- Mengenali garisan bertitik sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
- Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan bertitik.
- Menghasilkan garisan bertitik secara kreatif melalui pemerhatian.
- Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bertitik.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik.
Persediaan guru : Menyediakan kain meja yang mempunyai corak garisan bertitik dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Contoh :
Prosedur :
- Guru mengumpulkan kanak-kanak.
- Guru menunjukkan kain meja yang mempunyai garisan bertitik kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada kain tersebut.
- Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
- Guru membuat demonstrasi melukis garisan bertitik.
- Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada kain meja yang mempunyai garisan bertitik dan melukis garisan bertitik.
- Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
- Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain kain meja, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan bertitik serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan bertitik.
Rujukan : Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa, Norly Binti Jamil dan Azila Binti Alias (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Yang benar,
Assalamualaikum..
ReplyDeletewah dh lama tak datang cni,..banyak dah berubah yer......okey,..saya akan cuba pada Mia pelajaran hari ini..ehe :)
@izan mama mia
ReplyDeletewa'alaikummussalam. terima kasih :)
syoknya dia tido,,hehe
ReplyDelete