2
Orang Memberi Komen

Siapa Boleh Selesaikan Masalah CF Ni?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 16 Ogos 2016


Semoga semua sihat hendaknya. Cikgu Faiz ada satu kemusykilan yang ingin ditanyakan kepada pembaca-pembaca sekalian. Kenapa ye Cikgu Faiz nak boleh nak follow blog lain? Bila klik butang FOLLOW tu dia akan keluar seperti di bawah.





Adoi... Stress la Cikgu Faiz macam ni. Baru nak aktif balik dah tak boleh nak follow pulak. Apa masalahnya eh? Kot kot ada yang pernah mengalami situasi yang sama macam ni. Minta maaf kepada mereka yang dah follow blog Cikgu Faiz ni. Buat masa sekarang Cikgu Faiz masih tak dapat nak follow anda semua. Apa pun, teruskan menyokong blog ini ye. Hihihi. Ampun maaf dipinta. Sekian.


Yang melaporkan,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Kunjungan Dari JPAM Dan Tetamu Istimewa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 Ogos 2016


Salam bulan kemerdekaan untuk semua. Okey la. Kali ni Cikgu Faiz nak cerita satu aktiviti di prasekolah sehari sebelum Lawatan Sambil Belajar ke Sunway Wild Life. Aktiviti ni memang gempak giler. Nak kata aktiviti tu tak sangat la tapi ianya lebih kepada pemerhatian. Sesuai untuk mata pelajaran sains. Dah bersedia nak tengok sampai habis? Jom...

v

v

v

v

v



Inilah dia tetamu yang datang ke prasekolah pada 02 Ogos 2016 bersamaan dengan hari Selasa. Dua ekor ular sawa dari JPAM.





Anak ular sawa. Tengok mulut dia dah kena salotape.




Abang-abang JPAM memberi peluang kepada murid-murid untuk menyentuh ular sawa. Cikgu Faiz memang tak sanggup la. Yang ni pon mulut dah kena salotape.





Masa ekor ular sawa ni cecah je lantai, apa lagi menjerit-jerit budak-budak ni. Kecoh sekejap dibuatnya. Cikgu pon takut sebenarnya. Huhu.





Masa ni murid-murid dah beranjak ke belakang. Takut punya pasal. Dua orang dekat tepi tu steady je.





Ada jugak la yang berani nak pegang ular sawa tu. Nasib baik abang JPAM tu pandai mengawal keadaan. Hihihi.





Siap berposing lagi dengan ular. Cikgu hanya mampu merakamkan gambar. Nak selfie pon tak berani dah.





Sebenarnya kedatangan abang JPAM bersama ular-ular ini adalah bersempena dengan Minggu Pendidikan Khas. Oleh kerana murid-murid prasekolah ni tidak bersama menyaksikannya di Dewan Terbuka, makanya penyelaras program membawa tetamu ini berkunjung ke prasekolah. Okey la, lepas ni Cikgu Faiz nak delete gambar-gambar ini di laptop dan handphone. Seram.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

19
Orang Memberi Komen

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 14 Ogos 2016




KLIK BANNER


Hadiah-Hadiah Giveaway:


Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10


Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Lawatan Sambil Belajar 2016 | Sunway Wild Life, Sunway Lagoon.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 14 Ogos 2016


Minggu lepas pada hari Rabu bersamaan dengan 03 Ogos 2016 telah diadakan lawatan sambil belajar bersama murid-murid Prasekolah sesi 2016. Pada tahun ini, Cikgu Faiz dan rakan telah memilih Sunway Wild Life sebagai destinasi untuk berjalan-jalan bersama anak murid. Beberapa hari sebelum lawatan murid-murid Cikgu Faiz ni asyik tanya, "cikgu, esok ke pergi lawatan?" , "cikgu, bila kita nak pergi lawatan?". Hai la budak-budak.... Tak sabar betul ye. Kemain excited nak berjalan kan. Huhu.



Tengok la tu. Suka sangat nampaknya murid-murid ni. Bukan apa. Diorang ni sebenarnya teruja nak naik bas. Hihihi. Seawal jam 7.00 pagi dah ada yang tunggu cikgu di sekolah.



Sebelum jam 8.30 pagi, bas pon sampai.



Suasana di dalam bas. Nampak je macam biasa tapi dalam hati tu dah melompat-lompat keriangan.







