Kot Baju Tidur Drypers Hannani



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 31 Januari 2014


Hari ini Cikgu Faiz dan keluarga telah berada di kampung halaman yang terletak di Bentong, Pahang. Ni kalau duduk kat Puchong sekarang ni mesti tengah berdentum dentam dengan bunyi mercun. Faqih bukan main takut lagi dengan bunyi mercun yang kuat meletup-letup tu. Hihi. Adik dia Hannani pulak syok je tido walaupun keadaan tersangatlah bingit dengan bunyi mercun sempena dengan Tahun Baru Cina.


Sampai je rumah tadi terus tengok kot-kot ada surat. Hehe. Banyak jugak surat dan parcel yang diterima. Salah satunya di bawah ini.




Itu dia baju tido daripada Drypers. Macam mana boleh dapat baju ni? Masa beli pampers newborn Hannani tahun lepas dapat borang tebusan baju ni. Dia letak dalam pek pampers tu. Bila Hannani dah lahir baru Cikgu Faiz tebus. Mula-mula kena SMS dulu segala maklumat yang dorang nak. Lepas tu kita akan dapat SMS supaya confirm semula melalui email. Lepas tu baru la dapat baju ni. Hehe. Rasanya tempoh untuk tebus baju tu dah tamat masa hujung bulan 12 hari tu.


Lebih kurang 3 bulan jugak nak tunggu baju ni sampai. Ingatkan dah tak dapat sebab dorang cakap aritu ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Ini dah lebih dua bulan. Huhu. Apa pun barang sudah sampai dengan selamat dan Cikgu Faiz happy sangat. Hehe.


Terima kasih Drypers !!!




Yang menaip,

5 comments:

  1. warna hijau lagi bajunya. sis kg kt bentong yeaa. sy ada makcik ngn pakcik kt situ. sorg duk dekat kilang getah yg bau busuk tuu. hehe
    sorg lagi pakcik duduk kat Lebu. kawin ngn org lebu. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)