Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 20 Mac 2016



*sila tekan banner diatas untuk join*


Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10


Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016


Shopping Di Zalora | Woven Flat Sandal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Mac 2016


Khamis lepas, Cikgu Faiz ada order barang dekat zalora. Macam biasa la kan guna baucer yang dapat hari tu. Hihi. Mula-mula Cikgu Faiz nak beli blaus tapi bila masukkan kod baucer tu tak boleh. Pilih beg pulak. Pon sama tetap tak boleh nak bayar. Cikgu Faiz cuba barang mekap pulak. Pon sama tak boleh jugak. Huhu. Penat memilih barang akhirnya Cikgu Faiz pilih sandal pulak. Kali ni kalau tak boleh jugak Cikgu Faiz pasrah je la. Huhu. Alhamdulillah berjaya jugak submit kod tu. Hihi. Kalau ikutkan semalam (Jumaat) dah dapat barang tapi ninja van telefon bagitau boleh hantar hari Sabtu (hari ni la). Cikgu Faiz memang tak sabar nak tengok rupa sandal zalora tu. Huehuehue.



Yeay dah sampai !! Walaupun agak lambat dari waktu yang dijanjikan semalam, Cikgu Faiz dah tak kisah sebab barang dah ada di depan mata. Hihihi.




Excited giler sebab ini pertama kali Cikgu Faiz beli kasut secara online. Huhu.




Inilah rupa sandal zalora. Boleh tahan jugak tapi sayang seribu kali sayang, ianya besar dan longgar bila kaki Cikgu Faiz pakai sandal ni. Hahaha. Dekat tepi tu boleh adjust talinya tapi tetap longgar. Eheh. Kecik jugak kakiku ini rupanya. Sandal ni saiz 6 sebab biasanya kalau beli kasut memang saiz 6 je boleh muat. Mungkin Cikgu Faiz patut pilih saiz 5 kan. Tapi takpe, mungkin takde rezeki nak pakai sandal zalora ni. Lain kali boleh try beli saiz 5 pulak tengok muat tak. Hahaha. Nak tukar pon tak boleh sebab Cikgu Faiz beli guna baucer je. Hihi. Takpe, tunggu rezeki lain pulak lepas ni. Apa pun terima kasih zalora. Lepas ni jangan la segan segan nak bagi baucer lagi ye. Hihi. 


Oh ya, harga sandal ni RM79. Selain warna hitam ada jugak warna putih. Cikgu Faiz rasa warna putih lagi cantik tapi entah kenapa tangan Cikgu Faiz ni gatal gatal pergi pilih warna hitam. Sebelum ni pon Cikgu Faiz pernah beli barang di zalora ni. Servis memang bagus dan Cikgu Faiz berpuas hati dengan barang-barang yang dibeli. Sekian.




Yang menaip,

2nd Mini Giveaway by Tashira



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Mac 2016



KLIK BANNER


> TARIKH TAMAT : 20 MAC 2016<


Yang menaip,

Aiskrim Koko Tok Aba Boboiboy



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 18 Mac 2016


Musim panas ni memang syok kalau pekena makanan sejuk lebih lebih lagi aiskrim viral. Apa itu aiskrim viral? Ala, aiskrim Malaysia zaman dulu dulu tu. Zaman Cikgu Faiz kecik kecik dulu dah wujud aiskrim viral ni. Mak Cikgu Faiz pon pernah jual dulu rm0.10 je. Hihihi. Sekarang ni RM1 dah kot. Iyelah, sekarang ni aiskrim viral dan ada macam-macam versi. Yang terbaru ni aiskrim sumi dan choki choki. Cikgu Faiz ni tunggu masa je nak buat 2 aiskrim tu. Hihihi. 




Oleh kerana dah tak tertahan sangat dek penangan aiskrim sumi dan choki choki tu maka ini ajelah yang Cikgu Faiz sempat buat. Aiskrim asam boi yang pastinya akan membuatkan mata korang terpejam-pejam ketika memakannya sebab masam. Hahaha.





Terbaru, Cikgu Faiz buat aiskrim Boboiboy. Cikgu Faiz guna serbuk koko 3 in 1 ni je kebetulan ada lagi tak habis-habis jadinya buat aiskrim la sedap sikit sejuk. Serbuk koko Tok Aba ni Cikgu Faiz jumpa dekat Giant ke Tesco dah tak ingat.





