6
Orang Memberi Komen

Amy Hilmirda Giveaway 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 27 Disember 2015


KLIK BANNER UNTUK SERTAI


Tarikh tutup : 31 Disember 2015



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Susahnya Nak Padam Akaun Wechat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 26 Disember 2015




Dah lama sebenarnya Cikgu Faiz nak hapuskan akaun wechat ni. Tadi godek punya godek tak jumpa pulak perkataan 'deactived'. Lepas tu cuba google memang rumit betul cara-caranya. Cikgu Faiz dah 'disabled' link menerusi facebook dan nombor telefon. Email pon dah dihantar kepada team wechat tapi masih tiada balasan. Akhirnya, terus je uninstalled aplikasi wechat dekat telefon ni. Dah payah sangat kan. Hahaha. Jadi lepas ni Cikgu Faiz memang takkan guna wechat lagi. Yang ada cuma whatsapp. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Kalendar 2016 Ephyra



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 24 Disember 2015





Hari Selasa baru-baru ni Cikgu Faiz telah menerima hadiah daripada pengasas produk Ephyra. Siapa lagi kalau bukan dari Puan Amiza. Hihi. Masa tu Puan Amiza up status di facebook tentang 'benda' ni. Lepas tu tangan Cikgu Faiz ni gatal pergi komen 'nak'. Haha. Puan Amiza balas dan dia minta details untuk proses penghantaran 'benda' tu. Hihi. Nak tahu apa?





Inilah dia... Kalendar meja 2016 Ephyra. Kali ini warnanya lebih segar dan saiznya pon besar sedikit berbanding kalendar tahun 2015. Apa pun terima kasih kepada Puan Amiza yang bermurah hati nak bagi kalendar ni. Semoga produk Ephyra akan lebih dikenali satu Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz masih lagi menjual produk Ephyra ni. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh terus PM di facebook Cikgu Faiz atau terus whatsapp 0129771902.



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Hadiah Topeng Super Hero Dari Drypers



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 22 Disember 2015


Kepada ibu bapa di luar sana terutamanya yang selalu sangat beli pampers jenama Drypers untuk anak-anak, korang ada tak mendaftar di laman web Drypers? Tak rugi tau kalau daftar sebab dalam laman web tu ada macam-macam yang korang boleh tahu terutamanya berkaitan produk-produk yang dikeluarkan oleh Drypers. Cikgu Faiz pon baru je berjinak-jinak dengan laman web ni. Tiba-tiba dapat pulak email yang mengatakan Cikgu Faiz telah memenangi satu hadiah istimewa daripada Drypers. Hihi. Siapa tak suka kalau dapat hadiah kan.




Itulah hadiahnya. Topeng super hero. Hihihi. Excited jugak dapat topeng ni sebab cantik sangat. Kain tebal dan tahan lasak. Rasanya Cikgu Faiz dapat sebab 'terdaftar' kod pampers pada 15hb kalau tak silap. Sebabnya pihak drypers ada bagitau kalau kita daftar pada tarikh tu setiap bulan, diorang akan pilih pemenang bertuah untuk menerima hadiah istimewa. Wow! Best kan.




Mula-mula bagi abang Hakim rasmi dulu topeng super hero tu. Nak keluar beli barang pon dia bawak sekali topeng tu. Dah macam mask of zorro je Cikgu Faiz tengok. Hahaha. Sampai tertidur sekali dengan topeng.




Giliran Hannani pulak melaram dengan topeng super hero. Tak nak kalah jugak dengan abang dia tapi biasa la Hannani bukan boleh pakai lama benda-benda macam ni. Sedangkan ikat rambut pon tak sampai setengah jam dah dibukanya, inikan pulak topeng ni. Hahaha. Cikgu Faiz tak pasti sama ada hadiah ini masih ada atau tidak tapi korang boleh cuba mendaftar di laman web drypers di bawah ni.




