3
Orang Memberi Komen

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Julai 2015



Dipersilakan klik banner untuk sertai ^^


Orang Korea cakap melayu --> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Hannani Sakit Mata Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Julai 2015


Cikgu Faiz kembali lagi setelah menghilangkan diri selama beberapa hari. Hihi. Macam biasa la tak dapat nak update blog sebab mata ini begitu mencemburui Cikgu Faiz untuk update blog ini. Kihkih. Nikmat untuk tidur lebih bermakna. Hikhik. Takde apa sangat nak cerita sebenarnya cuma nak berkongsi gambar Hannani sebelum raya hari tu. Hihi.


Bercakap pasal Hannani kan, dua hari lepas mata Hannani bengkak lagi. Jika korang ada baca entri Hannani SAKIT MATA ni korang tau la. Masa bulan puasa hari tu mata Hannani bengkak sebelah. Kali ini lagi sebelah pula yang bengkak. Nasib baik la ubat mata hari tu ada lagi. Cikgu Faiz cuma titiskan ubat mata tu setiap 12 jam. Alhamdulillah sekarang dan surut. Tak tahu la mungkin semut atau mana-mana serangga yang terlalu sukakan Hannani sampai gigit kedua kelopak mata anak dara tu. Hihihi. Darah manis la katakan. Huhu. Abangnya okey pulak tak kena gigit pon. Hahaha. Nampak sangat Hannani yang sering menjadi sasaran serangga.



Ini gambar sebelum raya. Masa ni mata Hannani sudah pulih berkat tunggu berjam-jam dekat hospital hari tu. Huhuhu. Nak selfie anak dara ni. Nak tengok muka sendiri dekat handphone.





Konon posing ala-ala candid la tu. Penat je bonda cakap suruh pandang handphone tapi langsung tak dilayan. Huhuhu.





Hambik. Kuih raya buatan emak Cikgu Faiz. Kuih ni la yang mak buat tiap-tiap tahun selain biskut Dahlia tu. Tempeyek dan biskut senyum. Cikgu Faiz pon tak pasti kenapa ianya digelar biskut senyum. Dalamnya ada sebutir kacang. Hihihi. Semuanya kuih dulu-dulu yang mak buat. Mak nak mengimbas nostalgia dulu-dulu la tu. Hihihi. Sekian.


Ayam takde dalam dunia ni?? Oh no !!! --> TENGOK NI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Suka Main Bedak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 27 Julai 2015


Siapa dekat rumah ada adik-adik yang masih kecil? Kalau yang dah berumah tangga tu mesti ada anak kecik kan. Kalau korang perhatikan anak-anak kecik korang tu mesti ada je benda-benda yang dia nak teroka kan. Terutamanya bila anak korang tu dah biasa dipakaikan bedak selepas mandi. Bila korang tengah sibuk dengan sesuatu kerja tu dalam diam budak-budak kecik ni akan memulakan operasi mereka. Hihi. Contohnya seperti di bawah ini.



Baik punya aktiviti. Kalau jumpa je botol bedak memang habis la. Mula-mula bedak akan ditabur sebanyak-banyaknya di atas lantai. Nasib baik la Cikgu Faiz cepat sedar akan aktiviti Hannani ni. Kalau tidak habis la sebotol bedak tu. Huhu.




Sambil-sambil tabur bedak tu tangan dok sapu bedak dekat muka sampai putih melepak. Seluar jangan cakap la habis putih. Ini dah macam iklan Qu Puteh je. Huhu.




Bonda nak ambik gambar dok panggil Hannani suruh pandang kamera langsung tak nak pandang. Tau la tu salah diri sendiri sebab main bedak tak berani nak tengok bonda. Mula-mula tu memang nak marah tapi cepat-cepat ambik handphone nak ambik gambar Hannani ni terus hilang rasa marah tu. Huhu.




Berpura-pura main handphone sedangkan hakikatnya takut kena marah dengan bonda. Huhuhu. Gaya macam nak selfie pon ada. Hihi. Qu Puteh, barulah putihhhh...


Tak cukup duit sebab ..... --> BACA SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Santai Di Petang Khamis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 24 Julai 2015


Masih lagi dalam mood beraya. Petang tadi bawa anak-anak pergi COD Ephyra di Seri Kembangan dan Tesco Puchong. Abang Hakim la yang paling seronok sebab dapat pergi tesco. Hihi. Nasib memang agak baik hari ini sebab dekat tesco ada sale. Hihi. Sale tak sale sangat tapi boleh la berbanding harga kalau takde sale.


