleh pakai dah. Huhu.



Baju ni pon dah hampir ketat. Seluar okey sikit. Hihi.



Di mana ada Hannani, di situ ada abang Faqih Hakim.




Sebenarnya dalam tempoh tiga bulan cuti berpantang Cikgu Faiz bagi susu badan je dekat Hannani. Ada jugak try bagi susu formula. Mula-mula tu bagi susu Dumex Dulac. Okey la dia nak minum. Tak lama lepas tu dah mula tak nak pulak. Huhu. Bagi susu badan sepenuhnya sampai tiga bulan. Sekarang ni Hannani minum susu campur-campur. Kalau Cikgu Faiz ada, bagi susu badan je. Kalau dekat taska minum susu Mamex. Kalau kena tinggal dengan abah, Hannani minum susu Friso Gold. Hihi. Macam-macam susu yang Hannani minum tu sebab badan dia semangat. 


Sampai sekarang Hannani tak nak minum susu botol yang Cikgu Faiz bagi. Dengan abah dia elok pulak minum sampai licin sebotol. Huhuhu.


Selangor takde air? Baca SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Give Away Birthday Akiff



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 25 Februari 2014



Klik banner ^ ^


Selamat Hari Lahir buat Akiff yang comel. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berjasa terhadap ibu dan abah. Semoga Akiff dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Tak boleh hidup tanpa benda ni --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Seminar Keperluan Pendidikan Kanak-Kanak Dyslexia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 23 Februari 2014




Pagi semalam Cikgu Faiz menghadiri Kursus / Seminar Keperluan Pendidikan Kanak-Kanak Dysleksia yang diadakan di SK Perdana Jaya SS19. Seminar ini dianjurkan sendiri oleh Persatuan Dyslexia Malaysia serta dibantu oleh satu badan korporat iaitu ICON OFFSHORE.





Banyak ilmu yang Cikgu Faiz perolehi hasil daripada seminar ini. Cikgu Faiz mula mengenal ciri-ciri murid dyslexia. Untuk pengetahuan semua, dyslexia ini bukan satu penyakit tetapi ianya merupakan satu masalah membaca dan menulis walaupun tahap kecerdasan (intelligence) murid dyslexia itu normal malah tinggi. Dyslexia disebabkan oleh kelainan dalam struktur dan fungsi otak dan ianya boleh diwarisi. Tiada kepastian mengenai punca yang menyebabkan seseorang itu dyslexia.





Walaupun dyslexia merupakan masalah seumur hidup, murid-murid dapat mengatasinya dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang bersesuaian. Gambar di atas merupakan sebuah lukisan yang telah dilukis oleh pelajar dyslexia.




Menurut Dr. Abd Aziz bin Abu Hassan iaitu penceramah seminar pada pagi itu, antara tanda-tanda seseorang itu dyslexia ialah apabila dia kidal dan suka melukis. Cikgu Faiz ni kidal orangnya tapi melukis tu agak kureng sikit. Hihi. Selain itu, dyslexia juga sukar untuk menulis dan memegang pensel / pen dengan cara yang betul. Selalunya kalau kita menulis menggunakan tiga jari sahaja iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Tapi kalau nampak cara pegang pensel macam lain macam je, dyslexia la tu.


Tanda-tanda dyslexia yang lain ialah apabila membaca mulut akan terkumat-kamit yakni membaca dengan tidak menutup mulut. Huhu. Ada tak sesiapa yang membaca tak tutup mulut? Mulut dia ternganga aje? Ha, baik mengaku cepat. Hihi. 


Tanda lain ialah suka menambah huruf apabila mengeja sesuatu perkataan. Contohnya JUAL = JUWAL.




Apabila mendengar tentang dyslexia orang mungkin beranggapan bahawa murid itu bodoh dan malas tetapi hakikatnya mereka ini tidak faham dengan apa yang diajar oleh guru. Oleh itu, sekiranya guru atau ibu bapa mengajar murid dyslexia ini pastikan tiada penggunaan kata-kata yang berunsurkan negatif tetapi hanya menggunakan kata-kata yang positif. Ini mendorong supaya murid-murid dyslexia itu tidak berasa rendah diri.