P/S : Lain kali kalau beli pampers drypers jangan lupa daftar kod yang ada pada plastik pampers tu. Cara-caranya ada ditunjukkan di laman web drypers. Bila dah cukup point, korang boleh tebus barang-barang yang korang suka. Berbaloi jugak kan. Beli dan menang. Hihihi. Kadang-kadang diorang ada buat kuiz dekat laman web tu. Cikgu Faiz tau pon sebab dapat notification melalui email dari drypers. Kalau tak memang tak tahu jugak. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Precious Perfume By Rozita Che Wan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 21 Disember 2015


Dah lama Cikgu Faiz menanti akhirnya dapat jugak minyak wangi Rozita Che Wan ni. Berjanggut menunggu. Beberapa bulan jugak baru dapat. Cikgu Faiz tak salahkan seller sebab bukan salah dia pon. Tapi puas hati sebab dapat jugak akhirnya. Huhuhu. Berkat kesabaran. Kalau Cikgu Faiz ni tak sabar memang dan mintak pulangkan duit semula tapi sebab nak sangat minyak wangi popular ni kena la sabar sikit kan. Alhamdulillah berbaloi.




Baunya boleh tahan wangi jugak. Sayang nak guna. Tunggu buka sekolah nanti baru nak rasmi minyak wangi baru ni. Kihkih. Haritu tengok rancangan melodi katanya Sheila Rusly dan Rita Rudaini pon ada buat minyak wangi sendiri. Nanti boleh la try. Harap seller yang sama ada jual sebab Cikgu Faiz ni susah nak percaya dengan orang yang tak biasa ni. Kalau korang tau ada siapa-siapa yang jual minyak wangi terbaru tu boleh la roger Cikgu Faiz ye. Sekian.



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 21 Disember 2015


"Mini Giveaway - Saya Nak Topup"
klik banner - join
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog 
  • Buat entri bertajuk "MINI GIVEAWAY - SAYA NAK TOPUP"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 18.12.2015 - 25.12.2015
  • Giveaway tamat 25.12.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

10 Soalan Daripada Adik Karimah Zulkafali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 20 Disember 2015




Baru je Cikgu Faiz nak kembali aktif berblog tiba-tiba kena tag pulak. Menggelabah jugak nak menjawab 10 soalan cepumas dari blogger Karimah ni. Kihkihkih. Jemput baca ye semua.

v
v
v


Soalan 1 - Pendapat anda tentang blog saya | http://theonlygirl98.blogspot.my/

Jawapan : Masuk je blog Karimah ni, Cikgu Faiz tengok dekorasi blog sangat kemas, tak serabut dan cepat loading. Entri blog boleh diperbaiki dari masa ke semasa memandangkan Karimah pon baru nak aktif semula dalam blog kan.


Soalan 2 - Jenis bacaan yang anda minat untuk baca.

Jawapan : Cikgu Faiz suka membaca novel cinta, berita tentang isu-isu semasa dan tips-tips yang berguna di dalam kehidupan seharian kita.


Soalan 3 - Kenapa persahabatan lagi penting daripada percintaan?

Jawapan : Rasanya cinta cinta ni tak penting kot. Cikgu Faiz lagi suka bersahabat sebab masa tu kita bebas dan tak terikat dengan sesiapa. Takde siapa boleh halang kita nak berkawan dengan orang yang kita suka. 


Soalan 4 - Masyarakat sekarang kurang sifat malu dalam diri. Pendapat anda?

Jawapan : Betul sangat la tu. Kalau kita lihat berita-berita dan isu-isu semasa sekarang ni banyak betul gejala yang tak elok seperti perempuan pakai tudung tapi berpakaian seksi, perempuan hisap vape dan banyak lagi. Itu sekadar contoh sahaja ye. Hihihi.


Soalan 5 - Makanan menggembirakan. Tapi tak nak gemuk. 

