Tamborin.
Terdapat pelbagai jenis lagu, namun begitu bagi guru-guru, ibu bapa atau penjaga yang mahu menggunakan muzik dalam aktiviti kanak-kanak, mereka perlu bijak memilih jenis lagu dan muzik yang bersesuaian dengan kanak-kanak bagi memastikan aspek perkembangan kanak-kanak dari sudut bahasa, intelek, kreativiti, psikomotor dan afektif berkembang dengan baik.
Jenis-jenis lagu
Terdapat pelbagai jenis lagu seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu tradisional, lagu permainan, lagu unsur nasihat dan ucapan serta lagu serantau.
Permainan Jari
Lagu berbentuk permainan jari ini sesuai dijalankan oleh kanak-kanak kecil kerana ianya melibatkan pergerakan jari dekat dengan paras mata kanak-kanak. Contoh lagu, 'Satu Labah-Labah'.
Lagu Beraksi
Lagu beraksi memerlukan kanak-kanak melakukan aksi sambil menyanyi. Pergerakannya lebih mudah mengikut senikata dan lirik lagu. Contoh lagu, 'I'm A Little Teapot'.
Lagu Tradisional
Lagu tradisional sering menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai sesuatu bangsa dan negara. Lagu-lagu sebegini banyak menyelitkan unsur-unsur nasihat, jenaka dan nilai-nilai yang baik kepada kanak-kanak. Contoh lagu, 'Ikan Kekek'.
Lagu Permainan
Lagu berbentuk permainan melibatkan aktiviti pergerakan dan permainan. Kanak-kanak sangat menyukai lagu permainan kerana ia lebih menyeronokkan. Contoh lagu, 'Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga'.
Lagu Berunsur Nasihat dan Ucapan
Lagu-lagu ini mengandungi penerapan nilai-nilai murni dan berunsur nasihat. Liriknya banyak mengandungi nasihat yang boleh dijadikan panduan oleh kanak-kanak. Contoh lagu, 'Lompat Si Katak Lompat'.
Lagu Serantau
Lagu jenis ini menyelitkan unsur kebudayaan sesuatu kaum atau mengikut daerah sesuatu negeri atau negara. Ianya sering dinyanyikan mengikut loghat atau dialek sesuatu kawasan. Contoh lagu, 'Jambatan Tamparuli'.
Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil (2011), Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Yang benar,
mcm2 kan...sy baru thu bile bace entry faiz nih
ReplyDeleteMasa sekolah dulu kakak main lagu nenek-nenek di bongkok tiga tu tau Nurul. Terkenang bila baca N3 Nurul ini.
ReplyDeletewann biasa jugak main tamborin masa sek men..masa tu join pertandingan puisi dan lagu..hehe :)
ReplyDeleterindu dengan zaman sekolah..dapat main peralatan muzik camni :)
ReplyDelete