Sebenarnya individu dyslexia ini mempunyai banyak keistimewaan seperti individu-individu normal yang lain. Antaranya ialah mereka pintar dan cekap, baik dari segi aktiviti-aktiviti praktikal, pandai bersosial, prihatin, mempunyai satu-satu kemahiran seni iaitu melukis, menyanyi, bermain alat muzik dan juga bersukan.




Seterusnya mari kita mengenal pasti kelakuan murid dyslexia. Antara kelakuannya termasuklah menggunakan taktik mengelak untuk melakukan kerja, kelihatan berkhayal atau bermimpi, mudah mengalih perhatian kepada perkara lain, badut kelas, suka mengganggu atau menyendiri, rasa penat yang keterlaluan kerana memerlukan tumpuan dan daya usaha yang tinggi, sukar mengurus, mempunyai masalah dengan pengurusan masa iaitu selalu lambat datang ke sekolah dan tidak menghiraukan ketepatan masa, lambat menghantar kerja rumah dan lain-lain.




Seterusnya cara mengatasi murid dyslexia ialah dengan memahami cara dia belajar iaitu dengan mengetahui masalah yang dihadapi, memberitahu di mana kesilapannya terutama dalam mengeja, semasa membuat karangan minta cerita secara lisan kemudian tulis dan selepas itu betulkan kesilapannya, beri klu sebelum memulakan karangan atau ayat-ayat.




Kebanyakan dyslexia berkebolehan untuk maju di dalam bidang komputer, lukisan, kerja-kerja praktikal, jurubina / senibina, kesenian, berniaga, juruteknik, cheff, jurujual / pemasaran, pengurus acara, arkitek, penyanyi / penari / pemuzik.


Ada banyak lagi info yang Cikgu Faiz dapat tapi panjang la pulak entri ni. Huhu. Nanti Cikgu Faiz sambung lagi ye. Sebelum ni pon Cikgu Faiz ada share nota tentang dyslexia ni kan. Boleh rujuk >SINI<. Kesimpulannya, kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka yang ada dyslexia ni sebab boleh jadi mereka ini lagi hebat daripada kita. Jadi, seawal usia kanak-kanak la kita perlu mengesan dyslexia ini dan membantu mereka.


Sekian.


Kenyang makan INI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb



!Assalamualaikum!


Klik banner ^ ^


HADIAH

1) 2 Top Reffral: Akan mendapat 2 helai tudung (Syria Adeela dan Wide Shawl) *Promote abis-abisan untuk menang dua tudung exclusive ni*
2) 6 Random: 3 Syria Adeela, 2 Wide Shawl Nawra dan 1 Shalw Lace Exclusive


Rezeki --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Hannani Suka Hisap Jari | Dapat Baju Baru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 21 Februari 2014


Meriah betul entri hari ni. Semua pon cerita pasal BR1M je. Huhu. Syok la yang dapat tu. Tapi Cikgu Faiz bukan nak cerita pasal BR1M tapi pasal Hannani je. Hihi. Beberapa hari ni memang agak sibuk dan jarang dapat online guna laptop. Kalau online pon guna handphone je. Kalau duduk depan laptop Hannani yang merengek pulak. Huhu. Serba tak kena jadinya. Nak tidurkan Hannani Cikgu Faiz pon tertidur sekali dan langsung tak dapat nak update. Huhuhu. Sadis.


Hannani sekarang ni dah ada tabiat baru yang diwarisi turun temurun daripada abang dia. Hihi. Apa lagi kalau bukan tabiat hisap jari. Hihih. Cikgu Faiz tak ajar pon, Hannani yang belajar sendiri masa dekat kampung hari tu. Agaknya masa dalam perut dulu Hannani asyik tengok abang dia dok hisap jari je keje jadi dia pon nak cuba la. Hahaha.


