0
Orang Memberi Komen

Review Novel | Asam Pedas Untuk Dia - Nureen Mirza



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 18 April 2015


Baru je habis membaca novel terbaru. Asam Pedas Untuk Dia hasil karya penulis Nureen Mirza. Novel ini telah diadaptasi ke drama TV yang berjudul Asam Pedas Untuk Dia. Jalan cerita novel ini sangat menarik. Cikgu Faiz jarang menonton dramanya jadi tak tahu sama ada jalan ceritanya sama seperti dalam novel atau tidak. Cikgu Faiz hanya sempat menonton episod pertama, tengah dan yang terakhir sahaja. Huhu. Okey, sekarang Cikgu Faiz nak review jalan cerita novel ini. Jom...




"Air tanganku ini mengalir bersama sejuta rasa cinta"


Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan tentang Ainin Sofiya, seorang wanita muda yang telah kehilangan suami tercinta akibat kemalangan jalan raya. Demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya, Ainin Sofiya bertungkus lumus menjual nasi lemak dan kuih muih bagi menyara mereka dan dirinya sendiri. Tetapi berapalah sangat upah yang diterima sedangkan dia mempunyai hutang yang banyak dengan tuan rumahnya.


Ainin Sofiya mencuba nasib memohon pekerjaan sebagai pembantu rumah. Nasibnya baik apabila diterima bekerja di rumah Hajah Fauziah. Ainin Sofiya disenangi oleh majikannya kerana sifatnya yang rajin dan pandai memasak terutamanya asam pedas. Salah seorang daripada anak majikannya iaitu Ziyad cuba mengorek rahsia kehidupan Ainin Sofiya. Apabila mengetahui yang Ainin Sofiya berhutang dengan tuan rumahnya dengan nilai yang agak banyak, Ziyad cuba membantu tetapi niat baiknya itu ditolak oleh Ainin.


Akhirnya Ziyad membuat keputusan untuk bernikah dengan Ainin Sofiya atas sebab ingin membantu dan perkahwinan itu mesti dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan kekasih Ziyad dan ada beberapa syarat yang mesti diikuti oleh Ainin Sofiya. Salah satu syaratnya ialah Ainin Sofiya tidak dibenarkan mengandung. Oleh kerana tidak mempunyai pilihan, Ainin Sofiya terpaksa menerima lamaran Ziyad setelah beberapa kali dia menolaknya. Walaupun sudah berkahwin dengan Ziyad, Ainin Sofiya masih bekerja di rumah Hajah Fauziah iaitu umi Ziyad. Perkahwinan rahsia Ainin Sofiya dan Ahmad Ziyad berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari, umi meminta Ziyad bertunang dengan kekasihnya, Syafinaz.


Di saat cinta mula berbunga di hati Ainin Sofiya, Ziyad mula berubah secara tiba-tiba. Semuanya disebabkan oleh kawan sepejabat Ziyad yang ternampak Ziyad dan Ainin Sofiya membeli-belah bersama. Oleh kerana ingin menjaga hati Syafinaz, Ziyad terpaksa mengabaikan Ainin Sofiya biarpun hatinya tidak ingin berbuat begitu. Ziyad sudah sayang sepenuhnya terhadap Ainin Sofiya. sehinggalah pada suatu hari takdir telah menentukan yang Ainin Sofiya telah mengandungkan anaknya. Ziyad berasa terkejut dan marah apabila mengetahui yang isterinya telah mengandung dan melanggar syarat perkahwinan mereka.


Akhirnya, Ainin Sofiya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia tidak lagi menjadi pembantu rumah di rumah Ziyad. Ziyad juga mengambil keputusan untuk menghantar Ainin Sofiya dan keluarganya tinggal jauh daripada rumah uminya dengan tujuan supaya rahsia perkahwinan mereka tidak terbongkar. Ainin Sofiya kecewa dengan Ziyad. Dia merasakan Ziyad sudah tidak sudi lagi untuk bersama dengannya. Sehinggalah pada suatu ketika Ainin Sofiya dan keluarganya hilang secara tiba-tiba padahal mereka sekeluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu arwah suami Ainin Sofiya. Sudah puas Ziyad mencari Ainin Sofiya dan keluarganya tetapi langsung tidak ketemu. Padahal majlis perkahwinan Ziyad dan Syafinaz hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Ziyad keliru dengan perasaannya sendiri dan akhirnya dia membuat keputusan yang sangat memeranjatkan ahli keluarganya. Yang peliknya umi dan ayah Ziyad langsung tidak marahkannya. Kalaulah Ziyad tahu semudah itu, tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur. Ainin Sofiya masih tidak ketemu.


