Sumber gambar : SINI
- Menghargai dan menyatakan kasih sayang kepada ibu bapa.
- Menyanyikan lagu dengan irama dan intonasi yang betul.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu mahu pun berkumpulan. Kanak-kanak digalakkan melakukan pergerakan anggota badan ketika menyanyikan lagu ini.
Bahan / alatan : kerincing
Persediaan guru : Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Senikata lagu :
Sayang Ibu AyahSatu satu saya sayang ibu,Dua dua saya sayang ayah,Tiga tiga sayang adik kakak,Satu dua tiga sayang semuanya.
Prosedur :
- Guru meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
- Guru meminta seorang kanak-kanak bercerita tentang ibu bapanya.
- Guru menerangkan tentang nilai kasih sayang dalam keluarga.
- Guru menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan atau bermain kerincing.
- Kanak-kanak mendengar nyanyian guru.
- Guru menyebut senikata lagu diikuti oleh kanak-kanak.
- Guru meminta kanak-kanak bertepuk tangan atau bermain kerincing mengikut rentak lagu.
- Guru dan kanak-kanak menyanyi bersama sambil bertepuk tangan dan bermain kerincing.
Cadangan : Guru perlu menerapkan nilai kasih sayang di antara ahli keluarga.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak melukis dan bercerita tentang ibu bapa masing-masing.
Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Salam sayang,
baca lirik lagu ni buatkan sya t'nyanyi sama ..ahaha..
ReplyDeletememang hafal lagu ni..best...haha
ReplyDeletelamenye tak nyanyi lagu kanak kanak ni ...tapi tak de kerincing laaaa ..kite men gendang gendang je la ea? :) cute laaa cikgu ..
ReplyDeleteAlhamdulillah..adik faqih dah sihat..Lagu kanak2.. Rindu nak nyanyi..hehe..dah tua dah.
ReplyDeletelama dah x nyanyi lagu.. :)
ReplyDeleteteringt zamn skolah rendah men kerincing..
ReplyDeleteTernyanyi pulak baca lirik tu ^_^ hehe
ReplyDeletepasni buleh try wat kat fikri jaa laa...heee.
ReplyDeleteOwh..boleh cuba aktivit ni ngan anak nti..salam kenal,jmput follow kmbali :)
ReplyDelete