Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rabu . 26 September 2018
Anyonggg... Ini merupakan drama korea terbaru yang Cikgu Faiz dah tonton di VIU. Drama 16 episod ini diadaptasi dari novel dengan judul yang sama pada tahun 2013, kemudiannya muncul komik online pada tahun 2015. Drama ini bergenre kelakar, romantik. Dibarisi pelakon-pelakon hebat dan tak kering gusi dibuatnya. Mari berkenalan dahulu dengan para pelakon dan karakter masing-masing.
Park Seo Joon sebagai Lee Young Joon
Merupakan Naib Pengerusi dari Yumyung Group yang sangat mementingkan aura. Seorang yang sangat kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi sering perasan yang dirinya bagus. Memang bagus pon watak dia ni. Hahaha. Karakter :cool.
Park Min Young sebagai Kim Mi So
Seorang setiausaha yang mempunyai pengalaman bekerja selama 9 tahun bersama dengan Lee Young Joon. Karakter : ceria, rajin bekerja.
Lee Tae Hwan sebagai Lee Sung Yeon/Morpheus
Merupakan abang kepada Lee Young Joon. Beliau merupakan seorang penulis buku yang popular. Dia menyukai Kim Mi So. Karakter : mesra.
Kang Ki Young sebagai Park Yoo Sik
Seorang pengarah di Yumyung Group. Kawan baik juga penasihat kepada Lee Young Joon sekiranya mempunyai masalah.
Hwang Chan Sung sebagai Go Gui Nam
Salah seorang pekerja di Yumyung Group. Mempunyai rupa paras yang menarik, berpelajaran tinggi, sangat mementingkan kerja dan seorang yang berjimat cermat. Geli hati dengan watak dia ni.
Pyo Ye Jin sebagai Kim Ji A
Merupakan setiausaha baru yang akan menggantikan Kim Mi So. Dia belajar untuk menjadi profesional seperti Kim Mi So. Seorang yang lurus bendul.
Kang Hong Suk sebagai Yang Cheol
Merupakan ketua setiausaha merangkap pemandu peribadi Lee Young Joon.
Hwang Bo Ra sebagai Bong Se Ra
Merupakan salah seorang pekerja di Yumyung Group. Seorang yang ceria dan sangat mementingkan kecantikan. Mula jatuh cinta dengan pemandu peribadi bosnya dan berusaha sedaya upaya untuk merahsiakan hubungan mereka daripada diketahui rakan-rakan pejabat. Watak dia ni pon tak kering gusi.
WHAT'S WRONG WITH SECRETARY KIM?
Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang mengetuai Yumyung Group iaitu Lee Young Joon. Beliau sangat mementingkan kesempurnaan dan aura. Mempunyai seorang setiausaha cantik yang cukup sempurna dan tangkas dalam menyelesaikan tugasan iaitu Kim Mi So. Setelah sembilan tahun berkhidmat dengan bosnya, Kim Mi So membuat keputusan untuk berhenti kerja. Ini membuatkan Lee Young Joon berasa susah hati dan dia sedaya upaya mencari jalan supaya setiausahanya itu membatalkan hasrat untuk berhenti kerja.
Lee Young Joon mempunyai seorang abang yang bernama Lee Sung Yeon atau lebih dikenali dengan nama Morpheus. Abangnya merupakan seorang penulis buku yang terkenal. Hubungan di antara Lee Young Joon dan abangnya tidak baik disebabkan satu insiden sewaktu mereka masih kecil. Disebabkan itu, mereka berdua kelihatan seperti orang asing.
Keadaan di pejabat Yumyung Group tidak lekang dengan sesi membawang di antara pekerja-pekerja mengenai bos mereka yang kacak itu. Kemunculan Kim Ji A, pekerja baru yang bakal menggantikan tempat Kim Mi So lebih membuatkan suasana bertambah ceria.
Kim Mi So bertemu dengan Lee Sung Yeon secara tidak sengaja. Lelaki itu mula tertarik dengan Kim Mi So. Rupa-rupanya Lee Sung Yeon adalah budak lelaki yang dicari-cari oleh Kim Mi So selama ini. Namun begitu, Kim Mi Soo tertanya-tanya mengapa dia tidak berasa apa-apa sedangkan lelaki itulah yang telah menyelamatkannya ketika diculik pada waktu mereka masih kecil.
Lee Young Joon mula dapat menghidu hubungan Kim Mi So dan abangnya. Dia berasa tidak tenang kerana di dalam diam dia mula menyukai setiausahanya itu. Kim Mi So mula menyiasat perkara sebenarnya yang terjadi sewaktu dia dan Lee Sung Yeon diculik.
Macam biasa la kan drama korea ni walaupun bergenre kelakar tapi mesti ada unsur-unsur misteri. Itu yang best pasal drama korea ni. Watak dia pula saling berkait-kait. Tetapi dalam drama ni hanya tiga watak utama je yang berkait. Drama ini boleh dikatakan agak baru juga dan rasanya masih belum ditayangkan di stesen televisyen tempatan. Astro tu tak tahu la sebab Cikgu Faiz takde astro. Huhuhu. Hantu-hantu drama korea dipersilakan menonton drama ini. Episod pertama je dah kelakar. Sesuai untuk anda yang stress. Okey, jumpa lagi.
Yang menaip,