Dan inilah hasilnya aiskrim Boboiboy. Jadilah buat makan di rumah bersama suami dan anak-anak kan. Tapi tak boleh makan selalu nanti batuk pula. Hihihi. Sekian.



Yang menaip

Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Boboiboy The Movie



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 16 Mac 2016


Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan Cikgu Faiz dan Encik Suami kali ke 7 pada 14 Mac yang lepas, Cikgu Faiz mengajak Encik Suami menonton Boboiboy The Movie di IOI Mall Puchong. Kebetulan memang tengah free waktu tu jadi terus ajak Encik Suami dan anak-anak menonton bersama. Kali ni Cikgu Faiz yang sponsor. Hihi.




Mulanya kami nak beli tiket pukul 2.10 petang tapi seat dah tak banyak yang tinggal dan kesuntukan masa kerana terpaksa beratur panjang. Hmmm.... waktu bekerja pon ramai orang ye. Huhu. Ingatkan lengang tak ramai orang. Akhirnya kami beli tiket pada jam 3.50 petang jadi ada la masa untuk makan makan dulu.




Siap je makan, saje je la nak jalan-jalan sementara menunggu waktu tayangan. Lalu depan permainan kuda pusing, Hannani sibuk nak naik pulak. Singgah la pulak ke situ dulu. Huhu, Abang Hakim tak nak naik sebab dah tak sabar nak tengok cerita Boboiboy dia.




Hannani ditemani abahnya. Nak pulak naik kuda tu. Hari tu tak nak naik cuma duduk dekat kerusi je. Hmm... dengan abah tak takut kot. Aritu dengan bonda tu yang tak nak naik agaknya. Haha. Sampai masa waktu tayangan cerita Boboiboy Hannani tido la pulak. Lebih kurang setengah jam lepas tu baru dia bangun. Huhu. Nasib baik la diam je dia. Risau jugak kalau meragam nak susu. Abang Hakim bukan main kusyuk lagi tengok siap tergelak-gelak. Memang banyak unsur-unsur kelakar dalam cerita Boboiboy The Movie ni. Orang tua pon boleh tergelak sama tau. Haha.


Okey, ini serba sedikit sinopsis  Boboiboy The Movie.




Sekumpulan alien jahat yang menggelarkan diri mereka "The Tengkotak" datang ke bumi untuk menculik Ochobot. Tujuan mereka menculik Ochobot adalah sebagai petunjuk untuk mencari kekuatan asal dari Ochobot iaitu sebuah sfera kuasa. Boboiboy dan kawan-kawannya termasuk Adudu dan Probe harus berusaha membebaskan Ochobot seterusnya menghalang Tengkotak mendapatkan sfera kuasa tersebut. 


Antara watak-watak dalam Boboiboy The Movie :

Boboiboy
Ying
Yaya
Gopal
Fang
Ochobot
Klamkabot
Bora Ra
Gaga Naz
Yoyo Oo
Kiki Ta
Cici Ko
Papa Zola
Adudu
Probe
Tok Aba


Dari mula sampai tamat memang kelakar. Yang paling kelakar part last sekali bila Cici Ko tu mengaku bahawa rupa-rupanya dia adalah perisik yang menyamar sebagai budak suruhan kepada Tengkotak. Huhuhu. Sekian.


Yang menaip,

Cuti Sekolah Berkampung Di UPSI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 15 Mac 2016


Alhamdulillah semester baru PJJ Cikgu Faiz sudah pon bermula. Sabtu lepas bermulalah kelas yang pertama untuk semester 9 ini. Anak-anak macam biasa akan tinggal di Bentong dan Cikgu Faiz akan bertolak dari Bentong untuk ke UPSI. Kali ini Encik Suami jadi driver merangkap bodyguard Cikgu Faiz. Hihihi. Untuk semester kali ini ada 6 subjek iaitu :

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Kesihatan, Keselamatan dan Nutrisi
Psikomotor dan Pergerakan Kanak-Kanak
Mathematics For Young Children
Prinsip Pengajaran Penulisan




Cakkk ! Sebelum pukul 2 petang Cikgu Faiz dah tercongok dalam kelas. Kelas bermula pada pukul 2 petang. Masa ni baru ada 3 orang termasuk Cikgu Faiz. Huhu. Tapi tak ramai lagi best sebenarnya sebab senang sikit nak fokus. Hihihi. Kelas pada hari tersebut merupakan subjek Prinsip Pengajaran Penulisan.




