Menu Di Tengah Bulan Sampai Gaji



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 02 Julai 2015


Kebiasaannya bila dah tengah tengah bulan tu kewangan akan jadi berkurangan. Ialah nak kena berjimat cermat sebelum tibanya hujung bulan pulak baru la dapat gaji semula. Cikgu Faiz juga tidak terkecuali dengan situasi ini. Bila dah tengah bulan rasa macam nak tercekik je. Nasib baik la awal-awal gaji je terus selesaikan bayaran-bayaran penting. Contohnya seperti kereta, taska dan loan-loan lain. Bakinya baru boleh buat belanja.


Bila kewangan dah sesak baru la terasa rajin nak memasak. Kalau tidak jangan harap la kan. Huhuhu. Kebiasaannya menu yang wajib ada ketika tengah sesak adalah seperti di bawah.




Antara bahan-bahan yang wajib ada di dapur ketika tengah bulan adalah telur, kentang dan ikan bilis. Bawang dan cili padi tidak terkecuali. Kalau tak susah jugak nak memasak kalau takde bahan-bahan asas tu. Hihi. Ayam tu abaikan je la. Biasa ayam beli sekali je sebulan sebab jarang masak. Huhuhu. Cikgu Faiz paling suka buat sambal ikan bilis cili padi. Tapi semua bahan nak kena tumbuk. Kalau dah tak larat nak menumbuk Cikgu Faiz cuma goreng kentang dan ikan bilis lepas tu tumis bawang besar dan cili padi sampai wangi dan terus masukkan kentang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tu. Huhu. Semudah abc je. Bau pon wangi. Biasa la dah tengah bulan tu makan je apa yang ada. Alhamdulillah.


Nasib baik la abang Hakim dan Hannani suka makan nasi dengan telur dadar. Lepas tu letak kicap. Siap menu diorang berdua. Kalau terajin boleh masak sup asalkan semua bahan ada. Hihihi. Yang paling penting kalau nak makan menu yang simple macam ni kena lawan dengan nasi panas-panas baru makan bertambah-tambah. Hihihi.


Cikgu Faiz sekarang ni dah jarang masak sardin. Kalau tidak sardin pon buat stok jugak tapi disebabkan ada terbaca cerita pasal sardin terasa nak berhenti terus makan sardin. Huhu. Rasanya korang pon tahu cerita di sebalik sardin dalam tin tu kan. Hmmm... no komen la. Tak tahu sahih ke tak.


Okey la. Lama pulak berceloteh. Cikgu Faiz nak sambung main game. Sekian.


Yang menaip,

3 comments:

  1. Kenapa psal sardin tu?? huhu, baruu NK GUGEL ~~
    selamat berrpuasa , lg brpe hri je, hehe... nona pn suka la telur dadar n kicap, klu zaman U dlu, memg mkn nasi bujang ler, dua lauk ni je ado, hehe~ jimat yg amat !

    ReplyDelete
  2. kenapa dengan sardin kak? heheee..
    tapi memang betul la. nasib baik dah bayar apa yang patut awal2. kalau tak memang bertangguh terus.

    ReplyDelete
  3. actually una lagi suka kot makan benda benda simple camni xpening kepala. masa duduk rumah sewa dulu.. kalau malas sangat nak masak, nak keluar rumah.. call mcd call dominos je. kalau rasa nak save duit makan telur hancur dgn nasi pun dh sedap hehe :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)