Sinopsis Novel Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha

Tagline : Di awan biru ku seru namamu agar terubat rasa rindu ini.

Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tetapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)