Sebelum masuk kelas sempat jugak beli Pirate Coffee dekat Tanjung Malim ni buat ubat mengantuk. Hihi. Cikgu Faiz memilih vanilla coklat tapi macam kurang sejuk sangat sebab ais tak banyak macam selalu beli dekat Puchong tu. Hihi. Padahal bagus la tak banyak ais kan. Huhu. Saiz besar ni RM6.




Kelas telah bermula. Ada lebih kurang 17 orang je hari tu. Bincang-bincang sekejap pasal assignment dan forum lepas tu dah boleh balik. Hihi. Sempoi sangat kelas yang penting dah tahu apa nak buat dengan assignment. Syukur subjek ni ada satu je tugasan dan yang selebihnya kena jawab forum. Itu pon kalau nak markah lebih. Kalau tak nak markah tak payah jawab la. Hahaha. Cikgu Faiz nekad semester ni nak pulun jawab forum sebab semester yang lepas-lepas banyak tak jawab rasa rugi sangat. Huhu. Nak buat macam mana kalau dah tak nak dengar nasihat kan dah rugi. Huhu. Nasib baik la pensyarah ni okey sangat sangat siap bagi subtopik untuk masuk dalam assignment kitorang. Terharu sangat tau. Huhu. Rasa lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan PJJ ni sampai habis. Dulu, Cikgu Faiz pernah putus asa dan rasa nak berhenti je dengan PJJ ni. Sebab apa? Nanti la Cikgu Faiz cerita ye. Dah panjang sangat ni. Okey, jumpa lagi di lain entri. Sekian.



Yang menaip,

Review Drama Korea | ONLY YOU



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Mac 2016


Baru-baru ini Cikgu Faiz telah tamat menonton satu lagi drama korea. Dah lama giler kot Cikgu Faiz beli VCD ni tapi baru tahun ni dapat menonton sehingga tamat. Haha. Sebabnya masa mula-mula tengok tu rasa macam tak best langsung cerita ni tapi bila dah masuk VCD kedua dan seterusnya mula la rasa ingin tahu apa kesudahan cerita ni. Hihi. Jadi, mari baca sinopsis cerita ini mana la tahu boleh dijadikan koleksi drama korea kesukaan korang kan. 
 
 


Drama korea ONLY YOU dibarisi pelakon-pelakon utama seperti Jo Hyun Jae sebagai Han E-Joon, Han Chae Young sebagai Cha Eun Jae, Lee Cheon Hee sebagai Jung Hyun Sung dan Hong Soo Hyun sebagai Ji Soo Hyun.




Segalanya bermula apabila Cha Eun Jae yang terlalu minat memasak pergi ke Itali untuk mencari seorang wanita untuk mempelajari satu resepi spegeti. Pada masa yang sama dia bertemu dengan seorang lelaki sombong iaitu Han E Joon yang turut mencari wanita tersebut. Dengan tak disangka-sangka mereka berdua terlanjur di Itali. Selepas kejadian itu, datang seorang lelaki (Jung Hyun Sung) yang mendakwa dirinya adalah teman lelaki Cha Eun Jae. Han E Joon kecewa setelah mendengar pengakuan lelaki itu dan dia akhirnya pulang ke korea.


Selepas enam tahun, Cha Eun Jae bertemu kembali dengan Han E Joon. Han E Joon sememangnya telah lama mencari Cha Eun Jae kerana teringatkan spegeti mentega bersos cili yang pernah dimasak oleh Cha Eun Jae enam tahun yang lalu. Demi untuk menyelamatkan restorannya daripada ditutup, Han E Joon telah mengupah Cha Eun Jae untuk menjadi tukang masak makanan barat di restorannya. Oleh kerana terdesak dan demi merealisasikan cita-citanya, Cha Eun Jae akhirnya bersetuju untuk menjadi tukang masak di restoran Italian N1.


