Memahami Muzik dan Aspek Muzik



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


google.com



Untuk memahami sesuatu muzik itu bergantung kepada tahap kefahaman dan pengetahuan yang sedia ada pada setiap kanak-kanak. Perbezaan tahap kefahaman terhadap muzik berbeza antara setiap kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu mungkin mempunyai lebih ataupun kurang pemahaman dan penghayatan jika dibandingkan dengan individu yang lain. Faktor perbezaan ini bergantung kepada beberapa sebab seperti pengalaman, minat, pengaruh sosial (keluarga, rakan, masyarakat, media) dan pengetahuan dalam muzik.


Aspek Muzik


Terdapat empat aspek muzik iaitu nyanyian, pergerakan, pendengaran dan bermain alat muzik. Setiap aspek ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak. Guru-guru atau penjaga perlu bijak mengenal pasti aras dan tahap kesukaran aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak.


Nyanyian

Kanak-kanak sangat suka mendengar muzik dan menyanyi. Muzik dan lagu mampu menghiburkan hati kanak-kanak dan suasana menjadi sangat menyeronokkan. Kanak-kanak boleh menyanyi secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah lagu-lagu yang menjadi kegemaran rakan-rakan sebaya mereka. Semasa memilih lagu, kanak-kanak pada awalnya memilih lagu yang mengandungi banyak pengulangan lirik serta melodi.


Terdapat berbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu serantau.


Pergerakan

Secara asasnya, terdapat dua pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan nonlokomotor. Pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain beserta beberapa aktiviti berlari, melompat dan berjengket. Pergerakan nonlokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada atau pun berdiri di satu tempat sahaja.


Pergerakan Semasa Menyanyi

Pergerakan sebegini sering dilakukan oleh kanak-kanak dan pergerakannya adalah seiring dengan irama dan lirik lagu. Kanak-kanak berasa sangat bermotivasi dan bersemangat ketika menyanyi dan membuat pergerakan.


Pergerakan Kreatif

Pergerakan ini merupakan pergerakan yang bebas mengikut kreativiti kanak-kanak. Pergerakan ini melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek, detik).


Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


GALAXY WONDERLAND YUNA


Yang benar,

1 comment:

  1. lagu memg byk kategori..kdg pening dibuatnya....

    cubit2 u mobile

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)