Resepi | Agar-Agar Milo Oreo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 17 September 2017


Petang semalam Cikgu Faiz cuba buat agar-agar lagi. Kali ni agar-agar milo oreo. Tengok resepi dekat facebook dan gambarnya memang nampak sedap sangat. Lepas tu mula la terbayang kalau la dapat makan sejuk-sejuk di hari yang panas ni mesti sedap. Huhu. Oleh sebab takut terlupa akan resepi ni Cikgu Faiz simpan di blog la senang. Hihi.




RESEPI AGAR-AGAR MILO OREO


Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali
4 mangkuk air
2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 cawan milo
Biskut oreo yang dibuang inti di tengahnya


Cara memasak

Didihkan air bersama agar-agar tali. Kacau sampai agar-agar tu larut. Bila dah hampir larut, masukkan gula. Kacau lagi. Kemudian, masukkan susu sejat. Kacau sehingga agar-agar dan gula betul-betul larut dan mendidih. Sambil-sambil tu boleh la patah-patahkan biskut oreo.


Bila dah mendidih, tutup api. Bahagikan bahan-bahan yang dimasak tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian tu masukkan milo dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Kemudian bahagikan (yang ada milo) kepada 2 bahagian. Tuang lapisan pertama yang ada milo tu dalam loyang. Tunggu agar-agar sejuk dan keras sedikit. Sementera tu korang kena pastikan baki agar-agar yang dimasak tu tidak keras ye. Lapisan kedua, tuang agar-agar bersusu. Tunggu lapisan tersebut sejuk dan keras sedikit. Tak perlu lama-lama ye. Nak cepat boleh simpan dalam peti sejuk sekejap. Lapisan ketiga tuangkan kesemua baki agar-agar milo. Masukkan biskut oreo. Tunggu sejuk sekejap dan boleh simpan dalam peti sejuk.




Tara... Inilah hasilnya. Cikgu Faiz terlupa nak snap gambar agar-agar masa dalam loyang. Kalau korang tengok agar-agar Cikgu Faiz ni macam bercorak kan. Sebabnya agar-agar tu tak larut sepenuhnya ada nampak macam berketul tu kan. Kalau korang nak nampak cantik licin boleh tapis agar-agar tu ye supaya tak nampak berketul. Nampak tak lapisan tu? Di tengah-tengah tu agar-agar putih. Oh ya, kalau korang tak suka letak biskut oreo tu tak perlu letak pon takpe. Dia akan jadi agar-agar milo je nanti. Sedap jugak.


Okey la. Ada sikit penambahbaikan untuk agar-agar milo ni. Biasa la baru pertama kali buat. Sebelum ni agar-agar merah je. Hihi. Setakat ini sahaja perkongsian Cikgu Faiz kali ini. Jumpa lagi !


Yang menaip,

Lirik | Darling - Elizabeth Tan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 September 2017




Drama My Darling Inspektor Daniel telah pun melabuhkan tirainya. Lagu tema drama ni boleh tahan juga. Ada yang suka dengar lagu ni?


DARLING - ELIZABETH TAN (OST MY DARLING INSPEKTOR DANIEL)


Kau hanya lihat dari luar
Kau tak tahu aku yang sebenar
Berikan aku peluang
Untuk membuktikan ini

Ku pasti engkau pun sama
Kita berdua manusia saja
Janji senyum aku ikhlas
Janji baik niat aku

Wooo wooo....

CHORUS

Darling jangan kau perli
Tanpa mengenal pasti
Sayangnya jika semua
Dilepaskan begitu saja

Bercakap-cakap senang saja
Tapi perasaan ku jangan lupa
Sakit hatiku pabila kau memandang rendah aku

Banyak ingin ku ceritakan
Tetapi ku simpan semuanya dalam
Bisa engkau tak terfaham
Segala yang aku lalu.... (lalu)
Ku lalui

ULANG CHORUS

Jangan kau salah sangka
Jangan kau berani
Untuk fikir kau saja sempurna di dunia ini
Jangan kau salah sangka
Jangan kau berani...

ULANG CHORUS





Yang menaip,

[ENTRI BERGAMBAR | Projek-Projek Dari Bahan Terbuang]



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 13 September 2017


Susulan daripada entri Jemputan Ke Majlis Pelancaran pada bulan Ogos lepas, Cikgu Faiz ingin berkongsi gambar-gambar pameran yang diadakan pada hari tersebut. Kesemua benda yang terhasil adalah daripada bahan-bahan terbuang seperti botol plastik, bekas telur dan lain-lain. Memang kreatif sangat-sangat tau.



Tanam pokok bunga dalam botol air mineral.




Botol air mineral dicantum-cantum sehingga menjadi bakul sampah.




Tanam bawang dalam bekas telur.




Puppet dari batang aiskrim, cawan kertas dan stoking.




Puppet dari pinggan kertas dan beg kertas.




Bekas letak pensel dari batang aiskrim.




Hiasan ikan dari bekas telur.




Tanam pokok dalam botol air mineral kemudian gantungkan.
















Hiasan pasu bunga dari bekas sabun pencuci.

































Haaa... itulah serba sedikit perkongsian yang Cikgu Faiz perolehi. Idea-idea pengolahan bahan-bahan terbuang ni boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita dan juga di dalam kelas. Kot la nak menghias rumah atau kelas tapi nak guna bahan kitar semula, idea ni boleh juga digunakan. Jimat pon jimat serta nampak lain dari yang lain. Sekian.


Yang menaip,