Berehat Untuk Sementara Waktu.
Hai, hari ini saya telah berada di negeri kelahiran iaitu di Bentong, Pahang. Semalam baru pulang ke sini. Wah, balik-balik je terus ada durian dan rambutan. Syok betul. Dah lama saya nak makan durian kat sini tapi tak kesampaian. Akhirnya rezeki menyebelahi saya juga.
Di samping kegembiraan menikmati keenakan buah-buahan di kampung, saya ingin memohon kemaafan kepada mereka-mereka yang telah singgah ke blog ini kerana buat masa sekarang saya tidak dapat membalas kunjungan anda. Ini kerana talian internet di sini amatlah mengecewakan. Blog yang ringan pon boleh jadi berat kalau tak kena gaya. Huhu. Harap maaf ye. Mana-mana blog yang saya dapat terjah tu kira bernasib baik. Takpe. Hari lain masih ada kan untuk saya bertandang ke blog anda. Jadi janganlah anda menuding jari dengan mengatakan bahawa cikgu Faiz ini seorang yang sombong ya.
Walaupon saya tak dapat nak blogwalking ke blog anda itu tidak bermakna saya terus menyepikan diri. Hmm... saya akan tetap update blog ini dari masa ke semasa. Esok saya dan suami bercadang mahu membawa anak kami ke klinik untuk suntikan setahun 6 bulan. Agak-agaknya demam tak anak saya tu lepas kena injection? Moga-moga dia kuat seperti emaknya (koya). Hari Sabtu pula kami merancang untuk pergi ke Temerloh bagi meraikan majlis perkahwinan adik kawan saya.
Hari-hari yang seterusnya belum ditentukan lagi apa aktiviti yang akan kami lakukan bersama. Untuk itu, sekian sahaja laporan daripada saya untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)