Assalamualaikum.
Hai sayang-sayang... Hari ni hari Sabtu tapi saya kena kerja juga. Apa nak buat... Demi anak bangsa saya terpaksa berkorban. Sebenarnya hari ni ada program 'Road Run' atau dalam Bahasa Melayunya 'Merentas Desa'. Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal 'Road Run' tapi pasal gambar kat bawah ni. Cer tengok kejap.
Terima kasih kerana sudi melihat gambar di atas. Ni gambar Faqih masa dia tengah tidur semalam. Cuba tengok apa yang dihisap oleh Faqih semasa sedang tidur. Hihi. Faqih hisap jari. Macam manja je bila tengok Faqih hisap jari dia tu.
Faqih bila tidur dia mesti nak ada selimut dan kain lampin. Kadang-kadang tu sampai berbelit-belit selimut kat badan dia. Mana taknya tidur asyik berpusing-pusing je. Lasak. Kalau takde la selimut belang-belang dia tu mesti merengek-rengek.
Kadang-kadang tu saya dan suami selalu jugak menyakat Faqih tu. Saya ambil selimut dia lepas tu dia mesti mintak balik. Huhu. Sayang sangat kat selimut bucuk dia tu. Agak-agak, masa kecik dulu korang ada tak perangai macam ni? Cer share.
aww.. comel!
ReplyDelete