Menu Berbuka, Persiapan Raya, Aiskrim Percuma.

Assalamualaikum.


Lamanya tak online. Ini semua celcom punya pasal. Geram betul. Bila dah lama tak update ni rasa macam takde idea la pulak. Korang berbuka menu apa je tadi. Cikgu Faiz? Menu hari ni simple sangat. Sambal sardin dan gulai sayur campur ala-ala kuah lodeh tu. Nasib Encik Suami tolong, kalau tak entah jadi apa la gulai di bulan puasa ni. Huhuhu. Lepas tu ada la lauk semalam yang tak habis. Bila dibelek-belek dan dicium baunya masih elok lagi. Jadilah buat berbuka. Tak baik membazir okey. Selagi boleh dimakan apalah salahnya dihabiskan. Perut pon kenyang. Alhamdulillah.



Oh ya, macam mana pula dengan persiapan raya korang. Tinggal lebih kurang dua minggu saja lagi kan? Cikgu Faiz belum berkesempatan nak shopping lagi. Biasa la. Bila dah dekat-dekat nak raya barulah terhegeh-hegeh nak pegi cari baju raya. Hehe. Apa-apa pun diharap raya tahun ni lebih baik dan meriah dari tahun sebelumnya.




Gambar yang tiada kaitan langsung. Sebelum puasa hari tu...


Err... betul ke malam esok 8 Ogos jam 8 - 10 malam Baskin Robbins akan bagi satu scoop aiskrim percuma? Bersempena dengan kemenangan Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak di sukan Olimpik London.


Jom usha fesyen tudung DEKAT SINI


With ♥.., 

3 comments:

  1. Jemput join GA ini..Akan tamat sekiranya sudah cukup 150 peserta..Hadiah semua barangan pos..Serious tak rugi join.. (:
    http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/exclusive-ramadhan-giveaway-by-kiera.html

    ReplyDelete
  2. Comel Faqih duduk situ. hee :D
    Betul kot? ^.^

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)