3
Orang Memberi Komen

Hannani Dan Rambut



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 26 September 2015


Masa dalam perjalanan nak pulang ke kampung Cikgu Faiz Jumaat lepas, sempat jugak la Cikgu Faiz ber'selfie' dengan Hannani. Kami berdua je sebabnya Encik Suami dan abang Hakim duduk depan jadinya yang perempuan dekat belakang pon buat la apa-apa yang patut. Huhuhu. Semua gambar-gambar ini diambil sebelum rambut Hannani dipotong oleh wannya. Huhuhu. Kiranya ini kenangan semasa Hannani berambut panjang. Hihi.



Rambut dah panjang sampai nak tutup mata dah. Itu yang membuatkan wannya geram tu.




Agak serabut rambut Hannani ni. Nak ikat confirm takkan tahan lama punya. Hihi.



Nampak tak yang bahagian depan tu dah panjang. Mana taknya, kali terakhir Hannani pergi gunting rambut sebelum raya puasa hari tu.



Suka sangat tayang gigi yang comel tu. Mentang-mentang la semua gigi di bahagian depan dah penuh. Huhu.



Yang ni tunjuk punggung pulak.



Tabiat baru sekarang ni. Suka sangat masukkan jari dalam mulut dan main air liur. Nak tumbuh gigi lagi agaknya. Huhuhu. Sekian laporan Cik Hannani untuk hari ini.


Baca kisah seram di Cyberjaya ni --> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

CPUV | 6 Masih Melekat Di Blog



Assalamualaikum dan selamat sejatera.

Jumaat . 25 September 2015


Dah lama rasanya tak update pasal nuffnang. Rasanya ramai kot yang dapat CPUV yang sama macam Cikgu Faiz ni. Hihi.




PETRONAS NEW VARIANT
WALL'S FRUTTARE
PETROSAINS ILLISIONS


Jadilah kan. Terima kasih kepada semua penaja-penaja iklan di blog dan juga nuffnang selaku penaja rasmi. Kepada yang sudi klik tu terima kasih diucapkan. Jangan lupa mention dekat cbox Cikgu Faiz ye. Sekian.


Jom melancong ke Korea --> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Line Maxis Hilang. Stress.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 24 September 2015


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang menyambutnya. Hari raya ni macam-macam masalah pulak yang melanda Cikgu Faiz ni. Bengang betul la. Huh. Sebenarnya takde la besar sangat masalah ni tapi agak serabut jugak bila memikirkannya. Huhuhu. Agak-agak korang dapat tak tolong Cikgu Faiz kali ni? Huhuhu. 




Okey... Ini merupakan screen handphone Cikgu Faiz. Kalau korang tengok dekat bahagian atas di sebelah ikon bateri tu. Ish, macam mana nak terangkan ni susah pulak rasanya. Okey, kalau korang tengok di bahagian atas tu kita boleh tahu line kita ada banyak mana kan. Senang cerita korang tengok gambar di bawah yang Cikgu Faiz buat anak panah tu.




Haa.... sekarang mesti korang dah faham kan apa yang Cikgu Faiz cuba nak sampaikan ni. Macam ni, yang takde line tu simkad maxis dan yang sebelah tu simkad altel. Cikgu Faiz tak tahu la tiba-tiba je line maxis tu jadi X macam tu. Terus tak boleh guna langsung. Tak tahu la sebab apa ni dari malam tadi lagi. Emergency calls je boleh guna sekarang ni. Adoi la. Kalau diikutkan line di rumah mertua ni memang slow sikit tapi ini sampai takde langsung itu yang Cikgu Faiz musykil tu. Nak sms pon tak boleh ni apatah lagi nak buat panggilan guna maxis ni ha. Huhu. Agak-agak apa masalah yang sebenarnya ye. Cikgu Faiz risau ni dah la baru topup semalam tup tup jadi macam ni pulak. Nasib nasib. Dah banyak kali restart, on dan off handphone ni tetap takde line jugak. Tolong....


8 chef paling hot --> SINI


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Promosi Merdeka Ephyra dan Skin Bar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 September 2015


Perhatian kepada pengguna Ephyra sekalian... Berita baik untuk anda yang Cikgu Faiz nak kongsikan bersama. Sempena menyambut Hari Merdeka negara kita pada tahun ini, pihak HQ Oceanlife Marketing telah berbesar hati untuk mengadakan promosi sehingga 16 September 2015. Promosi telah bermula beberapa minggu yang lepas tapi baru hari ini Cikgu Faiz sempat nak update. Nak tahu promosi apa? Baca entri ini sehingga tamat ye. Hihi.