Satu rahsia besar yang tidak diketahui oleh Han E Joon ialah dia sebenarnya mempunyai seorang anak hasil hubungannya bersama Cha Eun Jae enam tahun yang lalu. Hubungan di antara Han E Joon dan Cha Eun Jae semakin rapat dan ini membuatkan Jung Hyun Sung berasa cemburu kerana dia telah lama menyukai Cha Eun Jae. Hubungan di antara Cha Eun Jae dan Han E Joon telah mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga Han E Joon dan kemudian berlakunya konflik di antara mereka.


Ji Soo Hyun yang telah lama menyukai Han E Joon telah mengambil kesempatan ini dengan menawarkan diri untuk berkahwin dengan Han E Joon bagi menutup spekulasi media tentang hubungannya dengan Cha Eun Jae. Pelbagai cara dilakukan oleh Ji Soo Hyun untuk merenggangkan hubungan Han E Joon dan Cha Eun Jae (jahat giler kot Soo Hyun masa ni). Tentangan demi tentangan akhirnya Han E Joon dan Cha Eun Jae bersama anak mereka akhirnya bersatu dan hidup bahagia.




Macam yang Cikgu Faiz bagitau tadi, episod pertama memang agak membosankan. Tapi bila dah masuk episod yang kedua dan seterusnya mula nampak jalan cerita dan rasa nak tengok sampai habis. Hahaha. Apa pun, pengajaran daripada cerita ini ialah walaupun kita tak belajar tinggi sampai masuk universiti tidak bermakna kita tidak boleh berjaya. Kalau lihat pada watak Cha Eun Jae ni dia memang bercita-cita untuk menjadi tukang masak makanan barat yang terkenal dan sanggup bermula daripada menjadi tukang masak di restoran kecil dan menjadi tukang cuci pinggan sebelum dilamar untuk menjadi tukang masak di restoran terkenal.


Dalam drama ni kalau ada adegan yang tak elok tu jangan pulak kita ikut. Ambik yang baik-baik je. Hihi. Apa pun drama ni memang best dan sesuai sangat dengan mereka yang sangat cintakan dunia masakan. Sekian.




Yang menaip,

GIVEAWAY by RosNordin



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Mac 2016



KLIK BANNER


Yang menaip,

Fenomena Air Kopi Pelbagai Perisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 08 Mac 2016


Sekarang ni cuaca panas betul pada waktu siang. Kebetulan pulak sekarang ini ramai peniaga yang mula berniaga air kopi pelbagai perisa. Dengan lambakan ais yang banyak. Fuhhh.... nikmatnya tak terkata kalau dapat minum untuk menghilangkan dahaga. Kalau dekat Puchong ni memang banyak booth yang jual air ni. Dah macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nama pon ada macam macam versi. Hihi.




Ini salah satu air kopi yang Cikgu Faiz pernah cuba. Tapi rupa macam air coklat. Cikgu Faiz pon dah lupa. Haha. Booth berdekatan dengan Aeon Big Puchong Utama. Rasanya inilah saiz yang paling besar Cikgu Faiz pernah beli. Harga RM5.





Ini pulak air perisa vanila coklat. Yang ni murah sikit RM4.50 je sebab saiznya kecil sedikit berbanding di atas. Air ni beli dekat Puchong Perdana kalau tak silap. Dah lupa sebab lama sangat gambar-gambar air ni tersimpan dalam handphone. Huhu. Selain tu Cikgu Faiz ada juga beli di tempat lain tapi tak sempat nak ambik gambar.


Air macam ni kalau sekali sekala boleh la minum sebabnya anak-anak memang suka dengan air berais macam ni terutamanya Hannani. Nak nak bila batuk jangan harap Cikgu Faiz nak beli walaupun Encik Suami sibuk mintak belanja air ni. Huhu. Hannani tu bila dapat sedut je tak nak berhenti siap berebut dengan abah dia. Hihi. Apa pun minuman berais memang tidak elok untuk kesihatan. Jangan minum selalu ye. Sekian.


