Seminar Keperluan Pendidikan Kanak-Kanak Dyslexia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 23 Februari 2014




Pagi semalam Cikgu Faiz menghadiri Kursus / Seminar Keperluan Pendidikan Kanak-Kanak Dysleksia yang diadakan di SK Perdana Jaya SS19. Seminar ini dianjurkan sendiri oleh Persatuan Dyslexia Malaysia serta dibantu oleh satu badan korporat iaitu ICON OFFSHORE.





Banyak ilmu yang Cikgu Faiz perolehi hasil daripada seminar ini. Cikgu Faiz mula mengenal ciri-ciri murid dyslexia. Untuk pengetahuan semua, dyslexia ini bukan satu penyakit tetapi ianya merupakan satu masalah membaca dan menulis walaupun tahap kecerdasan (intelligence) murid dyslexia itu normal malah tinggi. Dyslexia disebabkan oleh kelainan dalam struktur dan fungsi otak dan ianya boleh diwarisi. Tiada kepastian mengenai punca yang menyebabkan seseorang itu dyslexia.





Walaupun dyslexia merupakan masalah seumur hidup, murid-murid dapat mengatasinya dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang bersesuaian. Gambar di atas merupakan sebuah lukisan yang telah dilukis oleh pelajar dyslexia.




Menurut Dr. Abd Aziz bin Abu Hassan iaitu penceramah seminar pada pagi itu, antara tanda-tanda seseorang itu dyslexia ialah apabila dia kidal dan suka melukis. Cikgu Faiz ni kidal orangnya tapi melukis tu agak kureng sikit. Hihi. Selain itu, dyslexia juga sukar untuk menulis dan memegang pensel / pen dengan cara yang betul. Selalunya kalau kita menulis menggunakan tiga jari sahaja iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Tapi kalau nampak cara pegang pensel macam lain macam je, dyslexia la tu.


Tanda-tanda dyslexia yang lain ialah apabila membaca mulut akan terkumat-kamit yakni membaca dengan tidak menutup mulut. Huhu. Ada tak sesiapa yang membaca tak tutup mulut? Mulut dia ternganga aje? Ha, baik mengaku cepat. Hihi. 


Tanda lain ialah suka menambah huruf apabila mengeja sesuatu perkataan. Contohnya JUAL = JUWAL.




Apabila mendengar tentang dyslexia orang mungkin beranggapan bahawa murid itu bodoh dan malas tetapi hakikatnya mereka ini tidak faham dengan apa yang diajar oleh guru. Oleh itu, sekiranya guru atau ibu bapa mengajar murid dyslexia ini pastikan tiada penggunaan kata-kata yang berunsurkan negatif tetapi hanya menggunakan kata-kata yang positif. Ini mendorong supaya murid-murid dyslexia itu tidak berasa rendah diri.




Sebenarnya individu dyslexia ini mempunyai banyak keistimewaan seperti individu-individu normal yang lain. Antaranya ialah mereka pintar dan cekap, baik dari segi aktiviti-aktiviti praktikal, pandai bersosial, prihatin, mempunyai satu-satu kemahiran seni iaitu melukis, menyanyi, bermain alat muzik dan juga bersukan.




Seterusnya mari kita mengenal pasti kelakuan murid dyslexia. Antara kelakuannya termasuklah menggunakan taktik mengelak untuk melakukan kerja, kelihatan berkhayal atau bermimpi, mudah mengalih perhatian kepada perkara lain, badut kelas, suka mengganggu atau menyendiri, rasa penat yang keterlaluan kerana memerlukan tumpuan dan daya usaha yang tinggi, sukar mengurus, mempunyai masalah dengan pengurusan masa iaitu selalu lambat datang ke sekolah dan tidak menghiraukan ketepatan masa, lambat menghantar kerja rumah dan lain-lain.




Seterusnya cara mengatasi murid dyslexia ialah dengan memahami cara dia belajar iaitu dengan mengetahui masalah yang dihadapi, memberitahu di mana kesilapannya terutama dalam mengeja, semasa membuat karangan minta cerita secara lisan kemudian tulis dan selepas itu betulkan kesilapannya, beri klu sebelum memulakan karangan atau ayat-ayat.




Kebanyakan dyslexia berkebolehan untuk maju di dalam bidang komputer, lukisan, kerja-kerja praktikal, jurubina / senibina, kesenian, berniaga, juruteknik, cheff, jurujual / pemasaran, pengurus acara, arkitek, penyanyi / penari / pemuzik.


Ada banyak lagi info yang Cikgu Faiz dapat tapi panjang la pulak entri ni. Huhu. Nanti Cikgu Faiz sambung lagi ye. Sebelum ni pon Cikgu Faiz ada share nota tentang dyslexia ni kan. Boleh rujuk >SINI<. Kesimpulannya, kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka yang ada dyslexia ni sebab boleh jadi mereka ini lagi hebat daripada kita. Jadi, seawal usia kanak-kanak la kita perlu mengesan dyslexia ini dan membantu mereka.


Sekian.


Kenyang makan INI


Yang menaip,

5 comments:

  1. info brguna.. kadang2 kta xsdr pljar kita yg brmasalah akademik sbrnya bkn sbb dia mlas tpi rupnya mgkn terlibat dlm kes ini.. thanks atas info brguna neh :)

    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/medical-check-up-1.html

    ReplyDelete
  2. Semoga pesakit-pesakit disleksia sentiasa bersemangat untuk teruskan hidup :D Amin!

    ReplyDelete
  3. Assalam...lama betul Bunda tak singgah kesini..
    Info yg sangat menarik....ramai yg kurang tahu hal tentang dyslexia....
    Ini dapat membuka mata kita tentang masaalah dyslexia itu sendiri..

    ReplyDelete
  4. Sepupu kakak ada anak yg begini. Masa dia kanak-kanak dulu tak dpt tangkap tapi mujur mak dia cikgu dan ada ilmu tentang dyslexia. Masa menulis kalau b jadi d, s terbalik, p dgn q pun confuse, h terbalik dan banyak lagi. Tapi kalau cakap dan buat kerja ok...

    Sekarang dah kerja jadi pharmacist.

    ReplyDelete
  5. Ada beberapa tanda tu kena ngan Faris... nak2 tang tulis huruf terbalik2 tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)