Cikgu Faiz dapat la beli 3 pek susu Dugro Hannani. Biasanya harga susu tu RM27. ++ tapi tadi hanya RM21.++. Okey la tu kan. Pampers Drypers pon sama daripada RM37.++ dapat la RM32.++. Selain itu, sabun cecair pencuci baju pon boleh tahan jugak harganya cuma RM19.90 berbanding harga asal yang agak mahal jugak tau. Sabun Dynamo tu 4.4kg. Kebetulan sabun mandi Hannani pon dah habis jadinya cari yang paling murah jumpa sabun Johnson n Johnson RM19.90 dapat dua botol yang standard tu. Alhamdulillah memang rezeki anak-anak la tadi sebab murah kan.







Keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing. Hihihi. Sekian.


Tersentuh tengok video ni --> TONTON


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Selepas Cuti Berhari Raya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 22 Julai 2015


Bersua lagi. Setelah enam hari di bulan Syawal yang mulia ini barulah berkesempatan untuk mengemaskini aktiviti-aktiviti di blog ini. Sepanjang di akhir bulan Ramadhan yang lalu, Cikgu Faiz langsung tiada masa untuk membelek-belek blog. Ialah kan, nak dekat cuti sibuk mengemas bagasi untuk pulang ke kampung. Sampai di kampung pula dah sibuk dengan urusan di rumah. Takkan sibuk nak belek blog jugak. Huhu.


Alhamdulillah, hari ini juga Cikgu Faiz sudah mula bekerja setelah bercuti untuk beraya lebih kurang seminggu. Mood raya masih ada dan Cikgu Faiz sangat teruja untuk berjumpa dengan anak-anak didik. Huhu. Tetapi apakan daya, yang datang cuma sepuluh orang sahaja. Yang lain? Mungkin masih berada di kampung ibu bapa masing-masing.



Tak cukup dua orang sebab belum sampai lagi. Huhuhu. Bila dah tak ramai ni, murid-murid macam takde semangat je sebab biasanya ada 25 orang. Suasana memang cukup meriah tapi hari ini 10 orang ni macam mati kutu pulak. Hihi.



Untuk memeriahkan suasana yang agak suram maka terpaksalah Cikgu Faiz mengajak murid-murid ini ber selfie. Huhuhu. Barulah nampak sinar keceriaan di wajah masing-masing. Huhuhu.



Alhamdulillah... Lepas je habis kelas tadi, Cikgu Faiz terus membuat pemindahan duit raya anak-anak ke dalam akaun abang Hakim. Hannani masih tiada akaun jadinya Cikgu Faiz tumpangkan di dalam akaun abang dia. In Sha Allah semoga bertambah rezeki penderma duit raya ini. Semoga simpanan ini akan bermanfaat untuk anak-anak Cikgu Faiz. 



Sementara menunggu Encik Suami, Cikgu Faiz tidak melepaskan peluang untuk ber selfie. Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Cikgu Faiz sangat jarang memuat naik gambar diri sendiri dan anak-anak. Kalau ada pon gambar bersama anak-anak murid.



Inilah biskut Dahlia hasil air tangan mak Cikgu Faiz. Tiap-tiap tahun memang tak pernah miss dengan biskut ni. Esok nak bawak pergi sekolah. Hihihi. Sekian.


Beraya di perantauan? Menarik jugak tu --> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Print Baju
Jersey
Uniform F1
Baju Kelas
Baju Kolej
Non Woven Bag
Bisnes Kad
Flyers
Custom Made
Heat Press
Button Badge
Banner

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Hannani Sakit Mata, Abang Hakim Kena Hernia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 07 Julai 2015


Hari ni Cikgu Faiz CRK. Sebabnya Hannani tak sihat. Mata dia bengkak tak boleh nak buka sebelah. Dah macam ketumbit pulak. Dari segi fizikal Hannani sihat walafiat cuma matanya sahaja yang perlukan rawatan. Pagi tadi macam biasa keluar tapi destinasi ke Hospital Serdang. Parking jangan cakap la awal-awal lagi dah penuh. Akhirnya parking di satu kawasan yang agak terpencil jugak. Tak pasal-pasal kena angkut laptop sekali sebab takut pulak kan. Kang tak pasal jadi hal lain pulak.


