Hayfa Kena Chicken Pox




Sabtu . 08 April 2023


Hai semua. Diam tak diam minggu depan dah nak raya. Mesti semua dah buat persiapan raya kan. Cikgu Faiz ni baju raya pon tak beli lagi. Mana taknya, Ahad lepas anak yang kecik, Hayfa terkena demam chicken pox. Apa lagi terus pergi klinik untuk dapatkan pengesahan doktor. Maka berkuarantinlah kami berdua dari hari Isnin hingga Jumaat. Balik dari klinik tu Cikgu Faiz terus sapu ubat calamine yang doktor bagi. Alhamdulillah chicken pox dah semakin elok. Beli air kelapa Hayfa langsung tak nak minum. Nasib baik la Hayfa tak meragam teruk masa mula-mula kena tu. Demam sehari je. Harap-harap Isnin ni dah okey boleh la Cikgu Faiz pergi sekolah. Mujur tak kena minggu nak raya.


Mula perasan ada bintik dekat ketiak Hayfa. Dekat tempat lain pon ada juga satu dua biji.




Sekarang ni Cikgu Faiz baru settle order kuih raya je. Beli serba sikit je. Tahun ni kena pandai uruskan perbelanjaan sebab bulan lepas baru je settle urusan sekolah abang Hakim dan Hannani. Sangat mencabar tahun 2023 ni. Sekian.

1 comment:

  1. semoga dipermudahkan urusan cikgu sekeluarga... Inn Sha Allah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)