Sebelum jam 10.00 pagi dah sampai. Takde la jauh sangat dari Puchong nak ke Sunway ni. Oleh kerana tempat ini masih belum dibuka, jadinya kami semua berehat dulu dan makan-makan apa yang patut. Sambil tu apa lagi.... Ambik gambar la kan. Hihi.



Eh eh... tiga orang budak yang dekat depan tu bukan anak murid Cikgu Faiz ye. Mereka pon tengah tunggu nak masuk tu.




Cikgu Faiz kalau tak selfie memang tak sah. Oh ya, Sunway Wild Life ni ada dalam Sunway Lagoon tapi yang rombongan kami pergi ni cuma melawat haiwan-haiwan sahaja ye.




Selfie lagi. Lama betul nak tunggu. Semua dah tak sabar nak berjumpa dengan haiwan-haiwan liar termasuklah cikgu. Huhu.








Yeah.... akhirnya masa yang ditunggu tiba juga. Sebelum masuk, kami dipersembahkan dengan persembahan selamat datang oleh penari-penari daripada staff di sini. Takde gambar la pulak.




Bergambar dengan maskot dan penari-penari tadi. Pejam mata je la tengok pakaian dia. Huhuhu.




Ini antara haiwan-haiwan yang ada di sini. 





Tak baik tau membelakangkan tetamu. Ramai peminat ni ha...






Selfie dulu sementara murid-murid melihat haiwan-haiwan. Oh ya, rombongan kami ini diiringi oleh seorang staff yang bernama Nadia. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa rombongan kami terutamanya murid-murid melihat satu persatu haiwan-haiwan yang ada. Kiranya cikgu cuma jadi pemantau sahaja la sebab Nadia ni akan memberi penerangan tentang haiwan yang dilihat. Bagus kan.



Nak tahu tak kenapa burung flamingo ni ada yang berwarna merah jambu? Sebabnya burung flamingo ni suka makan ikan sebab itulah warnanya boleh jadi merah jambu sikit. Cikgu Faiz pon baru tau. Hihihi.



Bergambar dengan maskot lagi. Tadi warna pink, yang ni warna biru pulak. Sekali lagi pejam mata. Huhu.




Berehat sebentar.



Tahu tak burung kakak tua yang bulunya berwarna terang dan cantik itu adalah burung jantan? Manakala burung yang berwarna kurang menarik itu adalah burung betina. Hihi. Cikgu Faiz baru je tau. Macam tu rupanya dunia burung ye.



Selfie sebentar bersama lenovo.





Melawat kandang arnab pula. Laju je arnab-arnab ni makan.






Tahukah anda lagi bahawa tikus adalah sama spesis dengan arnab? (sorry, tiada gambar tikus). Cumanya, arnab boleh dimakan dan tikus tidak boleh dimakan oleh manusia.



Muka tak penat langsung.




Aktiviti ala-ala 'Longkang Fishing' macam yang ada di Farm In The City Seri Kembangan tu. Murid-murid menangkap ikan.




Tangkap jangan tak tangkap ye. Hahaha. Bersemangat sungguh cikgu tengok. Hihihi.




Semua dah tak peduli bila cikgunya selfie sebab sibuk sangat menangkap ikan.




Banyak ke dapat ikan tu? Hihihi.








Penat tangkap ikan. Kita naik tram la pulak ye. Cuci cuci mata melihat keindahan alam semulajadi di sini (yang seksi pon ada. huhuhu).




Muka penat nampak gayanya tapi seronok sangat.



Kasi can dekat cikgu nak selfie pulak la. Rasa nak terjun je. Jernih betul air kolam ni.








Okey... Sebelum balik, kak Nadia bawa murid-murid ni bermain di Merry Go Land. Jadi la dapat main kuda pusing kan. Semua happy.




Berehat sebentar sebelum keluar. Ada yang nak ke tandas.







Penat berjalan. Masa untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Destinasi terakhir sebelum pulang adalah KFC ! Akhirnya tamat sudah sesi lawatan sambil belajar kali ni. Ada banyak lagi haiwan yang Cikgu Faiz tak dapat nak ambil gambarnya. Murid-murid juga berpeluang untuk menyentuh ular dan iguana. Yang baca entri ni pon mesti penat kan sebab banyak gambar. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...