Sampai di hospital terus ke bahagian Unit Kecemasan dan Trauma. Daftar Hannani dan abang Hakim. Dia pon nak kena rawatan jugak sebab beberapa hari yang lalu terkena 'angin pasang' atau dalam bahasa saintifiknya 'Hernia'. Bila sampai giliran macam biasa la kena bersoal jawab dulu lepas tu tunggu untuk berjumpa doktor pula. Bila dah bersoal jawab dan doktor pon dah check apa-apa yang patut terus menuju ke bahagian mata pulak.


Dah sampai giliran, doktor-doktor check mata Hannani. Mula-mula tu okey je Cikgu Faiz tengok sekali lepas tu doktor suruh tunggu di luar sebab macam faham je bonda tak sampai hati bila tengok anak menangis. Huhu. Tiga orang doktor yang handle Hannani tadi. Cuma nak check mata dan titis ubat. Yang jadi susah sebab Hannani tak diam pulak tu kena bedung. Huhu. Mau tak mengamuk Hannani. Selain tu Hannani kena check kulit jugak sebab kaki dan tangan dia ada kesan gigitan serangga yang banyak. Mungkin alergi.


Siap check Hannani suma doktor pon dah terangkan apa yang patut dibuat. Kalau hari Khamis ni mata Hannani semakin bengkak kami perlu ke hospital semula untuk rawatan susulan. Risau dah. Harap-harap bengkak cepat surut. Tadi pon dah bagi makan antibiotik. Nasib baik la Hannani telan je ubat tu. Huhu. Lepas tu bergegas ke bahagian kulit pulak tapi kena buat appoinment lain pulak. Diorang suggest pergi ke Hospital Putrajaya kalau nak cepat sebab Hospital Serdang sedang dibaik pulih jadi mungkin appoinment Hannani untuk check up kulit tu dalam bulan 12.


Settle urusan Hannani terus ke bahagian lain pulak untuk check abang Hakim. Rupanya kena buat appoinment lain pulak. Ingatkan boleh terus check. Kena pulak tunggu panggilan dari pihak hospital untuk dapatkan tarikh pemeriksaan abang Hakim. Selesai. Terus ke farmasi untuk mengambil ubat Hannani. Selesai ambik ubat terus bergegas pulang ke rumah. Dah tak larat rasanya berlama-lama dekat hospital tu. Huhu. Sampai rumah tadi dalam pukul 2 petang. Lama giler. Apa nak buat. Demi kesihatan anak-anak.




Nak dekat dekat raya ni macam-macam dugaan yang melanda. Tengok mata Hannani yang bengkak tu. Langsung tak boleh buka. Sekarang ni dah okey sikit dah boleh buka mungkin sebab tadi doktor dah titiskan ubat. Moga esok mata Hannani akan semakin pulih. Doakan ye. Sakit-sakit mata pon Hannani ni aktif sangat. Abang pulak suka melayan adik. Anak anak.... Moga cepat sembuh kedua-duanya. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Ephyra Skin Bar - Sabun HOT Masa Kini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 06 Julai 2015


Bersua lagi kita. Cikgu Faiz baru je tambah stok sabun Ephyra Skin Bar. Dua minggu lepas dah order 20 ketul tapi semalam last order terus habis. Jadinya hari ni order lagi 20 ketul. Biasanya 20 ketul tu sebulan pon tak habis tapi kali ni memang luar biasa sebab cepat sangat dah habis.




Mungkinkah Ephyra Skin Bar semakin dikenali oleh rakyat Malaysia? Mungkin juga penangan Ephyra Skin Bar yang masuk dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O beberapa minggu lepas. Order setakat ni alhamdulillah. Kebanyakan yang order dekat-dekat dengan tempat Cikgu Faiz je jadi boleh terus COD tak payah nak pos. Lagi-lagi musim raya ni takut poslaju lambat sebab parcel memang banyak.