Lihat je la aksi Hannani yang sibuk menghisap jarinya yang kecik comel je tu... geram betul tengok :)




Yang tak bestnya Hannani hisap jari tangan kiri. Huhu. Nak kena ajar dia guna tangan kanan la.




Syoknya Hannani hisap jari ye. Sarung tangan terpaksa ditanggalka sebab dah basah kuyup akibat dihisap oleh Hannani. Huhu.




Senyum je dapat hisap jari.




Senyum lagi :)




Baru-baru ni Hannani dapat baju lagi. Kakak Taska yang bagi. Kena tunggu Hannani besar sikit baru boleh pakai. Bertambah lagi koleksi baju Hannani.


p/s : Esok pagi Hannani akan ditinggalkan bersama dengan abah dan abang. Bonda kena pergi kursus pulak. Kesian asyik kena tinggal je. Huhu.


Siapa pulak dengan Sam tu? --> KLIK 


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Big Giveaway By Iman Zakaria & Huda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 21 Februari 2014



Klik banner ^ ^


Senarai hadiah

Top Reffral (Blog Iman)

-Mermaid Skirt
-Novel Pilihan 
-Felt Craft


Top Reffral (Blog Huda)

-Mermaid Skirt
-Ellips Hair Vitamin
-Felt Craft


Random.org

Novel Pilihan x1 By Shad
Novel x2 By Blog Saya Cik Ummi
Barang Kraf x1 By Huda
Handmade Bookmark x2 By Raihana Ramlan
Bookmark x3 By Amirah Rushdan
5 Bookmark (Design Sendiri) x1 By Iman Zakaria
2 Bookmark & 2 Brooch x1 By Iola
Voucher Diskaun RM5 x5 By Huda
Rantai x1 By Iman Zakaria
Mini Kad Kalender 2014 x5 By Ana Ahmad
Tasbih Digital x4 By JOM Singgah Shoppe
L.A Coffea x1 By Random Rainbow
Box Aksesori x2 By Farahain
EXO Palaroid x5 By Lee Yana's Blog
Shawl x1 By Cik Yatt
Komik x1 By Aliffuddin
Topup RM5 x1 By NN's World
Topup RM5 x1 By ShahiRa Afizah
Topup RM5 x2 By Nurul Shazwani
Bookmark + Name Card Blogger x10 By Shida Radzuan




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 20 Februari 2014



Klik banner ^ ^


Senarai hadiah

--> Coklat Daim 1 paket 300gm (65 pcs..) 
---> Pepero 1 kotak
---> Coklat Daim 20 biji




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

14
Orang Memberi Komen

Hannani Pergi Klinik | Check Up 3 Bulan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 17 Februari 2014


Minggu lepas, hari Selasa, Cikgu Faiz dan Encik Suami membawa Hannani ke klinik kesihatan Puchong Batu 14 untuk check up bulanan dan suntikan untuk tiga bulan. Alhamdulillah, perkembangan tumbesaran Hannani baik-baik saja. Berat tiga bulan Hannani ialah 5.8kg berbanding sebelumnya 5.1kg. Hannani suka sangat masa nak kena timbang tu sebabnya kena bogel. Huhuhu. Bila bogel je mesti ketawa suka. Ingat nak mandi la tu. Hihi.


Lepas timbang dan check apa-apa yang patut, nurse cakap pergi bilik suntikan. Cikgu Faiz dah berdebar-debar. Biasa la... Cikgu Faiz ni kan penakut dengan jarum. Huhuhu. Masa kena cucuk tu macam biasa la Hannani akan menjerit dengan kuat. Huhu. Tapi sekejap aje. Lepas dah siap tu terus diam. Hihi. Nurse cakap berkemungkinan bekas suntikan itu akan bengkak sebab masa kena cucuk tu kaki Hannani macam menegang jer. Hihi. Cuak dah bila nurse cakap macam tu tapi alhamdulillah tak bengkak pon peha debab Hannani. Hihi. Nasib baik jugak Hannani tak demam. Kuat rupanya Hananni :)





Hannani sekarang ni dah pandai nak angkat kepala. Tengok la tu. Dengan kaki dia yang terkitang-kitang tu. Huhu. Geram sangat tengok Hannani ni. 