Jawapan : Sarapan pagi sangat penting kalau kita tak nak gemuk. Hihi. Sebabnya, selepas makan sarapan kita boleh makan makanan yang ringan-ringan seperti salad dan buah-buahan. Kalau boleh elakkan makanan segera dan jajan. Itu cuma pendapat Cikgu Faiz je. Hihi. Cikgu Faiz pon kadang-kadang tak makan sarapan jugak :p


Soalan 6 - Tips untuk jadi blogger yang berjaya.

Jawapan : Salah satu tips nak jadi blogger yang berjaya ialah konsisten. Isi dalam blog pun memainkan peranan jugak. 


Soalan 7 - Apa azam 2016?

Jawapan : Ingin memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan menjadi insan yang lebih baik di mata masyarakat. Ingin kurangkan aura-aura negatif dalam diri dan sentiasa berfikiran positif.


Soalan 8 - Cita-cita dan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut.

Jawapan : Nak jadi seorang guru yang serba boleh. Untuk mencapainya Cikgu Faiz kena sentiasa meneroka dan banyakkan membaca untuk mendapat ilmu-ilmu yang baru.


Soalan 9 - Yang mana lebih suka? Hubungan jarak dekat atau jarak jauh?

Jawapan : Dah pastinya hubungan jarak dekat sebab sentiasa ada depan mata. Hahaha. Tapi kalau dah ditakdirkan PJJ tu kena la terima dan berusaha untuk mendekatkan hubungan jarak jauh tu. Cikgu Faiz pon dah merasa dah PJJ ni. Hihi. 


Soalan 10 - Blog paling awesome?

Jawapan : Blog Lyssa Faizureen yang paling ohsem setakat ni pada pendapat Cikgu Faiz la kan. Hihihi. 




Fuhhh.... siap jugak entri ni. Harap adik Karimah puas hati dengan jawapan-jawapan Cikgu Faiz ni. Memang mencabar betul soalan-soalan tu. Huhuhu. Apa pun terima kasih sebab sudi tag Cikgu Faiz ye. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Puas Hati Beli Barang Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 17 Disember 2015


Akhirnya barang-barang dari zalora telah selamat diterima. Punya la besar bungkusannya membuatkan Cikgu Faiz begitu teruja untuk melihat barang-barang tersebut. Hihi.




Barang pertama yang Cikgu Faiz pilih di zalora ialah beg laptop ni. Kebetulan memang tengah mencari beg laptop. Terjumpa pula beg ni. Huhu. Boleh tahan besar jugak. Harga RM88 selepas diskaun. Harga sebenar dah lupa pulak. Hihi.




Barang kedua pula beg balik kampung warna pink tu. Hihi. Masa tengok gambar Cikgu Faiz ingatkan beg ni kecik je macam handbag. Ingatkan boleh isi barang-barang Hannani bila pergi jalan-jalan tapi bila tengok semalam memang besar. Terus jadi beg balik kampung la. Hahaha. Setakat isi beberapa helai baju Cikgu Faiz anak beranak untuk dua tiga hari tu boleh la. Harganya RM89 selepas diskaun. Harga sebenar RM1++ jugak.


Keseluruhannya Cikgu Faiz berpuas hati dengan kedua-dua beg tersebut. Dah tak payah nak pikir pasal beg laptop dan beg balik kampung lagi. Kihkih. Yang penting ianya percuma je. Cikgu Faiz guna baucer dari zalora untuk kedua-dua barang tu. Hihi. Banyak dah jimat. Rezeki kan. Alhamdulillah. Terima kasih zalora. Ada rezeki nanti Cikgu Faiz shopping lagi ye. Proses penghantaran barang pon cepat. Beli sebelum jam 12.00 tengahari barang akan diposkan pada hari tu jugak. Esok terus dapat. Memang terbaik. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

'Renew' Lesen Kereta



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 15 Disember 2015


Semalam pergi renew lesen kereta di pejabat pos giant Senawang. Akhirnya dapat jugak merasa lesen terbaru ni. Hihi. Cikgu Faiz renew untuk dua tahun terus. Jumlah semua RM62.