Yang menaip,

Hadiah Mega Giveaway Inspirasi 2016 By Cik Akak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 05 Mac 2016


Semalam Cikgu Faiz menerima satu hadiah kemenangan giveaway yang telah dianjurkan oleh blogger Cik Akak. Memang suka sangat sebab hadiah yang Cikgu Faiz dapat tu memang kena dengan minat Cikgu Faiz ni. Hihi. Kebetulan kan. Rasanya ramai jugak yang join giveaway tu sebab banyak hadiah yang ditawarkan. Tanpa membuang masa jom tengok hadiah yang Cikgu Faiz menang tu.



Semalam masa nak punch card lepas sekolah kebetulan abang poslaju pon baru sampai di pejabat. Hihi. Tengok ada banyak jugak parcel dalam hati berkata mesti Cikgu Faiz punya pon ada. Hihi.




Taraaa...! Inilah hadiahnya. Sebuah novel yang telah ditaja oleh blogger Suria Amanda. Excited giler sampai tak sempat nak sampai rumah terus buka sementara menunggu Encik Suami datang menjemput Cikgu Faiz. Hihihi.



Terima kasih tak terhingga kepada sis Suria Amanda di atas hadiah ini dan tak lupa juga berbanyak terima kasih kepada blogger Cik Akak kerana berjaya menganjurkan giveaway yang gempak gitu. In Sha Allah lain kali kalau Cik Akak buat GA, Cikgu Faiz akan join lagi sebagai tanda sokongan dan untuk memeriahkan lagi dunia blogging di alam maya ni. Terima kasih sekali lagi. Semoga murah rezeki anda berdua hendaknya. Amin.


Yang menaip,

Makan Buah, Sayur Elak Perut Buncit




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 04 Mac 2016


Mendapatkan perut yang kempis bukan hanya bergantung kepada aktiviti senaman sahaja, malah pengambilan diet yang seimbang secara konsisten setiap hari juga boleh membantu. Justeru, lebihkan makanan yang diketahui mempunyai khasiat yang banyak dalam sayuran dan buah berbanding hidangan yang tinggi lemak serta berminyak.


Ubah kegemaran mengambil snek yang tidak sihat dengan buah yang pastinya memberi manfaat kepada individu yang mahu mendapatkan perut menarik terutamanya bagi melancarkan proses pencernaan. Terdapat beberapa jenis buah yang boleh diamalkan bagi membantu mengurangkan masalah perut buncit. Panduan yang dikongsi ini mungkin dapat membantu memberi idea menarik untuk menjadikan amalan sihat dengan menikmati buah sebagai snek harian.




  • Tembikai


Buah yang kaya dengan air ini akan membuatkan kita kerap membuang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh yang menyebabkan perut kembung.







  • Pisang


Pisang yang kaya dengan kalium dan potasium boleh membantu mencegah pembentukan gas di dalam perut di samping boleh mengeluarkan angin. Pisang juga membantu membuatkan perut menjadi kenyang sehingga mampu mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.







  • Avokado


Avokado kaya dengan kandungan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan iaitu membantu memecahkan lemak dan memindahkan makanan daripada perut ke usus, sekali gus mencegah angin dalam perut.







  • Nanas


Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuatkan perut tampak kempis. Nanas juga membantu membersihkan usus daripada lemak yang berkumpul dan sisa lain ketika proses pencernaan.







  • Betik


Proses pencernaan yang lancar memberi manfaat kepada badan khususnya perut kerana ia membantu bahagian berkenaan tidak buncit. Justeru, sekiranya mengamalkan makan buah betik setiap hari, ia dapat mengelakkan gangguan sistem pencernaan.


Sumber :: Harian Metro > 25 Februari 2016
Gambar ihsan Google


Yang menaip,
Cikgu Faiz     

Hannani Dah Tak Takut Pergi Gunting Rambut



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 03 Mac 2016


Minggu lepas Cikgu Faiz balik ke rumah mertua di Senawang. Bila balik je Senawang terus terfikir nak bawak Hannani pergi gunting rambut di Mydin Seremban 2. Rambut Hannani sebelum tu dah panjang sampai menutup mata. Bila dah panjang sangat dia terpaksa mendongak bila nak tengok sesuatu sebab tak berapa jelas. Huhuhu. Oleh sebab Hannani tak berapa suka nak ikat rambut jadinya kena la jugak potong supaya pendek.




