Bina Insan Guru

Teringat kembali detik2 itu ketika aku menjadi warga MPTAA. Apa itu MPTAA? Korang teka la sendiri ye. Semester pertama aku terlibat dengan program Bina Insan Guru di Semuji Agro Resort, Kuantan. Tempatnya teramatlah corok. Bak kata mak aku tempat jin bertendang. Masa tu semua guru pelatih diwajibkan untuk mengikuti program tersebut. Tiada pengecualian. Full stop!

Perjalanan kami ke sana dengan menaiki bas MPTAA dan teramatlah seronok sebab excited dapat naik bas maktab. Nampak sangat kebudak-budakan. Sampai je kami kena pasang khemah mengikut kumpulan masing2.

Aktivitinya pula banyak mendengar ceramah dan perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tajuk2 yang diberikan. Aktiviti luar pula macam biasa la kan, jungle trekking. Yang takleh tahan bila kena masuk dalam kolam berlumpur untuk menyeberang ke sebelah sana. Kalau taknak masuk dalam lumpur jalan alternatifnya kena menggunakan tali yang disediakan. Masa tu sorang je yang berani nak mencuba. Yang lain lebih suka bermandi lumpur termasuklah aku. Jenuh jugak la nak cuci pakaian yang dah kena lumpur tu.

Masa program tu berlangsung, kami mendapat sehelai T-Shirt maktab. Dan aku mendapat T-Shirt yang saiznya XL. Bapak besar. Nak tak nak terpaksa jugak pakai sebab saiz kecik dah takde stok. Lepas tu ada plak lecturer aku yang cakap aku pakai baju tido sebab baju aku yang besar gedabak tu. Nasib nasib... Pulak tu dikatanya aku budak PMR. Eeiii.... apa punya turr.. Apa yang aku mampu buat masa tu hanyalah bersabar.

Malam terakhir adalah malam kebudayaan di mana setiap kumpulan diwajibkan membuat persembahan. Kumpulan aku menyanyikan lagu yang dicipta sendiri. Esoknya sesi mengucapkan selamat tinggal kepada Semuji Agro Resort. Habis cerita.... :)

*erk.. tiba2 je perut aku terasa lapar.



ni apahal pulak terselit gambar yang tak berkenaan? Jauh menyimpang dengan topik yang dibicarakan. Uhuk...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)