Japanese Village Bukit Tinggi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti. Hari Isnin ni dah mula bekerja. Harap akan kembali bertenaga untuk mengajar anak bangsa. Sempena cuti dah nak habis ni, Cikgu Faiz nak update tentang percutian di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi. Semalam Cikgu Faiz dah update tentang Colmar Tropicale. Haa... lepas bersiar-siar di sana, kami terus bergerak ke tempat menunggu tren untuk menuju ke Japanese Village pula.


Yang sebenar-benarnya, kami dah naik ke atas sana tapi memandangkan waktu itu tengah hujan dan payung pula takde maka kami pon turun semula menuju ke Colmar Tropicale. Hehe. Hangit jugak la kereta masa tu tapi nasib baik semuanya okey. Syukur.


Ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakam dengan menggunakan lensa kamera Sony Cybershoot warna pink. Hehe ^ ^ 


>BERJAYA HILLS RESORT / JAPANESE VILLAGE<



Masa kat atas tren. Sejuk sangat masa ni tapi syok sebab udara nyaman je tanpa hiruk pikuk di bandar tu. Masa ni Faqih baru bangun tidur jadi muka pon seposen je. Muka tak puas hati. Hehe.




Bila dah sampai kena pulak naik tangga ni. Tinggi jugak la. Encik Suami tak berapa nak larat sebab kena dukung Faqih. Huhuhu. Tapi tetap gagahkan diri untuk melihat pemandangan di atas.




Masa ni Faqih nak berjalan sendiri tapi dengan Pak Usu dia. Hehe. Mengada-ngada betul.




Sampai je kat atas ni sempat jugak bergurau dengan Encik Suami... "Okey, sekarang ni kami sedang berada di Jepun".. hehe. Encik Suami bantai suka ^ ^




Peluk Faqih kuat-kuat takut dia terlepas dan berlari-lari. Bahaya sikit sebab turun naik bukit. Dekat lereng tu pulak ada lubang-lubang. Bahaya... seram je bila pandang kat bawah.




Baru sampai sini. Memang jauh sikit berjalan. Boleh exercise juga tapi peluh pon takut nak keluar sebab sejuk. Hehe.




Faqih buat peace tapi tak pandang kamera. Huhu.




Besar-besar ikan kat sini. Teruja Faqih tengok ikan-ikan tu ^ ^




Inilah rumah Jepun. Masa ni ramai orang jadi Cikgu Faiz cuma bergambar di luar rumah aje. Tak nak bersesak-sesak. Korang yang teringin yang pakai kimono pon boleh cuba di sini. Ada caj bayarannya.




Kat sini pon jadi... Hehe.




Abah nak tangkap gambar Faqih tapi Faqih pulak nak pergi dekat abah. Huhu. Jadi gambar pon bergoyang-goyang la. 




Mini air terjun.




Masih di luar kawasan rumah Jepun.




Selamat datang ke Tatami Spa. Mahal spa kat sini.




Faqih nak jadi tukang kebun. Huhuhu. 




Nampak tak kabus kat belakang tu? Baru lepas hujan ni.




Kembali semula ke Colmar Tropicale. Masa ni nak balik dah. Faqih tertayang perut seksi pulak ^ ^




Selamat tinggal Bukit Tinggi. Lepas ni bila pulak dapat datang sini.




Pose FIRE Faqih sebelum bergerak pulang. Peminat ultraman ni.



Selesai sudah entri berjalan-jalan ni. Harap Encik Suami berpuas hati sepanjang berada di kedua-dua tempat ini. Hehe. Kepada mereka yang nak tenangkan fikiran tu rasanya ini tempat yang sesuai untuk korang. Di samping beriadah bersama keluarga tercinta dapat juga menikmati pemandangan yang indah dan sejuk mata memandang ^ ^ Selamat bercuti !




Salam sayang,

7 comments:

  1. Waa..bestnya dapat bercuti dengan orang yang tersayanh :)

    ReplyDelete
  2. Wah nmpk cantik pemandangan kat japanese village tu..

    ReplyDelete
  3. wah~~happynya kak sekeluarga :)nampak macam best tempat itu.. huhu

    ReplyDelete
  4. Cantik pemandangan kat sana :) Mesti best ^_^

    ReplyDelete
  5. sy pn prnah pegi sane.sonok giler...kalau boleh hari2 nk pegi..dok sane terus lah...sbb sejuk...nyamannn...tenang je...dok kl ni haru biru je...sesak nafas pon iyer...ehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)