- Patuh, tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan, membinasakan, menjatuhkan imej, memalukan serta memburukkan organisasi.
- Taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan.
Amanah / Jujur
- Tidak menyeleweng, boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas atau memegang rahsia.
- Semua urusan yang dipertanggungjawabkan mesti ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.
Bertanggungjawab
- Kewajipan yang perlu dilaksanakan.
- Ada akauntabiliti, boleh diperiksa atau dinilai pada bila-bila masa.
- Tidak 'melontar batu sembunyi tangan'.
Ikhlas
- Kebersihan rohani yang tertinggi, tidak menipu atau menunjuk-nunjuk.
- Tidak mengharapkan balasan
- Tidak mempunyai agenda tersembunyi.
Dedikasi / Tekun
- Mengerjakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh, sabar serta minat yang mendalam sehingga selesai dengan sempurna.
- Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Berdisiplin
- Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi.
Bekerjasama
- Bergotong-royong dan bantu-membantu dalam menjalankan tugas.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
- Mewujudkan kerja berpasukan.
- Menjalankan tugas secara kolektif.
Bersih
- Rohani dan jasmani.
- Jauh daripada perasaan hasad dengki, tamak. khianat, dendam.
- Pakaian, persekitaran kerja, pemilikan harta.
Sederhana
- Menolak keterlaluan, pertengahan antara dua ekstrem.
- Dalam tugas seharian, percakapan, arahan, pergaulan, pakaian.
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
Salam sayang,
msti bestkan jd cikgu..teringin~ hehe tp kn apply la nmpknye...huhu :p
ReplyDeletenice sharing cikgu.. :)
ReplyDeletetengkiu share yer cf!
ReplyDeletethanks sudi sharing cikgu...
ReplyDeletenice sharing cikgu
ReplyDeletefaiz...selamat pagi...info yang sangat mendidik diri kita
ReplyDeletejadi cikgu bukan mudah kan cikgu faiz..hehe..yg penting kena ikhlas so ilmu pun snng murid nak faham
ReplyDelete