Lesen terbaru ni baru nampak up to date sikit sebab rupanya macam kad ATM. Sebelum ni cuma kad biasa yang dilaminate tu. Abaikan je muka Cikgu Faiz yang keanak-anakan tu ye. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

Mini Giveaway by Myra & Ina



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Disember 2015




klik banner


Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 



Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot



 Shawl Hanis Zalikha 2x


Crispy choco jar 2x


Necklace 2x di flowery.dot


Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Pertama Kali Membeli-Belah Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Disember 2015


Buat pertama kalinya Cikgu Faiz shopping dekat laman web zalora. Kalau tengok harga boleh tahan jugak la. Kalau nak shopping seeloknya tunggu zalora buat sale. Masa tu mesti rambang mata dibuatnya.




Hasil shopping di zalora beberapa hari yang lalu. Hihihi. Ada dua barang yang Cikgu Faiz beli. Yang ni baru je sampai tadi. Tak sabar nak balik Bentong tengok rupa barang-barang tu. Berbaloi atau tidak dengan harganya? Nanti Cikgu Faiz update ye. Sekian.





Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Misteri Kehilangan Telefon Bimbit Kesayangan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 13 Disember 2015


Cikgu Faiz menghilang dan kini kembali lagi. Hilangnya Cikgu Faiz dari dunia blogging kerana ingin menumpukan perhatian kepada assignment yang banyak. Semester ni Cikgu Faiz ada 6 subjek. Setiap subjek pula rata-ratanya ada 2 tugasan. Alhamdulillah semua assignment Cikgu Faiz dah submit. Sekarang ni cuma tinggal forum je yang nak disiapkan, itu pon kalau masih belum expired lagi. Huhu.




Dalam tempoh masa Cikgu Faiz 'menghilang' tu banyak benda yang terjadi. Antaranya, handphone kesayangan Cikgu Faiz hilang !! Kalaulah masa boleh diputarkan kembali, Cikgu Faiz pasti akan lebih berhati-hati. Tapi bila difikirkan balik, mungkin bukan rezeki Cikgu Faiz lagi. Sedih bila mengenangkan handphone yang telah banyak berjasa hilang begitu sahaja. Huhu. Ceritanya macam ni....


Di suatu petang yang hening setelah semua murid-murid telah pulang, lebih kurang dalam pukul 12.30-1.00 petang (anggaran masa hilang), Cikgu Faiz pergi ke kelas sebelah untuk mengambil printer dan bawa ke kelas Cikgu Faiz. Masa tu Cikgu Faiz tak tutup pintu dan sorang-sorang je. Cikgu lagi sorang dah keluar. Mungkin silapnya sebab Cikgu Faiz tak tutup pintu. Biasa la masa nak ambik printer tu mesti la nak buka semua wayar sebelum dibawa ke kelas Cikgu Faiz. Lepas tu Cikgu Faiz guna komputer kelas sebelah sekejap nak copy beberapa tugasan untuk dicetak sebab printer tu tak boleh connect dengan PC kelas sebelah jadinya sebab itu la Cikgu Faiz terpaksa angkut ke kelas Cikgu Faiz pula. Tujuannya, Cikgu Faiz nak try connect dekat PC kelas Cikgu Faiz pulak. Alhamdulillah semua tugasan Cikgu Faiz pada petang tu siap. Lega sangat. Lepas tu baru la terfikir nak tengok handphone sebab Cikgu Faiz takde dengar pulak bunyi handphone tu. Selalunya ada jugak bunyi mesej kan. Masa tengah sibuk buat kerja tu Cikgu Faiz langsung tak terfikir nak tengok handphone tau. Huhu. Sadis. Cari punya cari tak jumpa. Kalau salah letak pon mesti jumpa dekat mana-mana kan tapi takde. Kawan Cikgu Faiz tolong buat miss called pon terus tak dapat. Dah sah memang ada orang yang ambik handphone tu tapi masalahnya Cikgu Faiz tak tahu nak syak sesiapa sebab masa tu memang tak dengar bunyi apa-apa pon. Memang pencuri tu licik betul sampai Cikgu Faiz tak perasan langsung ada yang masuk ke kelas masa tu.


