Keesokan harinya, Isnin, sepatutnya hari bekerja tapi terpaksa dicutikan kerana masalah jerebu yang agak teruk di tempat Cikgu Faiz ni. Keadaan masih seperti semalam dan hari-hari sebelumnya. Masih takde liputan lagi. Bengang sangat dah ni. Tak kira. Kena pergi maxis jugak. Huhu. Bagitau Encik Suami dan dia bawak Cikgu Faiz ke IOI Mall Puchong sebab di sana ada maxis branch. Sampai je dekat maxis tu Cikgu Faiz pon bagitau la apa masalahnya dan staff maxis tu cakap yang simkad Cikgu Faiz dah rosak. Jadinya kena la tukar simkad baru tapi semua data masih yang sama iaitu nombor telefon dan juga kredit yang masih berbaki dalam simkad lama tu. Huhu. Mana taknya, baru je topup RM30 terus simkad tu rosak. Mau tak bengang kejap. Hihihi. Itu pon dah kira Cikgu Faiz banyak bersabar sebab hampir seminggu kot takde line. Huhuhu. Sabar je la. Kalau tau awal-awal lagi Cikgu Faiz dah pergi maxis di Seremban je dekat rumah mertua. Huhuhu.
Jadinya, semua masalah dah selesai. Cikgu Faiz dah tukar simkad yang baru dengan hanya RM10. Tapi kan, bila guna simkad yang baru ni kenapa line kejap ada kejap hilang ye? Mungkinkah sebab simkad baru tu baru nak serasi dengan keadaan yang baru? Huhu. Ada-ada je teori Cikgu Faiz ni. Kihkih.
Okey la, Cikgu Faiz nak pergi buat sarapan pagi. Hihi. Perut pon dah mula berkeroncong. Huhu. Kejap lagi anak-anak bangun mesti lapar nak makan. Sekian.
7 sebab kenapa lelaki nampak seksi pada mata wanita sampai bikin cair >>> PANAS
Yang menaip,
Macam mana boleh rosak tu CF??? Teori hebat ni cikgu..hiihi
ReplyDeletesimkad pun macam orang jugak yea.. perlu masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru..hehe
ReplyDelete