Promosi merdeka ini untuk Ephyra Trial, Ephyra Premium dan Ephyra Skin Bar. Untuk Ephyra Trial Pack 10 sachet, harga asal RM68/RM78. Kalau korang beli sebelum 16 September ni harga cuma RM60/RM70 sahaja.


Untuk Ephyra Premium Pack 30 sachet, harga asal RM197/RM207. Harga promosi merdeka RM180/RM190 sahaja dan percuma postage. Memang menjimatkan.





Untuk Ephyra Skin Bar pula, harga asal RM39 + postage RM6/RM10 tapi jika anda beli pada waktu promosi ini tiada caj postage akan dikenakan dan anda hanya perlu membayar RM39 sahaja. Wow !! Sangat jimat kan. Hihi. Untuk maklumat lanjut tentang Ephyra Skin Bar korang boleh baca >>> SINI





Ephyra sesuai untuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas, ibu menyusu dan hamil lima bulan ke atas, mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam serta mereka yang mempunyai masalah-masalah seperti berikut :
  • kulit berjerawat
  • kulit berjeragat dan berparut
  • ekzema / penyakit kulit
  • susu badan kurang
  • gastrik / masalah usus
  • menurunkan kolestrol
  • stress / kemurungan
  • sembelit / cirit-birit / buasir
  • lelah / penat / semput
  • gout / arthritis sendi
  • menopause
  • ketidakseimbangan hormon
  • alergi makanan laut
  • resdung
  • penyakit gusi / demam
  • masalah tidur / kelesuan
  • jangkitan pundi kencing
  • masalah buah pinggang
  • kanser / pertumbuhan tumor
  • sakit sendi dan sengal badan
  • jantung / saluran darah
  • migrain / sakit kepala
  • strok / parkinson
  • penyakit alzheimer (nyanyuk)
  • masalah senggugut / PMS
  • jangkitan virus / bakteria
  • darah tinggi
  • masalah saraf
  • kencing manis
  • thyroid





Saya dah minum ephyra. Anda bila lagi? Jika ada yang berminat untuk order Ephyra dan sabun Skin Bar ini korang boleh terus berhubung dengan Cikgu Faiz menerusi aplikasi WhatsApp / SMS di talian 012-9771902. Cikgu Faiz ada buat COD jugak dekat area Puchong dan juga Taman Equine Seri Kembangan. Sekian.


Tiket percuma Air Asia >>> TEKAN LAJU-LAJU


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Karnival Bijak Prasekolah Daerah Petaling Perdana 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 09 September 2015


Pada 03 September yang lalu, Cikgu Faiz terlibat dengan Karnival Bijak Prasekolah yang telah diadakan di SK Taman Desaminium yang terletak di Seri Kembangan. Pada tahun ini, aktiviti Bijak Prasekolah telah dibahagi-bahagikan mengikut zon. Jadinya setiap sekolah hanya perlu menghantar satu penyertaan untuk satu acara sahaja. Setelah dibahagikan, zon Cikgu Faiz telah mendapat acara Syarahan Bahasa Melayu. Fuhhh... mencabar jugak acara ni sebab baru pertama kali nak sertai. Sebelum ni memang tak ada acara syarahan.




Sesampainya di sana, Cikgu Faiz terus mendaftar dan masuk ke dalam dewan. Rasa berdebar-debar jugak sebab aktiviti ni baru je tahu minggu sebelum tu. Cikgu Faiz sempat bagi teks syarahan pada murid pada hari Jumaat sebelum bercuti sempena Hari Merdeka. Bayangkan nak suruh murid hafal dalam masa tiga hari bercuti. Hari Isnin langsung tak sempat nak tengok murid berlatih. Hari Selasa tu baru la ada masa terluang itu pon lepas habis kelas. Nasib baik la mak murid ni tolong latih dekat rumah. Huhu.




Inilah wakil dari sekolah Cikgu Faiz. Namanya Iman Munirah. Hihi. Muka takut sangat tu. Serius je nampaknya. Dah la dapat giliran yang ke 3. Huhu. Jumlah semua peserta 19 orang. Cikgu Faiz pon tak harap sangat nak menang sebab masa terlalu suntuk dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi.




Para hakim yang arif lagi bijaksana.






Bila dah sampai masa untuk menyampaikan syarahan. Cikgu Faiz ambik tema perpaduan memandangkan negara kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan. Tema-tema lain yang boleh disampaikan antaranya kasih sayang dan alam sekitar.




Selepas semua peserta selesai menyampaikan syarahan kena tunggu hakim membuat pemilihan untuk pemenang pulak. Masa ni la budak Iman ni sempat jugak terlena. Letih sangat sebab terpaksa menunggu sehingga acara selesai.