Sehari jugak la Cikgu Faiz teringatkan handphone tu. Dah la gambar-gambar untuk assignment pon ada dalam tu. Terpaksa la ambik semula. Nasib baik Encik Suami sudi tolong. Masa handphone tu hilang dah la tengah awal bulan. Nasib baik ada kawan yang sudi bagi pinjam handphone lama dia. Lepas dapat gaji terus cari handphone baru tapi Cikgu Faiz nak yang lebih kurang sama dengan handphone yang hilang tu jugak. Huhu. Begitu kuatnya pengaruh handphone lama Cikgu Faiz tu. Model Lenovo K910 tu dah takde jual dah. Huhu. Sedih lagi. Beli jugak la satu. Ciri-ciri dan harga lebih kurang sama tapi handphone lama tu jugak yang paling best.


Entah siapa la yang ambik handphone Cikgu Faiz... Susah nak cakap sebab kehilangannya sangat misteri. Allah SWT je yang tau apa sebenarnya yang terjadi pada masa tragedi tu. Itu juga mungkin satu peringatan buat Cikgu Faiz supaya jangan leka dengan handphone je. Mungkin juga Allah nak uji. Apa-apa pun Cikgu Faiz jadikan ianya sebagai satu pengajaran supaya sentiasa berhati-hati walaupun berada di dalam kawasan sekolah ! Sekolah pon dah tak selamat rupanya. Jenayah ada di mana-mana. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Giveaway Disember 2015 Cash RM500



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 12 Disember 2015




Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 Disember 2015




HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..



Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Koleksi Tudung Labuh Online



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 10 Disember 2015


Pernahkah anda menghadapi masalah harus menunggu giliran yang lama ketika ingin menunaikan solat di surau-surau yang terdapat di stesen minyak atau di pusat membeli-belah? Lagi-lagi kalau masa tu orang memang tengah ramai dan telekung yang disediakan pula tidak mencukupi. Memang selalunya ramai di antara kita yang membawa telekung sendiri dari rumah, tetapi kadang kala ia berlaku dengan tidak dirancang dan kita tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan telekung yang sudah disediakan. Oleh itu, kadang kala dengan memakai tudung yang cukup labuh boleh menyelamatkan kita apabila menghadapi masalah seumpama ini di mana kita boleh terus menunaikan solat tanpa menggunakan telekung.




Bagi diri saya sendiri, saya meminati beberapa jenis koleksi tudung labuh online yang pada saya amat selesa dipakai dan direka dengan penutup bahagian bawah dagu. Ia menjadikan aurat saya tertutup dengan sempurna dan ini membolehkan saya untuk mengerjakan solat dengan baik dan khusyuk.




Kini, terdapat banyak koleksi tudung labuh yang boleh anda temui dalam pelbagai pilihan fabrik yang selesa dan corak yang menarik. Kepada anda yang ingin mencari koleksi tudung labuh yang berkualiti, anda boleh membuat pembelian di ZALORA dan temui kolaksi tudung labuh dari jenama Cloverush dan Cantik Storage.


Berita baik untuk mereka yang suka membeli-belah di dalam talian (on-line), Untuk setiap pembelian tudung yang berharga RM75 dan ke atas, anda layak menikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Selain itu, anda juga boleh membuat pulangan semula selama 30 hari selepas tarikh pembelian dan pembayaran secara cash on delivery juga tersedia di beberapa kawasan tertentu. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Sebelum dapat gaji ni boleh la cuci mata dulu sambil survey harga tudung labuh yang ada di ZALORA. Nanti boleh buat bajet siap-siap untuk bulan ni. In Sha Allah ZALORA tidak akan mengecewakan anda.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...