Program ini akan berlangsung sehingga bulan September kalau tak silap. Dah lupa pula. Guru-guru pula diwajibkan untuk hadir pada setiap kali program ini dijalankan. Dalam sebulan tu ada la dua atau tiga kali perjumpaan. Program ini menyeluruh satu Malaysia. Khas untuk guru-guru Prasekolah sahaja. Hihi. Tujuannya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Best juga program ini sekurang-kurangnya dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru.
Untuk menghilangkan mengantuk jom kita bergambar sebentar. Hihi. Selepas program ini tamat akan ada peperiksaan dan mesti ada peningkatan sebanyak 30% tau. Huhu. Sebelum program ini bermula kami cikgu-cikgu prasekolah sudah menjawab soalan bahasa Inggeris ni. 40 objektif dan 1 soalan esei pendek. Hihi. Harap-harap nanti ada la peningkatan. Baru dapat kad hijau. Hihihi.
Sekian.
Yang menaip,
cikgu pun kene ujian ey..
ReplyDeletebagus buat prog mcm nih utk mantapkan bhs inggeris kt klgn kanak kanak
ReplyDelete