google.com.my
Aras : Sederhana
Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Di akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
- Mengenali garisan bergetar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bergetar.
- Menghasilkan garisan bergetar secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bergetar.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan wayar lembut yang senang dibentuk.
Persediaan guru : Menyediakan wayar lembut yang senang dibentuk dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi membentuk wayar menjadi garisan bergetar.
- Edar wayar lembut kepada setiap kanak-kanak untuk membentuk garisan bergetar.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan bergetar berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada wayar lembut.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain wayar lembut yang senang dibentuk, guru juga boleh menggunakan tali atau benang untuk membentuk garisan bergetar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini. Selepas aktiviti melukis garisan bergetar melintang, guru boleh mengadakan aktiviti melukis garisan bergetar menegak bersama kanak-kanak.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bergetar.
Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
With love..,
follow sini :)
ReplyDeleteBagus maklumat ini..lengkap untuk guru2
ReplyDeleteBagus gak yek teknik ni..bleh praktik untuk Khalish nnt
ReplyDeletesasaran 5-6 tahun...sy yg dh 20++ nih pun xreti lukis
ReplyDelete