Mulut pon dah pandai nak berborak. Masa umur Hannani sebulan lebih dia dah sibuk nak borak. Kalau kita layan borak dia, makin rancak dia bercakap bahasa baby. Hihihi. Semoga Hannani sentiasa sihat dan dilindungi olehNYA. Amin.


p/s : Hananni tak nak minum susu botol bila Cikgu Faiz yang suap. Huhuhu.


Minuman kegemaran saya --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

1st Topup GiveAway by Ratu Pimples



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 17 Februari 2014



Klik banner ^ ^


Senarai hadiah :
Topup RM10 x seorang yang bertuah
Topup RM5 x 3 orang yang bertuah
Hadiah misteri untuk seorang yang bertuah


GA ini akan berlangsung sehingga 21/2/2014 (4 petang)


Rambang mata dibuatnya --> BACA


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Hadiah Giveaway Syuhada1981.com



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 16 Februari 2014


Beberapa hari yang lepas Cikgu Faiz terima parcel. Dalam pada sibuk-sibuk tu terubat juga hati dengan penerimaan hadiah ini. Hehe. Hadiah Handphone Giveaway di blog syuhada1981.com. Cikgu Faiz menang hadiah random jer. Hadiah handphone blogger lain yang dapat. Huhuhu. 



Dapat hadiah solat perfume. Ada cop halal lagi tu. Hihi.





Dalam kotak tu ada 6 botol solat perfume yang berlainan bau. Sebotol dah kena kebas dengan Encik Suami. Hihih..





Cikgu Faiz juga mendapat sijil sebagai tanda kemenangan. Hehe. Pertama kali dapat sijil giveaway ni :)






Berbanyak terima kasih kepada kak Syuhada. Lain kali buat la giveaway macam ni lagi ye dengan hadiah yang best best. Sekian.


p/s : Baru-baru ni Cikgu Faiz menang topup RM5 pulak di blog Hunyeda. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor. Hehe. Murah rezeki. Syukur :)


Siapalah agaknya yang dapat duit ni? --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Lucky Giveaway by Tisya & FD



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Klik banner untuk join.


Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.


Dah lama tak makan ni --> TENGOK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

9
Orang Memberi Komen

CPUV | McDonald's 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 15 Januari 2014


Rupa-rupanya semalam blog Ding Dang ni dapat dua CPUV. Satu daripada Popular Bookstore dan satu lagi daripada McDonald's 2014. Alhamdulillah sangat. Rezeki telah mula menapak masuk melalui blog ini. Tak sia-sia Cikgu Faiz bersabar dengan nuffnang. Hehe.






Sudi-sudilah klik iklan di sini yea. Budi dan jasamu akan ku kenang. Sekarang ni pon Cikgu Faiz telah mula berjinak-jinak untuk menjadi sponsor giveaway di blog. Nak jugak berkongsi apa yang Cikgu Faiz dapat. Hehe. Sharing is caring, right? 


Akhir kata, terima kasih kepada nuffnang dan McDonald's 2014 :)


Nak beli handphone --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

CPUV | Popular Bookstore



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 14 Februari 2014


Dek kerana kesibukan yang melampau di sekolah mengakibatkan Cikgu Faiz tidak dapat update selama beberapa hari. Rindu sangat nak taip menaip di blog ni. Tapi apakan daya, kerja di sekolah lebih penting berbanding blog ini. Huhu. 


Lama jugak tak tinjau-tinjau keadaan di nuffnang. Setelah sekian lama tak dapat iklan terbaru, hari ini Cikgu Faiz happy sangat sebab ...