Ziyad tetap gigih mencari Ainin Sofiya dan akhirnya bertemu juga setelah bertungkus-lumus mencari isterinya itu. Ziyad tidak sabar untuk membawa Ainin Sofiya bertemu dengan keluarganya setelah rahsia mereka terbongkar. Akhirnya mereka dapat hidup bersama tanpa perlu berahsia apa-apa lagi. Tamat.


Hihi... Amacam? Best tak agak-agak? Memang tak rugi beli novel ni sebab ceritanya memang best dan paling syok bila baca bab asam pedas tu confirm korang pon terliur sama. Hahaha. Kalau korang ada menonton episod terakhir drama ni, memang ada sedikit perubahan dan ending nya tak sama seperti cerita dalam novel. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Taska Meneruskan Operasi Seperti Biasa Tetapi Bersyarat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 15 April 2015


Siang tadi Cikgu Faiz ada up entri mengenai taska Hannani yang ditutup semalam sehingga Jumaat ini kan? Semuanya kerana ada kanak-kanak yag terkena jangkitan wabak HFMD. Alkisahnya pulak, petang tadi kononnya nak ke taska yang berhampiran rumah ni. Nasib baik la tak keluar rumah lagi. Dah siap-siap dah nak keluar. Tergerak hati nak belek handphone dulu tengok-tengok ada mesej dari pihak taska yang mengatakan taska akan dibuka esok. Lega sangat bila taska nak buka esok (hari ni la tu) sebab dah tengah bulan kan. Faham-faham je la. Syukur sangat. Semuanya kerana ada ibu bapa yang meminta jasa baik pihak taska supaya meneruskan operasi pada esok hari (Rabu) kerana sukar untuk menguruskan anak-anak ketika mereka keluar bekerja. Jadinya Cikgu Faiz tak jadi la nak tumpangkan Hannani di taska lain.




Alhamdulillah sangat tapi ada syarat jika hendak menghantar anak sehingga Jumaat ini. Pihak taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya anak-anak dijangkiti wabak HFMD dan kanak-kanak yang ada tanda-tanda untuk terkena HFMD tidak dibenarkan datang ke taska sehinggalah mereka bebas daripada wabak tersebut. Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja. Insha Allah. Dah lama jugak HFMD menyorok. Tiba-tiba dia datang balik. Harap-harap Hannani akan baik-baik sahaja sepanjang di taska. Yang penting, pihak taska kena la mengambil langkah dari awal dengan memastikan persekitaran taska bersih dan pengasuh juga mengamalkan kebersihan yang sepatutnya. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Taska Di Tutup Kerana HFMD?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 14 April 2015


Hari ni Cikgu Faiz terpaksa bercuti. Malam tadi pihak taska bagitau yang taska akan ditutup sehingga Jumaat ini kerana ada kanak-kanak yang terkena jangkitan wabak HFMD. HFMD tu memang sinonim dengan kanak-kanak kerana yang menjadi mangsanya adalah kanak-kanak. HFMD tu ialah penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut. Nampak gayanya Cikgu Faiz nak kena buat research berkaitan dengan penyakit ni.




