Colmar Tropicale Bukit Tinggi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Setelah enam hari berada di kampung halaman kini tibalah masanya untuk kembali semula ke kota Puchong ini. Tak puas rasanya berada di kampung kerana tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disebabkan oleh hujan yang turun secara berterusan. Sekarang ni musim hujan di Pahang kot. 


Hari Rabu yang lepas Cikgu Faiz ada update gambar tentang sesuatu tempat kan. KAT SINI YE. Susulan dari gambar tersebut ada juga yang bertanya lokasinya di mana. Hari ni baru dapat berkongsi dengan korang semua. Inilah salah satu tempat menarik yang ada di Bentong, tempat kelahiran Cikgu Faiz. Ramai di kalangan pengunjung yang datang singgah ke sini sebab jalan masuk ke tempat ini dari KL nak ke Raub / dari Raub nak ke KL. Kira dua-dua pon boleh. Asal lalu je boleh terus naik ke atas ni.


Jom layan gambar-gambar di bawah ini.... 



>BERJAYA HILLS RESORT / COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI<


Ini masa nak naik. Mula-mula tu clear je. Tak lama lepas tu, aikkk... boleh pulak jam. Hehehe. 




Pandangan belakang dari cermin sisi. Ramai lagi yang beratur kat belakang tuuu..




Rupa-rupanya jalan jam sebab nak bayar tiket masuk. Huhu. Oh ya, untuk dewasa harga tiket RM12. Manakala kanak-kanak 3 tahun ke atas RM8. Faqih macam biasa la free of charge ^ ^. Kenapa ada tiga tiket? Cikgu Faiz pergi dengan Encik Suami dan adik lelaki.




Ini kat tempat parking. Sebelum turun tu berposing dulu di samping pemandangan yang cantik dengan kabus yang agak tebal. Dingin je...




Giliran Cikgu Faiz dan Faqih pula. Tengok tu. Faqih buat muka tak puas hati.




Faqih dan Pak Usu dia. Susah betul nak pandang kamera.




Bergambar dengan kuda 1 Malaysia. Hehe. Suka la pulak Faqih ^ ^. Nak suruh dia naik atas kuda? Memang dia takkan naik sebab takut. Huhuhu.




Faqih tayang kakinya yang seksi. Hehe.




Faqih yang tak reti duduk diam apabila bergambar sampai gambar pon jadi blur. Huhuhu.




Seperti berada di kota Perancis. Ramai jugak pelancong luar datang ke sini.




Tengah dok order kopi boleh pulak Faqih tertidur di samping Pak Usu dia. Nak kata penat berjalan tidak sebab asyik berdukung je. Hehe.




Lepas makan dan minum. Faqih masih nyenyak tidur. Mentang-mentang la sejuk ^ ^




Dengan Encik Suami dan Faqih yang sedang tidur ^ ^




Dengan adik yang selalu jaga Faqih. Hehehe. Pak Usu kesayangan ni...




Encik Suami tak nak turun sebab tak larat katanya. Hehehe. 




Turun bawah semata-mata nak bergambar dengan swan ni je. Hehehe. Lagi seekor dah lari pulak.



Tamat sudah sesi berjalan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Kepada yang berada berhampiran dengan lokasi ni atau on the way nak ke Bentong atau KL boleh la singgah dulu. Nanti Cikgu Faiz update Japanese Village pulak. Masih di Bukit Tinggi ^ ^




Salam sayang,

11 comments:

  1. Cantik tempat ni ;)
    Comelnya Faqih ^_^ hee

    ReplyDelete
  2. wah..akak belum pernah sampai laa..cantik view....tak sejuk ker faqih

    ReplyDelete
  3. @izan mama mia
    tak sejuk sangat kak. Faqih tak nak pakai baju sejuk dia. huhu.

    ReplyDelete
  4. Berhati2 swan tu kadang2 gigit org juga!

    ReplyDelete
  5. memang cantik dan faqih pun memang comey :)

    ReplyDelete
  6. WAH BESTNYE!!! deno belum pernah sampai sini

    ReplyDelete
  7. ramai org pergi situ dan feedback positif.nanti nk try pergi la xyah nak pergi perancis dah..hehehe

    ReplyDelete
  8. faqih sangat comellah hah..mummy and daddy dia pula sangat sweet..sweet couple..hihi

    ReplyDelete
  9. Mmm japanese village tak pergi ker..??

    ReplyDelete
  10. Teringin nak ke sini... xde peluang lg...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)