Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selasa . 07 Julai 2015
Hari ni Cikgu Faiz CRK. Sebabnya Hannani tak sihat. Mata dia bengkak tak boleh nak buka sebelah. Dah macam ketumbit pulak. Dari segi fizikal Hannani sihat walafiat cuma matanya sahaja yang perlukan rawatan. Pagi tadi macam biasa keluar tapi destinasi ke Hospital Serdang. Parking jangan cakap la awal-awal lagi dah penuh. Akhirnya parking di satu kawasan yang agak terpencil jugak. Tak pasal-pasal kena angkut laptop sekali sebab takut pulak kan. Kang tak pasal jadi hal lain pulak.
Sampai di hospital terus ke bahagian Unit Kecemasan dan Trauma. Daftar Hannani dan abang Hakim. Dia pon nak kena rawatan jugak sebab beberapa hari yang lalu terkena 'angin pasang' atau dalam bahasa saintifiknya 'Hernia'. Bila sampai giliran macam biasa la kena bersoal jawab dulu lepas tu tunggu untuk berjumpa doktor pula. Bila dah bersoal jawab dan doktor pon dah check apa-apa yang patut terus menuju ke bahagian mata pulak.
Dah sampai giliran, doktor-doktor check mata Hannani. Mula-mula tu okey je Cikgu Faiz tengok sekali lepas tu doktor suruh tunggu di luar sebab macam faham je bonda tak sampai hati bila tengok anak menangis. Huhu. Tiga orang doktor yang handle Hannani tadi. Cuma nak check mata dan titis ubat. Yang jadi susah sebab Hannani tak diam pulak tu kena bedung. Huhu. Mau tak mengamuk Hannani. Selain tu Hannani kena check kulit jugak sebab kaki dan tangan dia ada kesan gigitan serangga yang banyak. Mungkin alergi.
Siap check Hannani suma doktor pon dah terangkan apa yang patut dibuat. Kalau hari Khamis ni mata Hannani semakin bengkak kami perlu ke hospital semula untuk rawatan susulan. Risau dah. Harap-harap bengkak cepat surut. Tadi pon dah bagi makan antibiotik. Nasib baik la Hannani telan je ubat tu. Huhu. Lepas tu bergegas ke bahagian kulit pulak tapi kena buat appoinment lain pulak. Diorang suggest pergi ke Hospital Putrajaya kalau nak cepat sebab Hospital Serdang sedang dibaik pulih jadi mungkin appoinment Hannani untuk check up kulit tu dalam bulan 12.
Settle urusan Hannani terus ke bahagian lain pulak untuk check abang Hakim. Rupanya kena buat appoinment lain pulak. Ingatkan boleh terus check. Kena pulak tunggu panggilan dari pihak hospital untuk dapatkan tarikh pemeriksaan abang Hakim. Selesai. Terus ke farmasi untuk mengambil ubat Hannani. Selesai ambik ubat terus bergegas pulang ke rumah. Dah tak larat rasanya berlama-lama dekat hospital tu. Huhu. Sampai rumah tadi dalam pukul 2 petang. Lama giler. Apa nak buat. Demi kesihatan anak-anak.
Nak dekat dekat raya ni macam-macam dugaan yang melanda. Tengok mata Hannani yang bengkak tu. Langsung tak boleh buka. Sekarang ni dah okey sikit dah boleh buka mungkin sebab tadi doktor dah titiskan ubat. Moga esok mata Hannani akan semakin pulih. Doakan ye. Sakit-sakit mata pon Hannani ni aktif sangat. Abang pulak suka melayan adik. Anak anak.... Moga cepat sembuh kedua-duanya. Sekian.
Yang menaip,
teruk jugak bengkak tu..semoga cepat kembali pulih matanya tu. Aamiin..
ReplyDeletesmuge dorg cpt smbuh ye.. In shaa Allah
ReplyDeleteTeruk tu sakit mata tu.. Kalau ada serbuk celak.. Cuba sapu kat keliling mata tu.. Insha Allah..
ReplyDelete