Inilah rupa Hannani bila dia telah bersedia untuk menggunting rambut. Panjang kan rambut dia. Yang peliknya, Hannani tak agresif macam dulu-dulu dia kena gunting rambut. Mungkin sebab dah besar jadi dia faham. Huhu. Mata asyik memandang cermin di hadapan. Mungkin pelik juga tengok tukang gunting rambut tu nak buat apa. Haha. Jadi, proses menggunting rambut Hannani tidak sesukar sebelum ini. Cuma bila dah nak siap tu mula la rasa bosan dan Cikgu Faiz telah bersiap sedia dengan video lagu kanak-kanak di tangan. Haha. Barulah diam sampai selesai.


Gunting rambut Hannani ni je dah RM15. Alang-alang tu abang Hakim pon gunting sekali pon RM15 jugak tapi takde gambar sebab masa tu Cikgu Faiz tengah sibuk beli tudung aidijuma di sebelah kedai gunting rambut tu. Hahaha. Al maklum la dah lama tak membeli tudung AJ kan. Huuu.... Sekian.


Yang menaip,

Serlahkan Auramu Dengan Jam Tangan DKNY



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 01 Mac 2016



Siapa dekat sini yang suka pakai jam tangan? Rasanya mesti ramai yang suka menyimpan koleksi jam tangan yang terkini dan trendy untuk digayakan di luar atau di majlis-majlis tertentu. Cikgu Faiz pon suka pakai jam tangan. Selain untuk melihat masa supaya tidak terlewat ke mana-mana, jam tangan juga memainkan peranan penting di mana ianya dapat membuatkan penampilan seseorang itu kelihatan lebih menarik. Bila pakai jam tangan Cikgu Faiz rasa lebih yakin untuk melangkah ke hadapan. Rasa janggal bila tiba-tiba tak pakai jam tangan. Biasa la kadang-kadang terlupa sebab nak cepat. Hihihi. 

Dalam dunia fesyen, aksesori adalah antara fashion item yang paling penting. Aksesori yang bersesuaian juga mampu menyerlahkan persalinan seseorang agar tampil lebih menonjol. Wow! Menarik bukan. Kalau korang suka mengikuti perkembangan aksesori fesyen terkini mesti tau la kan model-model jam tangan yang terbaru masa kini. 

Jam tangan adalah antara aksesori fesyen yang sering menjadi pilihan dalam kalangan wanita. Mengapa? Jawapannya cukup mudah. Ini kerana, berbanding jenis-jenis aksesori yang lain, jam amat mudah untuk digayakan. Ia hanya perlu dipakai di pergelangan tangan dan tidak sampai lima saat pun ianya sudah sedia tersarung di tangan korang! Selain daripada itu aksesori wanita terkini yang popular ini juga mampu memberikan perubahan yang cukup besar ke atas penampilan dan persalinan korang juga tau. 

Wanita cukup suka menggayakan jam tangan terkini terutamanya ketika berada di luar kerana selain dapat membuatkan mereka kelihatan bergaya, jam tangan terbaru wanita juga memberikan sentuhan elemen yang lebih lembut ataupun feminin ke atas penampilan mereka.





Kalau korang suka menggayakan aksesori wanita paling popular ini, korang juga pasti akan suka dengan jenama DKNY. Donna Karan New York atau turut dikenali sebagai DKNY adalah sebuah jenama antarabangsa yang terkenal dalam dunia fesyen. Ia telah mencetus fenomena sejak tahun 1984 dengan koleksi jam tangannya. Fuhh… masa ni Cikgu Faiz pon belum lahir lagi tau. Punya la lama jenama DKNY ni bertapak di dunia fesyen. 





DKNY adalah jenama tersohor yang menawarkan koleksi jam tangan wanita untuk golongan wanita yang menggemari gaya fesyen urban. 





Kalau korang nak tahu, koleksi jam tangan DKNY terkini menjadi pilihan ramai wanita muda di luar sana kerana koleksi jam tangan terbaru DKNY hadir dengan rekaan yang moden, segar dan sangat stylish! Ini memberikan peluang untuk korang tampil penuh bergaya dengan aksesori piilihan korang sepanjang masa!


Yang menaip,