Takde Apa Sangat.





Ini adalah luahan hati saya... 16 Mei ni genab 2 tahun usia Faqih. Bila anak dah besar, mulalah orang di sekeliling bertanya bila nak tambah anak lagi. Soalan tu memang dah sinonim dengan wanita yang sudah berkahwin macam saya. Sebenarnya saya takut. Takut dengan kejadian selepas bersalin. Rasanya semua kaum ibu pon tau apa yang saya takutkan. Sakit bila kena jahit. Tapi saya dapat rasa yang perasaan takut tu sudah beransur-ansur hilang. Ada satu perkara lagi yang membuatkan saya takut. Saya takut akan dikecewakan sekali lagi. Saya tak mahu sakit hati lagi. Rasanya kehidupan sekarang ni dah cukup baik untuk kami bertiga. Saya takut ada orang yang akan mengambil kesempatan ketika saya sakit. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya dah serik. Saya tak mahu kegembiraan saya direntap oleh orang ketiga. Orang yang telah memusnahkan kepercayaan saya terhadapnya. Tak mahu fikir lagi pasal perkara tu. Biarlah Allah yang tentukan berapa zuriat kami. Andainya ada rezeki pasti saya tidak menolak kerana ianya harta yang tidak ternilai. Buat orang yang pernah hampir nak menghancurkan rumahtangga kami, nasihat saya jagalah pergaulan dengan cikgu-cikgu lelaki awak. Awak pelajar dan dia cikgu. Biar susah mana sekalipon masalah awak, selesaikan dengan cara yang betul. Carilah cikgu perempuan yang boleh membimbing awak. Bukan muhrim tetap bukan muhrim. Jangan halalkan apa yang telah sedia haram. Awak pon perempuan dan awak juga akan menjadi seorang isteri dan ibu. Jangan sampai awak pon melalui apa yang telah saya lalui dulu. Allah itu maha adil. Mungkin awak akan lalui lebih teruk lagi. Masa tu menyesal pon dah tak berguna.

3 comments:

  1. Hi, I cuma nak promote blog i... jom tukar2 blog...tq.....
    http://health-wellness-nature.blogspot.com/... see u k...

    ReplyDelete
  2. kecik nya tulisan kak...susa nk bace...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)