Review Novel | Isteri Separuh Masa - Suri Ryana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 08 Ogos 2015


Dua hari lepas Cikgu Faiz berjaya khatam satu lagi novel yang berjudul 'Isteri Separuh Masa' karya Suri Ryana. Katanya ini merupakan novel kedua beliau selepas novel MAID. Tak baca lagi novel tu. Mesti kena cari ni sebab cerita novel tu dah masuk tv. Hihi. Cikgu Faiz memang pantang kalau ada drama yang diadaptasi dari novel ni terus nak pergi beli. Huhu. Best tau novel ni. Rasanya ada ditayangkan di Astro kalau tak silap la.




"Demi rasa cinta yang dikurniakan Illahi, aku terus rela menjadi isterinya walaupun isteri separuh masa"


Novel 'Isteri Separuh Masa' berkisar tentang seorang gadis bernama Medina Izwani yang diambil menjadi anak angkat oleh satu keluarga pada usia lima tahun. Medina Izwani telah dianggap seperti anak dan cucu sendiri oleh mama, papa dan neneknya. Dia mempunyai seorang abang angkat yang bernama Nazrin Shah. Hubungan di antara Medina Izwani dan abang angkatnya itu tidak seperti adik beradik yang lain. Ini kerana, Nazrin Shah sangat membenci Medina Izwani. Ianya berpunca daripada hubungan terhalang di antara Nazrin Shah dan teman wanitanya setelah Medina Izwani menceritakan perihal tingkah laku teman wanitanya itu kepada keluarga mereka. Disebabkan kejadian itu, hubungan di antara Nazrin Shah dan Medina Izwani seperti anjing dengan kucing. Pantang bersua muka pasti ada sahaja sebab untuk mereka bertengkar.


Sehinggalah pada suatu hari nenek mereka ingin menjodohkan Nazrin Shah dan Medina Izwani. Mereka perlu berkahwin sebelum Nazrin Shah berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Medina Izwani yang terhutang budi dengan keluarga angkatnya itu tidak mampu menolak kerana bimbangkan kesihatan neneknya. Nazrin Shah lagi la tidak sanggup langsung nak menjalinkan ikatan yang sah dengan musuh ketatnya itu. Setelah beberapa ketika, akhirnya Nazrin Shah dan Medina Izwani pasrah akan ketentuan buat mereka berdua demi memastikan kesihatan nenek tersayang. Dengan persetujuan untuk bernikah dengan abang angkatnya itu, makanya Medina Izwani terpaksa melupakan niat untuk menyambung pelajaran bersama dengan Megat Shazril.


Selepas beberapa tahun, Nazrin Shah pulang ke tanah air. Bermulalah episod baru dalam hidup Medina Izwani dan suaminya apabila mereka terpaksa berlakon seperti pasangan suami isteri yang bahagia di depan mata keluarga mereka. Suasana semakin meruncing apabila nenek mereka membuat keputusan untuk tinggal bersama mereka. Terpaksa la berlakon dengan lebih baik lagi. Apabila di depan keluarga masing-masing akan mengenakan salah seorang dan ini menimbulkan sedikit rasa curiga di hati keluarga mereka. Namun begitu, lakonan yang mantap harus diteruskan untuk menutup rahsia besar mereka berdua.


Hari demi hari, sikap Nazrin Shah terhadap Medina Izwani agak lain. Rupa-rupanya Nazrin Shah masih berhubung dengan teman wanitanya dan akhirnya dia telah mengetahui sendiri kecurangan yang dilakukan oleh teman wanitanya itu. Dalam benci ada sayang dan itulah diibaratkan hubungan antara Nazrin Shah dan Medina Izwani. Mereka akhirnya berbaik semula dan Medina Izwani kini menjadi isteri sepenuh masa buat suaminya itu.


Dalam pada itu, Medina Izwani telah dikejutkan akan kehadiran jambangan bunga orkid dari pengirim misteri. Hatinya berdetik bahawa pengirim bunga itu adalah Megat Shazril, rakan sekolahnya dulu. Perkenalan di antara Medina Izwani dan Zafril telah mengundang curiga di hati Nazrin Shah. Rupa-rupanya Zafril adalah adik kepada Megat Shazril. Zafril telah bertindak untuk menculik Medina Izwani dengan mengumpan salah seorang rakan Medina Izwani. Akibat dendam yang membara terhadap Medina Izwani, Zafril sanggup menyamar dan seterusnya mempergunakan salah seorang rakan Medina Izwani supaya gadis itu masuk ke dalam perangkapnya. Zafril bertekad untuk menyiksa Medina Izwani setelah abangnya Megat Shazril bertindak membunuh diri kerana cintanya ditolak oleh gadis itu. Manakala kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar Megat Shazril ke hospital. Semua yang terjadi membuatkan Zafril tertekan dan nekad untuk mencari Medina Izwani sampai ke lubang cacing. Pengakhirannya, Zafril telah ditangkap polis dan Medina Izwani terselamat daripada kekejaman Zafril. Mereka akhirnya hidup bahagia... Sekian.


Fuhhh... penat menaip. Jom tengok video ni pulak. Lagu raya je >>> LAYAN


Yang menaip,

1 comment:

  1. tak baca novel nie tpi ada tgk dekat tv je jalan cita nie . hehe best jugak , tak slah yg emma blakon tuh kot . hee

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Komen Lagi :)