Faktor-Faktor Penting Bagi Mewujudkan Kemesraan Antara Suami Isteri

Assalamualaikum.



Ihsan : Google


Menarik tak entry Cikgu Faiz hari ni? Hehe. Saja nak berkongsi dengan blogger-blogger yang sudah berumah tangga dan yang bakal mendidikan masjid :). Terdapat beberapa faktor dan cara untuk mewujudkan kemesraan suami isteri. Untuk couple couple tu tak payah kot.


 Komunikasi dan interaksi.
Ianya penting sebagai nadi dalam perhubungan sesebuah perkahwinan bagi menguatkan lagi ikatan dan memperkukuhkan kemesraan. Namun, banyak perkara yang berlaku dalam perkahwinan seperti suami kurang berinteraksi dengan isterinya. Apabila pulang ke rumah, si suami terus mencapai suratkhabar sambil menonton TV. Isteri pula terpaksa bertungkus-lumus seorang diri di dapur dan melayani anak-anak. Bilakah interaksi dapat diwujudkan antara suami dan isteri?

Ramai isteri merungut, sebenarnya suami bersikap enggan membantu hingga menyebabkan interaksi dan komunikasi kurang berlaku. Apa salahnya, selepas pulang dari tempat kerja, suami turut ke dapur membantu isteri, paling tidak duduk menemani isteri di dapur sambil berbual kosong dan bergurau dengan isteri. Inilah sebenarnya kesempatan yang perlu diambil bagi bermesra dan berinteraksi dengan isteri di rumah.

Tidak dinafikan, suami pulang ke rumah dalam keadaan letih. Ditambah pula dengan bebanan tugas ataupun masalah di tempat kerja. Tetapi suami tidak boleh menjadikan hal-hal sedemikian sebagai alasan melepaskan kemarahan kepada isteri dan anak-anak ataupun berehat sendirian tanpa menghiraukan mereka. Tindakan seperti ini tidak adil buat mereka, apatah lagi kepada isteri. Bebanan tugas di rumah memerlukan simpati daripada suami. Bagi isteri yang bekerja pula, bantuan dan sokongan suami lebih-lebih lagi diharapkan.


 Gurauan dan jenaka.
Orang yang pandai berjenaka mewujudkan suasana mesra dan membuatkan orang lain berasa tenang dan bahagia. Oleh itu, dalam mengharungi alam perkahwinan, suami perlu mempelbagaikan teknik berkomunikasi. Jangan terlalu serius hingga menakutkan anak-anak dan isteri untuk mendekati apatah lagi untuk berbincang. Sesekali suami perlu bergurau, berjenaka dan bermanja-manjaan kerana ini adalah ramuan terbaik dalam menghidupkan interaksi ke arah yang lebih menyenangkan.


 Hubungan seksual.
Ianya adalah satu tuntutan fisiologi dan biologi yang semulajadi. Seks juga pengikat kasih sayang dan penentu ketenangan rumah tangga. Hubungan seksual yang bertimbang rasa dan disulami kasih mesra membuahkan kemesraan antara pasangan suami isteri serta memberi ketenangan yang menyenangkan.


 Bersantai bersama.
Sememangnya semakin meningkat usia perkahwinan, semakin bertambah cabaran dalam rumah tangga. Kehadiran anak-anak mendorong suami dan isteri memberi tumpuan bagi memantapkan ekonomi keluarga serta lebih memikirkan hal anak-anak daripada usaha menghidupkan semula kemesraan bersama. Kemesraan suami isteri menjadi semakin pudar apabila suami sibuk mencari wang lebih dan isteri pula banyak meluangkan masa untuk anak-anak. Tiada lagi masa untuk bersantai berdua, memuji-muji dan sulaman kata-kata mesra semakin dilupakan.

Oleh itu, suami perlu sesekali mengambil cuti dan berehat panjang bagi menghabiskan masa bersama isteri. Kesempatan bercuti perlu diambil bagi menghabiskan masa bersama isteri. Kesempatan bercuti perlu diambil bagi melancong bersama. Paling ringan, telefon isteri setiap hari apabila tiba di tempat kerja serta sesekali raikan isteri dengan memberi hadiah ataupun keluar makan dan menonton berdua tanpa gangguan anak-anak. Dengan kata lain, hidupkanlah budaya 'dating' semula di dalam sesebuah perkahwinan.


Kredit to Hasan Mohd. Ali, Ph.D. di dalam bukunya yang berjudul Pikatlah Hatiku 30 Bisikan Hati Isteri.




With ..,

4 comments:

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)