Nampaknya petang ni jugak Cikgu Faiz nak kena cari pengasuh sementara untuk Hannani selama 3 hari. Takkan nak cuti pulak. Ingatkan hari ni nak siapkan satu assignment video tapi terpaksa ditunda ke esok kerana taska dah tutup kan. Harap-harap ada la taska / pengasuh yang nak jaga Hannani 3 hari ni dengan harga yang berpatutan. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Hannani Si Ulat Buku?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 13 April 2015


Alhamdulillah hari ni Cikgu Faiz berkesempatan lagi untuk update blog ni. Hannani tertidur awal malam ni jadi boleh la update sekejap sebelum menyiapkan assignment. Dah lama rasanya Cikgu Faiz tak update aktiviti anak-anak di blog ni. Sekarang ni abang Hakim dan berusia 4 tahun 10 bulan manakala Hannani pula setahun 4 bulan. Hannani ni dia suka ikut apa yang abang dia buat. Nak tahu apa yang Hannani suka sangat buat tu? Layan je gambar-gambar ni.




Hannani sekarang ni suka sangat baca buku. Nampaknya dia sudah mula terikut-ikut dengan perangai abang dia masa kecik-kecik dulu. Cikgu Faiz pon suka sangat bila Hannani sudah mula menunjukkan minatnya terhadap buku. Tengok la tu. Kusyuk sangat baca buku dengan abang dia walaupun gelagat budak dua orang tu macam faham je apa yang tertulis di buku tu. Huhuhu. Kalau abang dia tak bagi tengok mula la Hannani menjerit dan menangis. Itu je la modal dia sekarang ni. Hihi.






Bila abang dia sibuk belajar, Hannani pon mesti nak menyibuk jugak. Konon konon dia pon sibuk jugak la tu. Huhuhu. Macam dah besar sangat nampak gayanya. Hihi. Hannani ni suka buku macam orang dah sekolah tau. Tak main la buku-buku kosong yang boleh conteng-conteng tu. Dia nak buku macam abang dia jugak. Huhuhu. Kusyuk je dia baca buku abang.





Masa ni Hannani tak dapat nak mengacau abang dia sebab buat dekat atas meja. Cuba kalau dekat bawah tu dah selamat dah tu. Dia pon nak buat kolaj jugak. Hihihi.






Yeye je kan gaya Hannani. Buku komik tu pon dah lunyai dikerjakan anak dara tu. Hihi. Banyak jugak yang dah terkoyak. Lepas tu rajin pulak pergi buang dalam tong sampah. Anak anak. Huhuhu. Buat bonda tersenyum je tengok gelagat Hannani ni. Moga-moga bila besar nanti pon Hannani akan sukakan buku dan rajin membaca seperti ini sama seperti abang Hakim.


P/S : Dulu masa Cikgu Faiz mengandungkan Hannani memang hari-hari tengok buku. Mana taknya, waktu bekerja dah memang bergelumang dengan buku. Masa cuti sibuk baca novel pulak. Itu yang sedikit sebanyak Hannani pon dok terikut-ikut tu. Hihi.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Sambutan Hari Lahir Iman Munirah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 12 April 2015


Cikgu Faiz kembali lagi setelah menghilang sekejap. Hihi. Kejap ada, kejap takde. Dah macam biskut pulak. Okay, back to the topic. Beberapa minggu lepas kelas Cikgu Faiz meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang murid. Lepas murid-murid dah siap makan barulah acara potong kek diadakan. Layan je la gelagat murid-murid Cikgu Faiz ni.




Kek harijadi anak murid Cikgu Faiz yang bernama Iman Munirah yang bertemakan Frozen versi muslimah. Hihihi. Menurut ibu Iman, kek ini dibuat berdasarkan permintaan Iman sendiri yang mahukan kek dengan gambar Anna dan Elsa yang memakai tudung. Comel bukan?






Inilah dia murid-murid Cikgu Faiz yang selalu menggamatkan suasana di dalam kelas. Huhuhu. Seronok sangat nampaknya dan kelihatan tidak sabar nak makan kek harijadi kawan mereka. Sebenarnya diorang teruja dengan kek Frozen tu. Hihihi.






Cikgu ni asyik nak ambik gambar je. Bila nak nyanyi ni? Dah tak sabar nak makan kek ni. Huhuhu.