Yess..!! Sudi jugak nuffnang kasi CPUV terbaru ni yang datangnya daripada Popular Bookstore. Baru hari ni dapat. Seronok betul rasanya. Hahaha. Harap iklan ni akan bertahan lama di blog Ding Dang ni ye :)


Terima kasih nuffnang dan Popular Bookstore ^ ^ !!


p/s : Cikgu Faiz akan membalas jejak sedikit demi sedikit. Harap jangan ada yang merajuk kalau Cikgu Faiz tak jejak blog korang. Kena slow and steady sebab banyak nak kena reply ni. Huhuhu :)


Takutnya !!! Tengok ni.. --> KLIK


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

12
Orang Memberi Komen

Hannani, Prasekolah dan Kek Batik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 11 Februari 2014


Semalam hari Isnin. Banyak betul perkara yang berlaku. Bangun tidur terus bersiap untuk pergi bekerja setelah tiga bulan bercuti. Huhuhu. Hari semalam juga merupakan hari pertama Hannani dihantar ke taska bersama abangnya. Dalam hati masih dupdap sebab Hannani tak nak minum susu botol. Encik Suami pon sama jugak risau. Masing-masing mengharapkan agar Hannani akan baik-baik saja semasa berada di taska.




Destinasi pertama kami pada pagi itu ialah tempat kerja Cikgu Faiz. Sebelum pergi kerja Cikgu Faiz siap berpesan kepada Hannani supaya jangan nakal-nakal dan minum susu. Huhu. Dalam pada risau dan kelam kabut terus terlupa nak bawak blazer. Dah la hari Isnin semua guru diwajibkan pakai blazer semasa perhimpunan sekolah. Boleh pulak tertinggal dalam kereta. Aduhai... Nasib baik la guru besar tak tegur pasal blazer tu sebab ada jugak cikgu yang tak pakai. Fuhh... lega :)


Hari pertama di kelas prasekolah bersama murid-murid baru. Tahun ni murid-murid agak nakal sikit berbanding tahun lepas. Dah la baru nak mula mengajar, pulak tu terpaksa berpindah kelas. Dari kelas prasekolah terpaksa menumpang di kelas prasekolah pendidikan khas. 50 orang murid dalam satu kelas tak termasuk murid-murid kelas pra pendidikan khas. Memang padat dan huru hara la jawabnya. Huhu. Sebab kena pindah buat sementara kerana tangki yang berada bersebelahan dengan kelas prasekolah tu bocor dan mahu dibaiki. Sebab itu la kena pindah kejap. Harap-harap cepat la siap. 


Lepas rehat pulak, kena pindah lagi. Kali ni dapat dua kelas. Ha... baru la lega sikit. Takde la campur dengan murid-murid kelas sebelah tu. Tapi suasana dah tak macam prasekolah. Nak mengajar pon dah takde feel. Huhu. Kalau kat kelas prasekolah seronok sebab macam-macam ada. Ni tak pasal-pasal kena angkut semua buku dan peralatan yang nak digunakan. Penat ooo... Nasib baik ada pembantu :)


Lepas habis kelas dalam pukul 12 tengahari, ada orang hantar kek batik yang Cikgu Faiz order melalui laman instagram. Wahhh... terubat sikit rasa penat pada hari tersebut. Lama giler kot Cikgu Faiz tunggu masa yang sesuai untuk beli kek batik yang super sedap ni. Nanti Cikgu Faiz share link instagram kek batik ni ye.






Kek batik alynfarina sedap sangat tau :) Cikgu Faiz tak pandai buat, tau beli je. Hihihi ^ ^ Satu bekas tinggalkan dekat kelas prasekolah. Lagi satu bekas bawak balik. Hihi. Saje nak kongsi kesedapan kek batik tu. Heee....


Sebelum balik rumah sempat bawak balik kerja-kerja yang menimbun tu. Antaranya buku kedatangan, buku rekod mengajar, borang maklumat murid dan dokumen standard prasekolah kebangsaan. Ni baru lepas siap kerja la ni cepat-cepat update blog pulak. Hahaha. Esok sambung lagi. Memang banyak nak kena tulis. Lenguh jari dibuatnya.


Nak blogwalking pon dah tak sempat ni. Kena tidur awal sebab esok nak kena bangun pagi-pagi :) Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...