Macam-macam aksi tido ada yang menunjukkan betapa penatnya Iman pada hari tersebut. Huhu. Lama pulak hakim duduk berbincang tentang pemilihan para pemenang. Hakim pon pening nak pilih agaknya.






Sempat jugak la pergi selfie dekat toilet ni. Huhuhu. Ini sementara menunggu Iman yang masuk ke tandas la. Hahaha.




Alhamdulillah.. keputusan telah diumumkan dan semua murid menerima saguhati berupa goodie bag yang ada sijil penyertaan, pensel warna dan buku cerita. Cikgu dapat sijil je. Hihihi. Jadi la boleh buat koleksi kan. Oh ya, pemenang utamanya adalah peserta daripada SK Puchong Utama 2. Hihi. Jiran sekolah Cikgu Faiz tu. Takde pulak gambarnya. Pemenang utama bagi acara syarahan ini akan mewakili daerah Petaling Perdana untuk acara syarahan di peringkat negeri. Tahniah !!! Juga tahniah buat Iman Munirah kerana berjaya menghafal hampir keseluruhan syarahan tersebut. Cuma Iman cakap laju sangat masa tu kalau tidak mungkin ada jugak harapan nak menang. Hihi. Ada masa nanti Cikgu Faiz upload video Iman Munirah menyampaikan syarahan tersebut ye. Sekian.


Tonton PELANGI CINTA episod 3 >>> WATCH


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

10
Orang Memberi Komen

Cara Nak Padam 'History' di Google Chrome



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 07 September 2015


Tak tahu la tajuk dekat atas tu sesuai ke tidak. Cikgu Faiz pon tak pasti nak buat ayat macam mana. Hihi. Harap faham la ye. Cikgu Faiz ni bukan pakar sangat bab-bab macam ni. Rupa-rupanya ada jugak blogger yang mengalami masalah tak boleh nak upload gambar dekat entri. Bila upload je dia akan cakap BAD REQUEST. Hihi.




Oleh kerana Cikgu Faiz telah berjaya untuk mengatasi masalah di atas, makanya Cikgu Faiz nak berkongsi cara untuk settle kan masalah tersebut. Hihi. Poyo je kan.




Caranya mudah sahaja. Untuk pengguna google chrome, korang klik icon yang ditunjuk oleh anak panah dekat gambar atas tu. Lepas tu klik SETTING >> HISTORY >> CLEAR BROWSING DATA = SIAP !!! Ha... bila dah sudah tu korang try la upload gambar dekat blog ye. Macam tu je Cikgu Faiz buat hari tu terus clean and clear. Haha. Harap dapat membantu rakan-rakan yang lain jugak. So lepas ni tak perlu nak susah hati kalau tak boleh nak upload gambar lagi. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Dah Pulih



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 01 September 2015


Yeahhh.... dah berjaya !!!



Tara.... !!! Fuhhh.... jenuh tau nak pulihkan blog Cikgu Faiz ni. Hihihi. Kalau takde rakan blogger yang bagitau kena clear cache dekat setting chrome tu memang sampai ke sudah la blog ni takde entri bergambar. Hahaha. Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin akan masalah yang Cikgu Faiz hadapi sebelum ini. Terharu betul rasanya. Sobsob. Padahal benda kecik dan senang je pon dah macam masalah besar pulak jadinya. Huhuhu. Okey la, lepas ni Cikgu Faiz akan merajinkan diri untuk clear kan benda-benda yang tersimpan dalam setting tu. Sebelum ni mana nak tahu, jadi bila dah tahu ni kena la rajin praktikkan ilmu yang ada tu. Hihi. Ambik la jeruk epal tu untuk korang. Kongsi-kongsi la ye. Hihi.


Terima kasih sekali lagi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Masih Gagal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 01 September 2015


Huwaaa..... benci betul la sampai sekarang masih tak dapat nak upload gambar ni apa cerita blogspot oiii... Huhu. Nak follow mem follow pon tak boleh ni. Adoi... Macam mana nak buat ni ye? Pasal tak boleh upload gambar tu kan dulu Cikgu Faiz ada jugak dengar yang blogspot ni ada limit kalau nak upload gambar. Agak-agak mungkinkah kuota gambar dalam blog Cikgu Faiz ni dah penuh jadinya itu yang menyebabkan Cikgu Faiz gagal memuat naik sebarang gambar? Huhu. Menyampah betul la. Jadi apa nak buat ni? Blogwalking je la nampak gayanya. Buat spoil mood blogging je la. Sekian.


Tonton Drama Online Pelangi Cinta Episod 2. Dah kenapa pulak dengan Juliana Evans ni? >>> WATCH


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...