Assalamualaikum.
Entry kali ni Cikgu Faiz ingin memperkenalkan perkataan KV+KV (konsonan, vokal + konsonan, vokal). Biasanya, selepas murid-murid sudah mengenal huruf Cikgu Faiz akan mula mengajar perkataan-perkataan jenis KVKV. Pada pendapat Cikgu Faiz, perkataan jenis ini agak senang untuk diajar dan mudah bagi murid-murid. Tapi, setiap guru mempunyai cara pengajaran yang berlainan. Mungkin guru-guru lain ada cara mereka yang tersendiri untuk mengajar murid-murid membaca.
Selalunya Cikgu Faiz akan meminta murid untuk mengeja dan membunyikan suku kata terlebih dahulu sebelum menyebut perkataan. Sebagai contoh : bu cu = bucu. Ini kerana ada kebanyakan murid yang menghafal dan mereka tidak tahu membunyikan suku kata. Jadi, jalan paling selamat ialah dengan meminta murid mengeja supaya senang untuk kita mengesan sama ada murid tersebut mengenal huruf atau sekadar menghafal.
Contoh perkataan KVKV seperti di bawah :
Kad perkataan ni Cikgu Faiz buat sendiri je. Gambar buku tu Cikgu Faiz ambil di
SINI. Perkataan tu pula ditaip sendiri mengunakan software PHOTOSCAPE.
p/s : Internet sangat 'slow' mengalahkan siput sedut. Grrrr....
With ♥..,
tetiba rasa pandai membaca :D haha
ReplyDeleteCara mengajar zaman ni lain betul dari zaman muda saya,anak saya yg darjah satu punya homework pun saya pening kepala.
ReplyDeletewahhhh..nice hehee minta ank buah shida baca nnt :) thanks kak :)
ReplyDelete@thomas
ReplyDeletehehe. zaman dah berubah :)
@shidaR
ReplyDeletewelcome shida :)
Menarik....
ReplyDelete