Lambat Mendapat Pesanan?





Duduk di kedai makan diiringi perut lapar, tekak dahaga dan impian menjamah makanan kegemaran demi memenuhi kehendak perut tapi dibantutkan oleh sebab lambat mendapat pesanan. Cuba tips di bawah kalau korang mengalami situasi penuh pancaroba ini....




1) Pergi kat dapur terus menghadap tukang masak sambil buat muka kesian dan guling-guling kelaparan.


2) Tiap kali pelayan lalu depan korang tanya tentang pesanan hingga dia rasa tertekan dan fokus kehendak korang saja.


3) Buat persiapan dari rumah dengan memakai pakaian paling buruk sebelum ke kedai makan dengan harapan tauke kedai akan simpati kat korang.


4) Suruh pelayan kedai makan tu dahulukan pesanan korang sebab korang adalah gangster terkenal.


5) Berbekalkan muka boring dan buat-buat kutip makanan yang berterabur kat atas meja.


6) Bayar makanan siap-siap untuk sebulan. Lepas tu korang tuntut layanan first class, kalau tidak korang akan saman tauke kedai makan tu.


7) Pergi ke dapur dan buat pelbagai aksi menjengkelkan si tukang masak, mesti diorang buat makanan korang dulu.


8) Semasa order makanan sertakan sekali surat akuan doktor tentang penyakit gastrik kronik korang.


9) Bawakkan bahan mentah dari rumah dan suruh tukang masak masakkan juadah korang dulu.


10) Beritahu bahawasanya korang nak buat rancangan masakan untuk siaran TV. Dah habis makan baru korang cakap lupa bawak kamera.




SEKIAN.

3 comments:

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)