Nyanyian lagu Happy Birthday untuk rakan tersayang. Selamat hari lahir yang ke 6 tahun Iman. Semoga jadi anak yang solehah ye. Belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal ye. Kawan-kawan Iman semua suka kek yang Iman bawak. Sedap. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Hijabey 2015 Di IDCC Shah Alam



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 April 2015


Petang tadi Cikgu Faiz pergi ke event Hijabey 2015 yang diadakan di IDCC Shah Alam. Tujuan utama ke situ dah tentu la sebab tudung aidijuma tu. Hihihi. Excited giler nak pergi sebab nak dapatkan koleksi terbaru tudung aidijuma yang hot tu. Tapi sayang seribu kali sayang sebab sampai je dekat sana nombor giliran dah habis. Ini bermakna Cikgu Faiz tak dapat beli la. Huhuhu. Sadis sangat rasanya. Cikgu Faiz tengok stok ada lagi walaupun tak banyak tapi kenapa tak boleh beli pulak ye? Timbul kemusykilan di situ. Akibat stress sebab tak dapat beli tudung kesayangan maka Cikgu Faiz memborong beberapa makanan ni. Huhu.




Antara yang dibeli makanan yang dibeli di event tersebut. Ada jeruk mangga asam boi, sambal hitam menangis (Cikgu Faiz makan tak menangis pon. huhu), sambal goreng sedap, lasagna, roti sosej dan spegeti. Untuk pengetahuan korang, roti sosej dan spegeti sudah selamat dimakan di sana. Huhuhu. Bengang punya pasal sebab tak dapat beli tudung maka isi perut la jawabnya. Huhuhu.


Masa dekat event tu ada juga artis tempatan seperti Encik Mimpi dan Anita Baharom. Ingat nak bergambar dengan Encik Mimpi tapi ramai la pulak tak sanggup nak tunggu dah sebab bengang. Gambar suasana event pon tak dapat nak ambik sebab bengang punya pasal la. Huhu. Antara aktiviti yang ada dekat situ termasuklah pertunjukan fesyen dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Ingat nak suruh abang Faqih masuk mewarna tapi dah tak sempat.


Event Hijabey tu sampai hari ni la. Kalau korang yang belum berkesempatan nak pergi tu boleh la pergi ye. Rasanya bila hari terakhir ni mesti ada jualan murah. Huhuhu. Dah nama pon hijabey mestilah banyak tudung, jubah dan skirt labuh yang dijual di situ. Telekung pon ada tau. Makanan tu sampingan je. Ye la... Bila dah sibuk shopping sakan tu mesti korang rasa lapar jadi tak perlu bersusah payah nak keluar dari tempat tu untuk mencari makanan. Dalam dewan tu pon dah ada bermacam makanan yang dijual.


Yang tak bestnya booth aidijuma tak buka dah. Semalam last. Adoi. Melepas lagi nampaknya. Terpaksa la tunggu online punya. Huhu. Nasib nasib. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Koleksi Terbaru Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 04 April 2015


Cikgu Faiz muncul kembali setelah menyepikan diri buat seketika. Kebetulan tengah menyiapkan assignment jadi alang-alang tu update blog sekali sebelum tidur. Hihi. Dah lama rasanya tak cerita tentang koleksi terbaru tudung Aidijuma Cikgu Faiz tu. Hihi.




Yang ni green label sweet ape ye. Adoi, mudah betul lupa nama tudung ni.





Yang atas tu pula, green label Love Potion, white label Purple Wave dan Small Roses. Purple Wave tu biras yang punya. Cikgu Faiz tolong beli je. Hihi.





Yang atas ni pula pink label. Tak tau la namanya apa. Banyak sangat design. Sebenarnya beli untuk mak Cikgu Faiz tak tau la mak berkenan atau tak dengan warna pilihan anak dia ni. Ini je antara design yang tinggal. Yang lain semua dah 'SOLD' awal-awal. Huhu. Kalau mak tak nak Cikgu Faiz pakai je la. Hihihi. 


Ada lagi dua helai tak sampai lagi. Hihi. Alang-alang beli untuk mak tu boleh la beli untuk diri sendiri sekali kan. Hihihi. Design terbaru tu nanti Cikgu Faiz update okey. Itu sahaja nak cerita sebenarnya. Nak tido la sebab pukul 8.30 pagi ni ada mesyuarat AJK PIBG pulak. Nak kena bangun awal lagi. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...