Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Khamis . 19 Disember 2013
Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Lepas ni korang akan menghadapi SPM pulak. Harap jangan la korang nak honeymoon pulak ye. Pilih la aliran yang korang dapat ikuti dan minati. Kepada yang kurang cemerlang tu jangan la sedih-sedih ye. Perjuangan belum selesai lagi. Ini baru permulaan. Teruskan berusaha supaya dapat memperbaiki lagi keputusan peperiksaan korang.
Cikgu Faiz pon nerves jugak pagi tadi sebab dok tunggu adik lelaki Cikgu Faiz balik bawak result PMR dia. Sebelum dia pergi sekolah Cikgu Faiz cakap "mesti dapat 5A tau. Kena ada A dan B sahaja. Yang lain-lain tu tak nak". Hehe. Tak sangka masin jugak mulut kakak dia ni ye. Sampai rumah je terus tanya result dapat berapa. Belum masuk umah lagi tu. Huhuhu. Punya la excited sangat nak tahu ^ ^ dan keputusannya....
Alhamdulillah. Dapat 5A 3B. Sangat berbanggga dan bersyukur dengan pencapaian adik Cikgu Faiz ni. Abah pon happy je. Terima kasih adikku sebab ceriakan insan-insan kesayanganmu pada hari ini. Lepas ni kena berusaha lagi untuk tingkatkan prestasi yang sedia ada ni. Tak lama lepas tu terus ajak adik pegi ke bandar untuk settle beberapa perkara lepas tu pergi KFC. Mak aiii.... punya la ramai budak-budak sekolah yang masuk KFC tadi. Ni mesti nak celebrate PMR ni ditambah pulak dengan hari gaji bagi kakitangan kerajaan hari ini. Huhuhu. Lagi la sesak. Nasib baik tapau je itu pon jenuh dok tunggu dalam kereta.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya :) Sekian.
Yang menaip,
Tahniah ;D hee. Adik saya pulak dapat 4A4B :)
ReplyDeletetahniah..:D
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah buat adik faiz
ReplyDeleteAlhamdulillah.. congrats buat adik Cikgu Faiz.. :))
ReplyDeletetahniah utk ank buah akak..
ReplyDeleteresult yg baik..lpas ni spm plak..somoga dapat kputusan yg lebih cmerlang..
tahniah sebab result gempak gila tuh.. hehe..
ReplyDeletejemput singgah blog saya www.sayeshukepink.com
tahniah adik CF... :D
ReplyDelete