Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat menunaikan ibadah puasa pada hari yang keempat. Alhamdulillah puasa kali ni rasanya cuaca tidak terlalu panas. Semoga ianya akan berterusan di sepanjang bulan ramadhan ni.
Beberapa bulan yang lalu Cikgu Faiz pernah menghilangkan diri buat seketika dari arena blogging ni. Puncanya sebab terlalu banyak sangat perkara yang berlaku sehingga membuatkan Cikgu Faiz menyepikan diri buat seketika. Antara salah satu sebabnya ialah kerana rumah Cikgu Faiz telah dipecah masuk buat kali yang kedua. Kali pertama dulu pencuri tersebut tidak mengambil apa-apa barang tapi kali ni memang dia selongkar satu rumah habis-habisan. Hmm... Cikgu Faiz anggap ianya satu dugaan buat kami sekeluarga. Antara barang yang berjaya dicuri adalah laptop Encik Suami, sedikit wang dan gelang tangan mak Cikgu Faiz. Gelang tangan tu mak Cikgu Faiz tertinggal masa melawat Cikgu Faiz sebelum tu. Tak sempat nak pulangkan tapi dah dirompak pulak. Huhu. Takde rezeki.
Tapi nasib baik la pencuri tu tak jumpa cincin bertunang dan cincin nikah Encik Suami. Memang bengong la pencuri tu. Masa pulang dari rumah mertua tu Cikgu Faiz tengok pintu pagar dah terbuka luas, terus jadi tak sedap hati, rupa-rupanya pisang dan berbuah dua kali. Yang herannya kenapa la susah sangat nak tangkap pencuri tu? Grrr..... Memang geram sangat-sangat sebab tak pasal-pasal kena mengemas satu rumah. Huh! Allah saja yang akan membalas segala perbuatan terkutuk pencuri tu.
Sekarang ni rumah yang kami duduki ni memang dah tak selamat lagi. Rasa dah tak sabar nak pindah keluar dari rumah ni. Lepas ni jarak antara tempat kerja dan rumah akan jauh sedikit. Hmm... takpe la. Asalkan selamat. InsyaAllah.
Sekian.
Yang menaip,
subhanallah. bila kena pecah tue sis? semoga tabah menghadapi segala dugaan nih sis. kira beranilah ye pencuri tue.
ReplyDeletep/s : lama tak singgah blog sis ^_^
haishh,, mmg tk ptut btul lah pncuri tu.. cikgu faiz mmg kna pndah rmh la klau dh 2 kali dmasuki pncuri ni..
ReplyDeleteBebanyak lah bersabar... dugaan tu....
ReplyDeleteselamat berpuasa kak... maaf deno lewat dtg sin... dneo busy sikit bulan puasa ni kak....
ReplyDelete