Novel ini mengisahkan Ariana Rose yang telah mengharu birukan satu majlis perkahwinan kerabat diraja. Oleh sebab terhutang budi dengan Tengku Juwita, Ariana Rose bertindak untuk membantu temannya itu menghentikan majlis tersebut. Tengku Juwita terpaksa berkahwin dengan Tengku Adam Kamil yang sememangnya seorang playboy. Ariana Rose tidak menyangka perbuatan memfitnah Tengku Adam Kamil telah menjerumuskannya ke lembah hitam. Ariana telah dirogol oleh Tengku Adam Kamil akibat perbuatannya itu.
Tidak lama kemudian Ariana menghilangkan diri setelah Tengku Adam Kamil cuba menodainya buat kali yang kedua. Ariana membuat keputusan untuk membina hidup baru bersama bakal suaminya yang telah ditentukan oleh keluarganya. Tengku Adam Kamil mula menyedari yang dia cintakan Ariana Rose tetapi gagal untuk mengesan keberadaan gadis itu. Dia berasa menyesal di atas segala perbuatan terkutuknya terhadap Ariana Rose.
Ariana sendiri tidak mengetahui siapa tunangnya itu. Yang dia tahu nama tunangnya ialah Adam. Begitu juga dengan Tengku Adam Kamil. Dalam diam-diam kedua orang tuanya merisik dan melamar Ariana Rose. Tengku Adam Kamil tidak ingin melihat gambar tunangnya itu kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Ariana Rose. Sampai satu masa akhirnya Tengku Adam Kamil terlihat gambar majlis pertunangan dia dan Ariana Rose. Hatinya mengucap syukur kerana Tuhan telah memakbulkan doanya untuk menjadikan Ariana Rose isterinya yang sah. Tetapi Ariana Rose masih tidak tahu bahawa Tengku Adam Kamil itu bakal suaminya sehinggalah mereka dinikahkan. Ariana terkejut dan pelik tetapi dia berlagak seperti biasa. Ariana Rose juga sudah mula mencintai Tengku Adam Kamil dan akhirnya dia dapat menerima suaminya itu. Tengku Adam Kamil juga sudah berubah menjadi seorang muslim yang beriman.
Konflik kecil terjadi apabila adik tiri Ariana Rose ingin merapati suaminya itu. Tetapi semua itu tidak mengurangkan cinta mereka. Keseluruhanya novel ini agak berat dan banyak ilmu yang bermanfaat serta pengajaran dapat kita perolehi di dalam novel ini. Bila baca novel ni terbayang pulak pelakon drama Ariana Rose tu. Hihihi. Sekian.
P/S : Nantikan review novel yang seterusnya ya. Cikgu Faiz sedang dalam proses nak habiskan ^^v
Yang menaip,
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)