Wang Bantuan Kerajaan RM100





Hai, semalam aku tak online pon. Ingat malam nak online sekejap tapi terus tertidur dengan nyenyak. Sebab apa? Adoi, semalam memang hari yang agak sibuk sebab aku kena jaga kaunter Tahun 5. Kaunter apa? Ala, kan kerajaan ada bagi bantuan RM100 untuk semua murid. Ha, pasal tu la. Tak pasal-pasal aku jadi bank sekejap.


Mula-mula aku dapat RM1000. Fuhhh.... sekejap dah licin. Lepas tu dapat RM500, pon licin dengan sekelip mata. Kemudian dapat lagi RM500 pon licin jugak. Akhirnya wang pon sudah kehabisan dan ibu bapa dikehendaki menunggu sehingga jam 11.30 pagi sementara Guru Besar pergi mengeluarkan wang di dalam bank. Itu pon ada la manusia yang tak puas hati dengan pihak sekolah. Dah kata duit habis tu tunggu je la. Ini nak marah-marah pulak. Kerajaan dah bagi duit pon nak membebel lagi. Itulah salah seorang manusia yang tak reti nak bersabar. Ingat senang agaknya nak handle duit beribu-ribu. Pikir nak senang je. Huh ! Menyirap sekejap. Tak reti bahasa betol. Cuba pikir, Tahun 1-6 lepas tu setiap tahun tu ada berapa kelas???! Pikir sendiri je la, murid beribu duit pon mesti la banyak kan? Dan untuk mengeluarkan wang pon ada hadnya. Ok. Lupakan pasal manusia tersebut. Semalam aku balik rumah dalam pukul 4 lebih.


Petang semalam jugak aku, sweetheart dan anak kami pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli sedikit keperluan rumahtangga. Almaklum la baru pindah rumah la katakan. Hihihi.


Hari ni pon aku terlibat dengan pembahagian duit RM100 tapi kali ni aku jadi pembantu je. Tak macam semalam. Hari ni kurang penat sikit sebab ramai ibu bapa yang dah datang semalam jadi hari ni takde la sibuk sangat. Hari ni aku sampai rumah jam 4 lebih.


Ok. Itu saja laporan dari aku untuk hari ini. Love.

3 comments:

  1. @diana
    tu la pasal kak.
    cikgu jgk yg jd mangsa.

    ReplyDelete
  2. bertuah budak2 sekarang... mcm2 bantuan yg dapat

    ReplyDelete
  3. @Dalila Hamid
    kan...?
    zaman sy dulu takde pon bantuan cenggini.
    mak bapak takde pon bising2.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)