Nak tahu kelebihan Ephyra Skin Bar? Korang boleh baca di entri >INI<




Cikgu Faiz sekarang ni dah jadi pengguna tegar Ephyra Skin Bar. Dah tak beli dan pencuci muka macam sebelum sebelum ni. Setakat ni Ephyra Skin Bar sesuai dengan kulit Cikgu Faiz. Mula-mula pakai dulu je kulit kering tapi Cikgu Faiz ada alternatif lain untuk mengelakkan kulit kering itu terjadi. Caranya dengan mengurangkan penggunaan sabun ni. Contohnya, kalau biasanya guna 2x sehari, Cikgu Faiz cuma cuci sekali sehari je. Alhamdulillah seminggu lepas tu kulit dah tak kering macam selalu dan sekarang ni dah boleh cuci 2x sehari. Kadang-kadang 3x sehari sebab bila cuci muka guna sabun ni kulit muka rasa segar je nak nak dalam bulan puasa ni.




Selain Ephyra Skin Bar, Cikgu Faiz juga ada jual Ephyra kolagen. Lama dan Cikgu Faiz start jual ephyra ni tapi takde masa nak update kat blog. Itu pun ada jugak promote sikit-sikit tapi jarang sangat. Masa sangat mencemburui Cikgu Faiz ni.




Yang ni set Ephyra yang untuk sebulan punya. Sempena Hari Raya ni pembeli akan mendapat sampul raya secara percuma hanya dengan setiap pembelian Ephyra Premium Pack. Selain itu kalau korang nak beli ephyra secara kombo pon boleh tau. Meh nak bagitau harga retail Ephyra.


Ephyra Trial Pack 10 sachets - RM68 SM / RM78 SS * termasuk pos
Ephyra Premium Pack 30 sachets - RM197 SM / RM207 SS * termasuk pos
Ephyra Skin Bar - RM39 * tak termasuk pos


Tapi tapi tapi.... ada harga istimewa untuk mereka yang berminat nak beli ephyra secara kombo sama ada Ephyra Trial Pack + Skin Bar atau Ephyra Premium Pack + Skin Bar. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh terus WhatsApp Cikgu Faiz di nombor 012-9771902. Kalau nak COD pon boleh bergantung kepada lokasi Cikgu Faiz berada pada ketika itu tapi setakat ni Cikgu Faiz cuma buat COD di sekitar kawasan Puchong dan Taman Equine yang terletak di Seri Kembangan. Area Shah Alam pon boleh kalau yang dekat dekat dengan Puchong tu. Kalau jauh sangat Cikgu Faiz akan pos.




Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 06 Julai 2015



Klik banner jika berminat untuk menyertai give away ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 07.07.2015 jam 12.00 tengahari.


Pemilihan Pemenang


Hadiah Utama
Dipilih melalui traffic sources yang tertinggi


Hadiah Yang Lain (Kedua, Ketiga dan Keempat)
dibuat random di random.org


Hadiah Hadiah


Hadiah Utama
(1 pemenang)
Duit Raya rm50 + 1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 


Hadiah Kedua
(6 pemenang)
1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 


Hadiah Ketiga
(4 pemenang)
1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 


Hadiah Keempat
(3 pemenang)
1 Shiseido Peel Off mask 


Hadiah Saguhati
Kesemua Penyertaan akan dilistkan di Blog List

Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Hannani Mengamuk Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 05 Julai 2015


Dah lama pulak tak berkongsi cerita tentang anak-anak Cikgu Faiz. Heh. Kali ni nak share gambar-gambar selfie Cikgu Faiz dan Hannani. Masa tu Encik Suami ada urusan di kedai makanya Cikgu Faiz mengambil kesempatan untuk bergambar dengan anak dara sorang ni. Abang Hakim tak nak masuk campur urusan orang perempuan. Huhuhu.



Masa ni Hannani steady lagi duduk dalam kereta. Hihi.




Senyap sekejap dapat tengok muka sendiri. Perasan comel la tu.




Suka sangat buat mulut macam tu. Tak pasal-pasal bonda pon dah terjebak sama. Huhu.




Kalau tak muka garang tak sah.




Akhirnya, mengamuk jugak dia. Huhu. Tak suka menunggu sama macam bonda. Dah abah tu lama sangat berurusan di kedai. Bosan la Hannani.




Haha. Dah pandai korek hidung ek sekarang ni. Senyap sikit. 


Haaa... Itulah antara gambar-gambar selfie Hannani dan bonda. Lama punya gambar ni baru sekarang dapat update. Huhu. Sibuk la katakan. Ahaks. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...